Sunday, July 31, 2011

Masa Utk Sahabat - End of July 2011



15 hari sebelum Ramadhan adalah waktu di mana kita tidak digalakkan melakukan ibadah puasa sunat. Walaubagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi mereka yang istiqamah melakukan puasa sunat Isnin-Khamis, puasa Nabi Daud dan mereka yang sedang menggantikan puasa wajiib. Dua Minggu terakhir bulan Sya'ban adalah waktu untuk kita menikmati juadah yang kita gemari sepuas-puasnya. Ini adalah sebagai tanda menghormati ketibaan bulan Ramadhan. Apabila tiba bulan Ramadhan, kita sepatutnya memberi tumpuan penuh untuk melakukan ibadah dan bukannya mencari juadah-juadah untuk memenuhi nafsu makan kita di malam hari.


.

Untuk memenuhi maksud berkenaan, kami berkesempatan mengunjungi restoran-restoran kegemaran bersama sahabat-sahabat di sepanjang minggu terakhir bulan Julai 2011... Sessi pertama, pada 25hb July 2011... selepas shopping groceries di Jusco Equine Park, aku dan isteri sempat singgah ke Pizza Hut untuk memenuhi hajat...


.

Sessi kedua berlaku pada hari berikutnya... tengahari tu, aku bersama beberapa rakan pejabat yang kebetulan sama-sama menghadiri kursus di Jln Semarak telah ke Restoran Saba di Setiawangsa untuk hidangan tengahari. Mcm biasa, Lamb Kabsah & teh ais menjadi menu pilihan aku setiap kali ke restoran ini. Sebelah malamnya pula, aku ke Restoran Kem Rela Bukti Serdang bersama sahabatku Kamil Hafidz yang kebetulan singgah bermalam di kediaman kami. Hidangan kegemaranku, Ayam masak pedas, sayur kailan dan teh tarik gelas beso akan menjadi hidangan wajib yang sudah dihafal oleh pemilik restoran ini.


.

Khamis, 28hb July 2011, lebih 60 ribu penonton membanjiri stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan piala dunia di antara Malaysia menentang Singapura. Petang tu, aku pulang awal sedikit untuk memenuhi temujanji dengan Doktor bagi merawat Kiki yang perlu menjalani pembedahan mengiikat peranakannya. Alhamdulillah, keadaan lalulintas masih tenang semasa aku bergerak pulang dari pejabat. Kalau tidak, sudah pasti aku akan tersangkut berjam-jam kerana lokasi Stadium tu memang terletak diantara laluan pejabat dan kediamanku. Mlm tu, kami dinner dkt rumah aje sbb nak luangkan masa bagi menonton perlawanan berkenaan yang disiarkan secara langsung di TV. Kesudahannya, Malaysia kalah secara agregat 5-3 walaupun mereka seri 1-1 dalam perlawanan di Bukit Jalil.


.

29hb July 2011, sessi seterusnya berlangsung di Syed Bistro, Happy Garden bersama rakan-rakan sepejabat. Menu wajib aku di restoran ini.... Briyani Kambing bersama papadom dan teh o limau... Sebelah petangnya sekali lagi aku ke Syed Bistro.. kali ini ke outlet cawangan South City Plaza, Seri Kembangan. Saja menemani wife aku memenuhi hajatnya di restoran yang sama... Thanks to Cik Laili yang sudi sponsor kami semua semasa di Syed Bistro Happy Garden...



Semasa di Syed Bistro Happy Garden...




3 dara pingitan... Naza, Yana & Fizah..






.

Sessi keenam, Sabtu, 30hb July 2011... bersama Izwan Ibrahim di Mc'D Equine Park. Ini mungkin merupakan sessi terakhir bersantai bersama Izwan bagi tahun 2011. Pada 01hb Ogos 2011, sahabat kita ini akan terbang ke Qatar bagi memulakan career barunya di sana. Beliau bersama keluarganya akan terus menetap di Qatar. Entah bila lagi dapat jumpa beliau. Nampak gayanya... kena le kumpul duit untuk ziarah mereka dkt sana nanti..



Bersama Izwan Ibrahim...



.
Ahad, 31hb July 2011... Sessi terakhir menjelang Ramadhan yang dinanti-nantikan. Kali ini kami bersama dengan sepupu merangkap sahabat kami.. Shakira dan Azmer... Mereka tiba di Aman Heights seawal 1.oo petang.. Walaubagaimanapun, kami kena tunggu sehingga darling aku pulang dari konti... Lebih kurang jam 3.00 ptg, sebelum menikmati hidangan, kami sempat jalan-jalan di Jusco Equine Park... semasa di sana, barulah kami decide nak makan di mana... hasil daripada perbincangan spontan, semua sebulat suara bersetuju memilih Dominos Pizza. Selesai di Dominos, Shakira dan Azmer mohon undurkan diri bagi persiapan untuk menunaikan ibadah sunat Tarawih yang akan berlangsung malam tu...



Aku dan Azmer di Equine Park...












.

Alhamdulillah, dah puas rasanya kami menikmati hidangan yang enak-enak disepanjang minggu ini. Kalau pergi timbang... sure naik punye... Insya Allah, lepas ini boleh le beri tumpuan sepenuhnya untuk ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Kalau boleh, aku langsung tak nak fikirkan apa yang hendak aku makan disepanjang Ramadhan kali ini. Apa yang ada.. itulah yang akan aku makan. Harap-harap tercapailah harapan aku nak buat macam tu....



.

No comments:

Post a Comment