Tuesday, December 7, 2010

School Holiday - December 2010



Minggu pertama Amin & Ali di Aman Heights, kebanyakkan masa mereka dihabiskan dengan playstation, tv, keyboard, Kiki Koko & pool... Sabtu, 27hb November 2010, barulah kami ada kelapangan utk bawa mereka berjalan-jalan. Lokasi yang dijadikan pilihan adalah IOI Mall, Puchong... semasa di sana, kami sempat ke kedai buku popular utk mendapatkan bahan-bahan utk Amin buat persediaan menghadapi UPSR tahun depan. Aku akan cuba melapangkan masa utk menjadi guru tuisyen merangkap pakar motivasi beliau sepanjang beliau berada di sini.

.


Ketika di A&W, IOI Mall...


SPoolMan...





SPoolMan in action...



.
Rabu, 1hb Disember 2010... setibanya aku di rumah... siapa pun tak ada... pelik jugak.. kereta ada aje tadi... bila aku tinjau di club house... rupanya semua tengah sibuk mandi dkt kolam... turut serta ketika itu ialah kakak ipar kepada wife aku merangkap ibu kepada Amin dan Ali serta adik bongsu mereka, Amani... Khabarnya, mereka tiba bersama-sama Abg Pak Li tengahari tu... Abg Pak Li kemudiannya menyambung tugas beliau dan pulang ke Tepen sementara Ibu dan Adik bongsu Amin dan Ali akan tinggal di Aman Heights utk bersama-sama mereka bercuti di sini...



.
Jumaat, 3hb Disember 2010, lebih kurang jam 9.00++ malam, Adin tiba bersama bakal tunangnya. Kehadiran kali ini adalah bertujuan utk tinggalkan Kaka di bawah jagaan kami sementara mereka bercuti di Langkawi bersama keluarga. Kepulangan Kaka disambut baik oleh Koko tetapi tidak bagi Kiki... Asal bertembung aje.. pasti Kiki buat bunyi marah... agaknya masih kecewa kerana ditinggalkan sebelum ini... Dulu.. Kakalah anak yang paling Kiki sayang... sekarang tidak lagi...



Adin & bakal tunangnye...


Jejak kasih... Kaka & Koko...


.
Sabtu, 4hb Disember 2010, pagi tu dewan badminton Aman Heights kembali bergegar setelah masing2 menggantung reket sejak sebelum Ramadhan lagi... Selesai sessi badminton... kami pun bersiap-siap menuju ke Istana Budaya bagi menyaksikan persembahan teater Natrah... pada asalnya, kami nak bawa Amin dan Ali sekali.. memandangkan tiket ada 4 sahaja.. Amin dan Ali pun ditinggalkan bersama-sama ibu dan adik bongsunya di rumah... tempat mereka digantikan oleh cousin aku Shakira dan hubbynya Azmer yg kebetulan berkelapangan utk menemani kami menontonnye... Thanks to Shakira & Azmer yang sudi meluangkan masa walaupun mereka telah menonton teater tersebut sebelum ini...




Remy Ishak with Me..


Turn wife aku bergambar kenangan bersama Remy Ishak..





Barisan pelakon teater Natrah..



Azmer & Shakira..


Kami pulak...


Turut hadir.. Dato' Rahim Razali...





.
Selepas selesai solat Maghrib... kami terus menuju ke Jusco Equine park utk beli something for surprise birthday celebration Amani yang ke 5 tahun... Sayangnya, daddy dia tidak berada bersama bagi meraikan hari jadinya kerana berada di Tepen...


Nur Amanina @ Wuna @ Nina @ Mia Amani Ind..


Amani with Pak Schumacher..


Bergaye dgn baju hadiah drp Pak Su & Mak Su..


Ini aje yg mampu...


Antara tetamu yg hadir.. Kesian Kiki.. tak ada org nak dukong...

.
Ahad, 5hb Disember 2010, selesai breakfast.. kami bersama Amin & Ali bergegas ke PWTC... Sekali lagi, Amani dan ibunya terpaksa ditinggalkan kerana tiket hanya utk 4 orang sahaja... Kali ini kami decide nak bawa juga Amin & Ali sbb minat mereka yang mendalam terhadap kereta... tak sampai hati pulak nak gantikan dgn org lain...



Ribuan pengunjung yang hadir...


@ Lotus's booth




The New Lotus Esprit...




@ Proton's booth..









Pak Su pulak.. pak su pulak...


Porsche Panamera


@ Chevy's booth..


Camaro (Bumblebee)




@ Nissan's booth




Ali with his dream car...


Babibu.. eh silap.. Bumblebee...




Lori ni yg Ali nak beli dkt Abah...


Butterfly.. (prototype by Perodua)




With my favorite bike... HD Sportster...


Maserati...


@ Ferrari booth...




Aston Martin...


Lamborghini...


Batmobile...


.
Selesai menonton KL International Motor Show 2010, kami bergerak ke Bangsar utk pekena Briyani Kambing di Restoran Mahbob... sedang menjamu selera... tiba2 aku mendapat panggilan drp sahabat aku Kamil yg sedang berada di Seri Kembangan bagi menghadiri undangan perkahwinan... selesai aje menjamu selera.. kami bergerak pulang bagi menantikan kedatangan Kamil di Aman Heights... lebih kurang jam 6.00++, beliau pun tiba... kami hanya sempat berborak lebih kurang 1/2 jam ketika minum petang bersama sebelum beliau bersiap2 utk menghadiri dinner anjuran Persatuan PTD di PICC...


Minum petang bersama Kamil..




bang! bang!... macam Mat Bond lah...


.

Sunday, December 5, 2010

Selamat Pengantin Baru - DIN...




Khamis, 18hb Nov 2010, kira2 jam 8.30 mlm, kami selamat tiba di kediaman keluarga di Kg. Boyan. Selesai aje turunkan barang2 dari kereta... aku terus bergegas ke kediaman keluarga sahabat aku, Alan. Actually, dah dekat setahun kami tak berjumpa... kebetulan dia balik beraya... sebelum dia berangkat pulang keesokan harinya... so, sempatlah kami buat reunion malam tu... Dari kediamannya, kami terus bergerak ke rumah seorang lagi sahabat, Kumi... rumah tulah menjadi lokasi kami berborak sepanjang malam tu... Lebih kurang jam 11.00 mlm.. kami pun minta diri memandangkan Cikgu Kumi kena pergi mengajar esok... Walaubagaimanapun, sessi aku dengan Alan terus bersambung di kedai mamak sehinggalah jam 1.00 pagi...




Dari kiri, Alan, isteri dan anaknya serta Yanti...


Aku Bersama Kumi dan Alan sekeluarga...

.
Jumaat, 19hb Nov 2010, setelah seharian aku lapangkan masa di kediaman keluarga aku di Simpang, sebelah petangnya aku bergegas ke kediaman ibu saudara isteri aku di Bukit Mertajam bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sulongnya, Azharuddin, yang berlangsung pada 20 dan 21 Nov 2010...


.
Setibanya aku di kediaman Mak Chik & Pak Chik... ramai sanak saudara dari jauh yang dah tiba... Selepas lapangkan masa berborak2... aku pun pulang ke Hotel yg dah di check in oleh isteri aku petang tu... Jarak Hotel dgn rumah sangatlah dekat... memudahkan kami utk berulang-alik ke rumah pengantin....




Tuan rumah, Pak Chik... sibuk melayan cucu saudara...


Inilah Hotel tempat kami bermalam..
.
20hb Nov 2010, tibalah hari meraikan pengantin... Sabtu giliran rumah pengantin perempuan yg jaraknya pun tidaklah jauh daripada rumah pengantin lelaki... lebih kurang 2-3 km aje... Lebih kurang jam 2.00++ petang, rombongan kami pun bergerak ke kediaman pengantin perempuan... Hidangan di rumah pengantin perempuan memang marvelose... sampai hari ini teringat-ingat.... Antara menu yg hingga kini tak dapat aku lupakan... gulai daging yg masih fresh... siap ada tulang lagi... boleh pengsan wooo...




Rombongan pengantin lelaki.. bersiap sedia untuk bergerak...



Kumpulan Kompang bergambar kenangan bersama pengantin



Keluarga pengantin semasa majlis santap...



Ahli rombongan bergambar kenangan...


Tak Sabar menanti hidangan...







.
Selesai kenduri sebelah perempuan... tibalah masa utk persediaan kenduri pihak lelaki... Dari petang.. ke malam.. hinggalah ke keesokan paginya... masing-masing sibuk menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran majlis... Antara orang yang paling kuat adalah Abg Nasir yg ada bakat semula jadi.. pegang apa pun semuanya jadi... Beliau bertindak sebagai 'Pak Abu' dalam majlis ini... dari hiasan meja pengantin... hantaran... hinggalah ke kamar pengantin... semuanya hasil kreativiti beliau...


Antara hasil kreativiti Abg Nasir...



.
Kalau Abg Nasir jadi org kuat bab2 hiasan... Abg kepada Abg Nasir iaitu Abg Bad pula jadi org kuat kerja2 berat.... dari project Bihun Sup Semanggul... hinggalah ke persembahan utk para penonton yg hadir... semuanya hasil usaha dan ideologi Abg Bad... Kalau kedua-dua org kuat ni tak hadir... mungkin tak smooth juga le majlis ni agaknya... Actually... everytime ada kenduri kahwin saudara mara wife aku.. sememangnya dua org ini lah yang akan banyak main peranan dalam menjayakan majlis....



Gua action aje nie...



.
Pada majlis yang berlangsung pada 21hb Nov 2010, Alhamdulillah... majlis telah berlangsung dengan lancarnya... Bermula dari jam 12.00 tengahari dan tamat kira-kira hampir jam 5.30 petang.... ramai sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga keluarga pengantin yang hadir memeriahkannya... Yg lagi bestnya... kebanyakkan extra/special events yg ada pada majlis ini semuanya diusahakan oleh saudara mara sendiri... tak plan pun... tiba aje majlis... masing-masing mainkan peranan... itu yang mahal tu... Antara special events yg dimaksudkan adalah jamuan Bihun Sup Semanggul, persembahan gendang dan serunai tradisional, perarakan pengantin, persembahan silat dan sebagainya... Berikut adalah antara shot yg sempat di ambil sepanjang majlis berlangsung....



Rais.. anak kepada Abg Bad.. mmg sangat berbakat..



Amin.. turut bersama menyumbangkan bakat beliau...



Ahli muzik menrangkap ahli keluarga.. tak ada rehersal.. terus on aje...



Gua monitor aje... tak main instrument pun...



Anak Abg Kamal ni pun nak sibuk jugak...


Antara tetamu yang sudir hadir...








Hijau menjadi warna tema... pagar rumah pun warna hijau tau...


Abg Kamal merasmikan Bihun Sup Semanggul...



Perarakan Pengantin... actually ada video but difficult to upload..


Semua dijayakan oleh saudara mara aje...


Abg Hafiz dgn gerak silatnya...





Masa utk santap...


Para sepupu bergambar kenangan..



Turn sepupu ipar pulak..


Anak-anak buah..


Kontroversi.. Ali & Siti Fatimah...





Along & Abg Faez.. bukan selalu dapat jumpa macam ni..
.
Selepas selesai majlis, kira-kira jam 8.00 mlm.. kami pun bergerak pulang ke Tepen... Selepas berehat dan bersihkan diri.. malam tu kami berdua pulang ke kediaman ibubapaku di Kota Jaya... Keesokan paginya.. aku sibuk uruskan kereta di workshop... ganti cable gear utk escape di Service Centre Ford dan ganti battery Masterpiece di satu kedai aksesori di Kamunting... Sewaktu pulang ke Kg. Boyan utk berkemas... tiba-tiba aje Abg Bad sekeluarga tiba di hadapan rumah... so, sempatlah kami makan tengahari bersama sebelum kami berkemas utk pulang....


Me & Dina..


Melayan D'boy with his comic...


Keluarga Abg Bad yg sempat menziarah sebelum berangkat pulang ke Pahang



Si Rais yg sangat berbakat.. baru kejap aku ajar dia main piano... cepat aje dia tangkap..


Ali, D'Boy dan Amin.. sebelum kami berangkat pulang ke KL...
.
Alhamdulillah, by 4.00 pm kereta kami berjaya disiapkan.. sementara tunggu kereta siap.. kami sempat menziarah Opah di kediamannya... Selepas ambil kereta di workshop.. kami singgah di kediaman parent aku utk minum petang bersama-sama... Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pun melepasi tol Changkat Jering... kepulangan kali ini turut disertai oleh dua orang anak buah kami, Amin & Ali yang tiba-tiba aje nak ikut kami pulang petang tu.. al-maklumlah.. cuti sekolah...
.