
Minggu lepas... seluruh keluarga di Simpang busy dgn peranan masing2 bagi menjayakan majlis perkahwinan sepupu aku, Adin dengan gadis pilihannya, Anis... Utk turut serta menjayakan majlis berkenaan, aku telah memulakan perjalanan pulang dari KL selepas selesai sarapan pagi bersama isteriku pd Jumaat, 11hb March 2011. Darling aku tidak dapat turut serta bersama utk trip kali ini kerana beliau perlu bertugas di konti pada hari majlis bakal berlangsung... Al-maklumlah.. musim cuti sekolah... tak ada org yg nak ganti dia on that day..
.
By 10.00am, aku melepasi tol jalan duta dan Alhamdulillah, selamat sampai di Ipoh by 12.00pm... Tujuan aku ke Ipoh sbb nak jemput Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat utk turut pulang bersama-sama... by 1.30 pm.. kami selamat sampai di Simpang dan terus ke Masjid utk menunaikan solat Jumaat... Selesai aje Solat, pelamin utk pengantin sudah ready dihias di kediaman Opah aku...

.
Dari kediaman Opah, aku ke Ford Service Centre, Taiping utk membawa pulang kereta aku yg dah seminggu tidor di workshop tu... Radiator's Termostart Set + Gasket Cover.... Nak buat cam mane... x ade rezeki... Kenelah ganti jugak... Selesai aje di workshop.. hujan pun turun dgn lebatnye... Aku pun pulang ke rumah parentku utk bersiap2 nak ke majlis akad nikah Adin di Masjid Tekah, Assam Kumbang... Selesai Solat Asar berjemaah... majlis akad nikah pun berlangsung... Lebih kurang jam 6.00 ptg... majlis pun selesai... rombongan pengantin lelaki telah dijemput bertandang ke kediaman keluarga pengantin perempuan di Kg. Jambu utk majlis minum petang...


.
Keesokkan paginya... masing2 sibuk bersiap2 nak ke majlis resepsi di sebelah pihak perempuan... Adik aku sempat meluangkan masa utk menghias wedding car... Nissan Fairlady 350Z... hampir jam 1.00 petang... rombongan pengantin lelaki bersedia utk memulakan perjalanan ke Kg. Jambu...
Adin with 350Z...
Seperti biasa, ketibaan kami disambut dengan alunan kompang... pengantin di bawa ke pelamin manakala kami semua ke meja hidangan utk menjamu selera sambil menonton acara yg telah direncanakan... Antara acara yg telah dilansungkan adalah sessi persandingan, pertunjukkan seni silat, alunan gendang dan serunai, persembahan accordian dan sessi photography... Selesai aje acara... rombongan lelaki pun mengundur diri bagi meneruskan operasi persiapan majlis resepsi pihak lelaki yg bakal berlangsung keesokan harinya...








.
Sebelah malam dikediaman Opah... sewaktu kaum hawa masih sibuk dgn persiapan akhir majlis resepsi pengantin lelaki... kaum adam dah mula bersuka ria melepaskan tekanan dlm sessi karaoke bersama keluarga... Mcm biasale... kalau ada sessi karaoke bersama family... aku akan jadi antara org yg aktif menjayakan sessi berkenaan... Masa ni le aku nak perform pun... kalau dkt tempat lain... rasanya dah tak nak perform... kira dah taubat jugak le...

.
Pagi Ahad... 13hb March 2011... kediaman Opah kembali sibuk dgn majlis resepsi pihak lelaki yg meraikan perkahwinan Adin & Anis... Selepas selesai menyusun meja2... pihak katering pun tiba utk persiapan hidangan majlis... diikuti oleh brother cendol yg didatangkan khas utk para tetamu... Brother DJ juga dah standby utk memeriahkan majlis... Selepas selesai kerja2 diluar... tetamu2 yg terdiri dari keluarga terdekat dan para jemaah Masjid tiba utk majlis Tahlil dan doa selamat... Selesai aje majlis Tahlil... para tetamu pun dijemput utk menjamu selera...


.
Lebih kurang jam 12.45pm... aku yg ditemani oleh sepupuku, Ejai & Fandi... bergerak ke Kg. Jambu utk menjemput rombongan pengantin perempuan... Setibanya kami semua di kediaman Opah... pengantin dan rombongannya terus mengikut aturcara yg telah dirancangkan sementara aku pula terus ke meja para tetamu utk bertemu dgn para sahabat dan saudara mara yg dah lama tak berjumpa...


.
Majlis selesai lebih kurang jam 4.00 petang... selepas duduk berehat sambil berbual2... aku pun pulang ke kediaman parent aku utk bersiap2... Sebelum berangakat pulang... aku sempat minum petang bersama keluarga mertuaku di Kg. Boyan... selesai solat Jamak Maghrib dan Isya' di kediaman Opah... lebih kurang jam 8.00 mlm, aku pun memulakan perjalan pulang ke ibu kota... sekali lagi aku singgah di Ipoh utk menghantar Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat yg turut serta dlm perjalanan aku kali ini... Alhamdulillah, by 1.00 am aku selamat sampai di kediamanku...
Fandi... bergambar kenangan with 350Z... InsyaAllah ada rezeki.. kita naik Abg E-1 punye nanti ye....































