Sunday, July 3, 2011

Shed It Out 2011




Alhamdulillah, ini merupakan kali ketiga aku menaiki podium dalam pertandingan yang dianjurkan di syarikat tahun 2011. Selepas kejaayan menduduki tempat kedua dalam pertandingan menembak berkumpulan di kem Mentakab dan menjadi juara dalam pertandingan dart GHCM, kali ini aku berjaya menduduki kerusi naib juara dalam pertandingan Shed It Out yang berlangsung dari 01 hingga 30hb Jun 2011.



Shed it out, pertanding ala the biggest looser ini telah disertai oleh 40 orang peserta. Selama 4 minggu, berat para peserta akan ditimbang pada setiap hari Rabu. Dua minggu pertama, aku tidak dapat menjalankan latihan yang telah aku rencanakan dengan baik berikutan ketika itu merupakan musim cuti sekolah. Kesungguhan usaha akhirnya telaksana pada 2 minggu terakhir di mana gym dan swimming menjadi rutin harianku disamping aktiviti badminton sekali setiap minggu. Dalam masa yang sama, aku juga kurangkan pengambilan nasi dan minuman bergula. Alhamdulillah, usaha drastik aku telah mendatangkan hasil. Berikut adalah graf penurunan berat badan aku sepanjang pertandingan:


Minggu 1 : - 0.3kg

Minggu 2 : - 0.5kg

Minggu 3 : - 1.4kg

Minggu 4 : - 1.5kg



Walaupun begitu, aku tetap telah ditewaskan oleh seorang rakan yang ternyata mempunyai semangat yang sangat tinggi. Orang dimaksudkan adalah Mohd Zaid Abu yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Berikut adalah keputusan top 3 pertandingan:


Tempat Pertama (Zaid) : -5.2kg

Tempat kedua (Fairul) : -3.7kg

Tempat ketiga : -3.6kg






Zaid, selaku juara pertandingan




Abg chumiat mewakili pemenang ke3 yang tidak hadir







Pemenang top 10




Hadiah pertama



Hadiah naib juara




Hadiah tempat ketiga




Hamper menanti tempat ke4 hingga ke10




Cenderamata utk semua peserta






Selepas kejayaan pertandingan ini, unit kami telah bersetuju untuk adakan pertandigan yang sama diperingkat anggota-anggota unit sahaja. Kali ini, pertandingan akan belangsung selama 3 bulan iaitu bermula dari Julai dan akan berakhir pada September 2011. Timbangan pertama akan diadakan pada 04hb Julai ini. Maknanya, aku hanya ada dua hari sahaja untuk menambah semula berat aku bagi menyertai pertandiangan ini. Adakah aku akan menaiki podium lagi? Sama-samalah kita nantikan....



Sebagai langkah usaha menaikkan semula berat badan, pada hari Sabtu, 02hb July 2011, aku telah memohon bantuan Azmer & Shakira untuk membawa kami ke Fareed Nasi Kandar, Sungai Buloh. Fareed Nasi Kandar adalah catering yang menjadi sponsor untuk rancangan Melodi. Azmer merupakan regular customernya... Kesimpulannya, makanan di situ memang sedap... Sayangnye... tak sempat nak rasa kambing sebab dah habisss.... Thanks to Azmer yang tetap sudi membawa kami ke situ walaupun dia tengah kelam kabut nak ke pejabat.. We really appreciate it.... Selepas selesai di Fareed Nasi Kandar, kami singgah ke rumah Shakira & Azmer sbb nak hantar Shakira pulang memandangkan si Azmer terus ke pejabat. Sempatlah pekena air dan Solat Zohor dkt rumahnye. Dari sana, perjalanan diteruskan ke kediaman Abg Feroz di Klang. Hampir jam 7.0o malam, kami bergerak pulang kerana malam tu, sepupu wife aku, Azura dan kawannya akan singgah ke rumah sbb nak jalan2 di downtown the mines dengan wife aku.... 2 hari ini, aku akan menikmati makanan kegemaranku sepuas-puasnye sebelum kembali dengan program dietku selepas ini... hehehehhe....








.

No comments:

Post a Comment