Saturday, July 16, 2011

Masa Utk Keluarga - July 2011




Sehingga kini, bulan July 2011 adalah bulan yang paling busy buat aku bagi tahun 2011. Bukan sahaja busy dgn tugasan pejabat di mana lebih 200 fail menanti ku utk semakan... tetapi bulan ini juga adalah waktu paling banyak diperuntukkan untuk keluarga kami...


Semuanya bermula pada 6hb July 2011. Kira-kira hampir jam 7.00 malam, aku & darlingku bertolak ke KL Sentral dengan menaiki LRT dari stesen Kerinchi. Kononnye, kami akan bertolak ke Taiping Perak dengan menaiki tren Senandung Langkawi (KTMB) pada jam 8.20 malam.... Dengan segera, kami ke food court level 3 KL Sentral untuk menikmati makan malam sebelum ke surau level 4 untuk menunaikan Solat. Lebih kurang jam 8.00 malam, kami dah standby di platform A. Sekali, salah jadual daa.. tren kami akan berlepas jam 9.20 malam... aku yang salah tengok jadual... Bagi mengisi masa lapang... kami sambung dinner di dunkin' dounuts... Tepat jam 9.20 malam.. tren kami pun berlepas... Alhamdulillah, kami selamat tiba di Tepen kira2 jam 3.00 pagi.




Sabar menunggu jam 8.20 mlm...


Sambung tunggu di Dunkin' Dounuts...



Orang tetap ramai walaupun bukan hari cuti...





Di Tepen... seperti biasa... kebanyakkan masa kami akan dihabiskan untuk bersama keluarga... Dari rumah mertua di Kg. Boyan ke rumah parent aku di Kota Jaya dan rumah Opahku di Simpang. Pi mai Pi mai Tang tu... Hari Khamis, sempat jalan2 & dinner dengan family Fatiah di Giant Tepen... Hari Jumaat pula, sempat dinner & celebrate Birthday mak aku bersama family aku di restoran Highway dkt Changkat Jering... Pulang aje dari Changkat Jering.. singgah sebentar ke rumah jiran lama kami, Uncle Hizan yang sedang sibuk buat persiapan utk majlis perkahwinan anaknya, Rizal yang akan berlangsung pada hari Ahad tu. Sempatlah tengok preparation dia orang walaupun aku tak dapat nak join hari kenduri tu nanti.





Menjamu selera di KFC, Giant Tepen...







D'boy in action



Sambutan Birthday Mama di Changkat Jering












Mama with her favorite grandchild...



D'boy & Dina merasmikan pelamin...



Bergambar kenangan dengan bakal pengantin...






Keesokann paginya... Sabtu, 9hb July 2011... hari di mana Kota Kuala Lumpur kembali bergegar... Hampir jam 8.30 pagi, kami bersama parent dan adik aku bertolak ke Kuala Lumpur dengan kereta. Di tol Changkat Jering.. sudah kelihatan pasukan Polis membuat sekatan Jalan Raya... (saja nak menyusahkan orang) Ini semuanya gara-gara nak sekat rakyat dari menyertai perhimpunan Bersih yang diharamkan oleh mereka sendiri... Alhamdulillah, perjalanan kami lancar tanpa jam sehingga tiba di Sungai Buloh kira-kira jam 11.00 pagi. Kami keluar di susur keluar Hospital Sungai Buloh untuk menikmati juadah tengahari di Fareed Nasi Kandar. Walaupun tiba awal, still kena beratur... tapi, tak le seteruk barisan yang beratur sewaktu kami nak pulang.
















Selesai di Fareed Nasi Kandar, kami kembali ke Highway... Kalau nak ambil jalan dalam, sure jam gile disebabkan Polis2 sedang sibuk buat sekatan utk menyusahkan hidup rakyat... Di highway... kesesakan teruk berlaku di persimpangan Jalan Duta dan laluan ke PJ berdekatan Restoran Jejantas. Ini semua gara-gara pihak Polis yang menutup terus laluan ke Jalan Duta. Setahu aku, deme nak buat perhimpunan secara aman dekat Stadium Merdeka. Yang deme tutup semua jalan nak ke KL tu apahal? Bagi alasan, perhimpunan tak ada permit.... Sebenarnya mmg deme tak nak kasi permit. Lepas tu kasi alasan pertubuhan tak berdaftar... Kalau nak buat konsert... senang pulak lulus... Cakap berbelit-belit.... Kalau bagi deme buat kat Stadium Merdeka... tak payah banyak2 cerite... dlm 3 jam selesai le... apa masalahnye?... Lagi pun.. Memorandum tu nak mintak supaya SPR lebih telus dalam menjalankan tugas dalam pilihanraya umum akan datang... bukannye belasah UMNO pun. Yang pastinya, disebabkan deme nak sangat mempertahankan ketidak telusan SPR, pasti lebih banyak undi akan mereka hilang pada pilihanraya umum akan datang... sebabnye? kome tengok le video yang aku share dkt bawah ni:





















Untuk mengelak kesesakan, kami ambil laluan susur keluar di Cyberjaya utk ke Seri Kembangan. Alhamdulillah, decision kami tepat sbb jln2 lain mmg jam gile... Sebelah petang... aku & fatiah ke Stesen Komuter Serdang untuk menjemput Abg Faisal dan sahabatnya Din yang turut sama merasai huru hara yang berlaku semasa mereka tiba di KL Sentral. Semoga Allah memberi pembalasan azab di dunia dan di akhirat kepada mereka yang zalim. Bila keadaan dah reda... sebelah malamnya kami bersama parent dan adik aku bertolak ke Ampang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sulong Kak Ani, Farhada.... Majlis diadakan di hadapan rumah Kak Ani di Ampang. Ramai jugak tetamu yang hadir. Hampir jam 11.00 malam, kami bertolak pulang ke rumah. Sebelum masuk tidur, aku sempat bawa Abg Faisal dan Abg Din dinner dkt restoran Rela. Setibanya di rumah, aku terus masuk tidur sebab dah keletihan. Khabarnya, Abg Asmadi ada datang ke rumah menemui Abg Faisal kira-kira jam 1.00 hingga 3.00 pagi tu. Buat Abg Asmadi, maaf sbb tak dapat entertain malam tu... battery teman udah habis... nak kena charge...






semasa di majlis perkahwinan di Ampang...






Ahad, 10hb July 2011, parent aku bertolak pulang ke Tepen seawal jam 8.00 pagi. Katanye nak kejar lunch di rumah mak cik aku di Ipoh dan memenuhi jemputan kahwin Rizal (anak jiran lama kami). Pagi tu, selepas selesai breakfast dengan Abg Faisal dan Abg Din, kami pun bersiap-siap nak hantar mereka ke Pudu Raya. Sebelum ke Pudu Raya, sempat singgah hantar Ford dkt workshop.. entah kenapa pulak malam tu asyik jerking bila gear neutral... Dari Pudu Raya, wife aku drop aku di pejabat sbb nak bawa pulang motor aku yang ditinggalkan di opis. Dlm perjalanan aku utk pulang ke rumah... aku tersangkut sekejap di bawah jejantas laluan highway KL Seremban disebabkan hujan yang turun dengan lebatnye... barule rasa kepayahan Mat Motor...




Sarapan bersama Abg Din & Abg Faisal..




Pemandangan biasa bagi Rider di Malaysia...





Hari Selasa, 12hb July 2011... kami menerima panggilan kejutan drp Abg Faisal yang memaklumkan beliau dalam perjalanan ke KL bersama ibu mertuaku... kami yang kebingunggan, tertanya-tanya... apakah perkara kecemasan yang membuatkan mereka tergesa-gesa ke KL... Dengan keadaan ibu mertuaku yang susah nak naik & turun tangga... pasti ada perkara peting yang memaggil mereka ke mari. Petang tu, dalam keadaan tergesa-gesa, aku ke workshop mekanik tetap aku di Seri Kembangan utk mengambil ford aku yang dah sihat. Alhamdulillah, nothing major... hanya ganti satu hose dkt bawah enjin dan service seperti biasa. Dari workshop, kami bergegas ke Pudu Raya utk menjemput Abg Faisal & Mummy. Alhamdulillah, kami tiba hanya beberapa minit selepas mereka tiba di sana. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, barulah persoalan kami terjawab. Khabarnya, ayah mertua Abg Feroz di Klang telah diserang stroke. Perancangan asal, mereka nak datang menziarah pada hujung minggu... Walaubagaimanapun, mereka terpaksa bertolak lebih awal sbb khabarnya Abg Feroz juga dimasukkan ke hospital sbb mengalami bengkak-bengkak pada badan... (macam serius aje...)



Keesokan paginya, wife aku yang mmg sedang bercuti sempat membawa mereka menziarah Pak Cik Omar dan Abg Feroz di Klang. Alhamdulillah, Pak Cik Omar dah dibenarkan pulang. Kondisi beliau stabil dan masih boleh bergurau senda. Abg Feroz yang masih di hospital, khabarnya akan pulang pada sebelah petang... Beliau juga stabil... bengkak-bengkak pada badannya hanyalah disebabkan alahan pada ubat aje... (ingatkan sakit buah pinggang...) buat gabra satu family aje...



Hari Khamis, 14hb July 2011... Abg Asmadi bersama keluarga telah sudi menziarah Abg Faisal dan Mummy di kediaman kami. Mereka sempat meluangkan masa untuk menikmati lunch yang disediakan oleh Fatiah bersama-sama di Aman Heights. Sayangnye, aku tak dapat join sebab berada di opis ketika itu. Sebelah petangnye, wife aku bersama Abg Faisal dan Mummy datang menjemput aku di pejabat. Malam tu, kami akan hantar mereka ke KL Sentral untuk menaiki tren kembali ke Tepen pada jam 9.20 malam. Sebelum ke KL Sentral, kami sempat singgah ke Penthouse Kak Inn dan Abg Fareed di Mont Kiara. Kebetulan, Kak Inn yang merupakan sepepu wife aku, bersama suaminya, Abg Fareed baru aje tiba dari Jeddah hari sebelumnya. Actually, mereka ni jarang ada dekat Malaysia... Sekejap dekat Dubai, sekejap dekat Jeddah, sekejap dekat Malaysia, sekejap dekat Singapore.... Kebetulan, petang tu wife aku try call.. deme ada dekat rumah... boleh le singgah kejap.... Lebih 2 jam kami di sana... selain berbual-bual... sempat jugak le kami possing & ambil shot2 pemandangan menarik dari penthouse mereka.... Selesai Solat Maghrib... kami dihidangkan dengan nasi arab yang dibawa khas dari Jeddah. Sedapnye... tak payah susah2 nak ke sana untuk menikmatinya... Jam 8.30 malam, kami bergerak ke KL Sentral.....



Di garden tkt 2 (level 27) Penthouse Kak Inn...



Tok Mummy di Ruang Tamu 1




Pemandangan indah dari garden...






Menara KL yang jelas kelihatan..




Tol Jalan Duta yang turut kelihatan dari garden rumah Kak Inn




Zoom In Tol Jalan Duta... dari dapur di tkt 1 (level 26)




Zoom out...




Tumpang Solat di guest room




King Size bed yang turut ditempatkan di Guest room




Pemandangan waktu malam dari ruang tamu 1




Abg Faisal sempat possing di ruang tamu 1




Amacam.. ada gaya miliana tak?




Meja makan grand size ala batman berdekatan ruang tamu 2





Abg Faisal bergambar kenangan bersama Abg Fareed...




Giliran aku ambil berkat.. utg2 boleh jadi miliana jugak..





Hidangan makan malam... imported from Jeddah..




.

Sunday, July 3, 2011

Shed It Out 2011




Alhamdulillah, ini merupakan kali ketiga aku menaiki podium dalam pertandingan yang dianjurkan di syarikat tahun 2011. Selepas kejaayan menduduki tempat kedua dalam pertandingan menembak berkumpulan di kem Mentakab dan menjadi juara dalam pertandingan dart GHCM, kali ini aku berjaya menduduki kerusi naib juara dalam pertandingan Shed It Out yang berlangsung dari 01 hingga 30hb Jun 2011.



Shed it out, pertanding ala the biggest looser ini telah disertai oleh 40 orang peserta. Selama 4 minggu, berat para peserta akan ditimbang pada setiap hari Rabu. Dua minggu pertama, aku tidak dapat menjalankan latihan yang telah aku rencanakan dengan baik berikutan ketika itu merupakan musim cuti sekolah. Kesungguhan usaha akhirnya telaksana pada 2 minggu terakhir di mana gym dan swimming menjadi rutin harianku disamping aktiviti badminton sekali setiap minggu. Dalam masa yang sama, aku juga kurangkan pengambilan nasi dan minuman bergula. Alhamdulillah, usaha drastik aku telah mendatangkan hasil. Berikut adalah graf penurunan berat badan aku sepanjang pertandingan:


Minggu 1 : - 0.3kg

Minggu 2 : - 0.5kg

Minggu 3 : - 1.4kg

Minggu 4 : - 1.5kg



Walaupun begitu, aku tetap telah ditewaskan oleh seorang rakan yang ternyata mempunyai semangat yang sangat tinggi. Orang dimaksudkan adalah Mohd Zaid Abu yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Berikut adalah keputusan top 3 pertandingan:


Tempat Pertama (Zaid) : -5.2kg

Tempat kedua (Fairul) : -3.7kg

Tempat ketiga : -3.6kg






Zaid, selaku juara pertandingan




Abg chumiat mewakili pemenang ke3 yang tidak hadir







Pemenang top 10




Hadiah pertama



Hadiah naib juara




Hadiah tempat ketiga




Hamper menanti tempat ke4 hingga ke10




Cenderamata utk semua peserta






Selepas kejayaan pertandingan ini, unit kami telah bersetuju untuk adakan pertandigan yang sama diperingkat anggota-anggota unit sahaja. Kali ini, pertandingan akan belangsung selama 3 bulan iaitu bermula dari Julai dan akan berakhir pada September 2011. Timbangan pertama akan diadakan pada 04hb Julai ini. Maknanya, aku hanya ada dua hari sahaja untuk menambah semula berat aku bagi menyertai pertandiangan ini. Adakah aku akan menaiki podium lagi? Sama-samalah kita nantikan....



Sebagai langkah usaha menaikkan semula berat badan, pada hari Sabtu, 02hb July 2011, aku telah memohon bantuan Azmer & Shakira untuk membawa kami ke Fareed Nasi Kandar, Sungai Buloh. Fareed Nasi Kandar adalah catering yang menjadi sponsor untuk rancangan Melodi. Azmer merupakan regular customernya... Kesimpulannya, makanan di situ memang sedap... Sayangnye... tak sempat nak rasa kambing sebab dah habisss.... Thanks to Azmer yang tetap sudi membawa kami ke situ walaupun dia tengah kelam kabut nak ke pejabat.. We really appreciate it.... Selepas selesai di Fareed Nasi Kandar, kami singgah ke rumah Shakira & Azmer sbb nak hantar Shakira pulang memandangkan si Azmer terus ke pejabat. Sempatlah pekena air dan Solat Zohor dkt rumahnye. Dari sana, perjalanan diteruskan ke kediaman Abg Feroz di Klang. Hampir jam 7.0o malam, kami bergerak pulang kerana malam tu, sepupu wife aku, Azura dan kawannya akan singgah ke rumah sbb nak jalan2 di downtown the mines dengan wife aku.... 2 hari ini, aku akan menikmati makanan kegemaranku sepuas-puasnye sebelum kembali dengan program dietku selepas ini... hehehehhe....








.