Sabtu, 23hb July 2011, selesai sahaja sessi badminton pagi tu, aku dan isteri mula bersiap-siap untuk ke majlis seterusnya... hampir jam 12.00 tengahari, kami bergerak menuju ke Bangsar. Memandangkan temujanji dengan rakan-rakan hanya akan berlangsung pada jam 2.30 petang, kami yang sedang kelaparan ketika itu, meneruskan perjalanan kami ke Syed Bistro di Happy Garden Bangsar untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah, lepas juga hajat aku nak menikmati briyani kambing selepas farewell party utk practical student bersama rakan-rakan pejabat yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat yang lalu di Syed Bistro terpaksa dibatalkan. Farewell party tersebut telah dilangsungkan bersama dengan majlis menyambut Ramadhan yang diadakan di office pada hari yang dirancangkan.
.
Selesai di Syed Bistro, perjalanan diteruskan ke Masjid Angkasapuri bagi menunaikan Solat Zohor, sementara itu, sempatlah isteri aku menjalankan urusan yang perlu beliau selesaikan di pejabatnya. Lebih kurang jam 2.15 ptg, kami pun bergerak ke pejabatku untuk memenuhi temujanji dengan rakan-rakan pada jam 2.30 petang. Setibanya kami di parkir, kelihatan sahabatku, Kahar, sedang berjalan menuju ke lobby. Tidak lama kemudian, Haniff tiba di sofa lobby untuk lepak bersama-sama kami sementara menanti rakan2 yang lain tiba. Kemudian, barulah abang Chu dan beberapa rakan lain tiba bersama troli barang-barang yang hendak dibawa bersama.

Lebih kurang jam 2.45 petang, barulah semua rakan-rakan tiba. Kami pun memulakan perjalanan ke Setapak yang disertai oleh 4 buah kereta. Tiba di Setapak, kami berhenti di jalan bertentangan hadapan pasar besar Setapak. Di situlah kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang dah standy lebih awal. Hampir jam 3.00 petang, rombongan kami tiba di Rumah Amal Permata Hatiku. Lawatan amal ke rumah anak yatim ini adalah antara kerja amal yang dianjurkan oleh Division (HC SSO) tempat aku bertugas. Semua rakan-rakan yang hadir pada petang itu adalah bagi mewakili lebih 120 anggota division kami yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas yang akan disampaikan terus kepada anak-anak yatim dalam majlis berkenaan.
Rumah Amal Permata Hatiku yang terletak di Setapak ini, menempatkan seramai 25 orang anak yatim yang berasal dari Pahang dan Johor. Pada asalnya, pengurusan rumah anak yatim ini bertempat di Endau Rompin, Pahang. Selepas anak-anak yatim ini membuat persembahan dalam satu majlis amal, seorang hamba Allah yang merupakan pemilik rumah yang mereka duduki di Setapak ini telah sudi memberikan rumah berkenaan untuk dijadikan rumah amal buat mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kebaikan di dunia dan di akhirat buat Hamba Allah itu. Di atas tawaran itu, sebahagian anak-anak yatim dari rumah amal di Endau Rompin telah dibawa berhijrah ke Kuala Lumpur dan sebahagian lagi masih teruskan kehidupan di sana.
.
Di sini, mereka belajar dengan guru yang didatangkan khas untuk mereka. Kehidupan harian mereka bergantung kepada dana-dana yang diterima daripada individu-individu dan syarikat-syarikat yang sudi memberikan sumbangan ditambahkan lagi dengan jualan produk-produk yang diusahakan oleh Ustaz dan Ustazah yang mengendalikan rumah ini. Di sini, anak-anak ini dididik mengikut ajaran Islam. Diajar Solat di awal waktu, bertahajud pada setiap malam dan membaca Al-Quran. Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup mereka semua.

Semasa kami di sana, kami disambut meriah oleh penghuni-penghuni rumah amal ini. Selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Ustaz berkenaan kehidupan dan sejarah penubuhan rumah amal ini, kami kemudiannya berpeluang untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim ini. Alhamdulillah, mereka semua gembira dengan kehadiran kami di sana. Program seterusnya, penyampaian sumbangan-sumbangan kepada mereka yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar kami. Seterusnya, jamuan minum petang yang disediakan oleh kaum hawa Division kami. Masuk aje waktu Asar, kami berkesempatan menunaikan Solat berjemaah bersama-sama mereka. Lebih kurang jam 5.00 petang, kami pun mohon mengundurkan diri. Sebelum pulang, kami sempat bergambar kenangan beramai-ramai.

Sesungguhnya, kerja-kerja amal seperti ini amatlah digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang disabda oleh Rasulullah S.A.W., "sessungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada tangan yang menerima". Setiap rezeki yang kita terima adalah atas ehsan daripada Allah S.W.T.. Rezeki yang kita terima itu sebenarnya bukanlah semuanya untuk kita, ianya menjadi kewajipan kepada kita untuk diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Sebab itulah amalan Zakat dijadikan salah satu rukun di dalam Rukun Islam. Amalan bersedekah juga menjadi amalan yang amat-amat digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya, apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah peluang untuk mereka beramal di dunia kecuali tiga perkara iaitu doa anak-anaknya yang Soleh dan Solehah, Ilmu-ilmu bermanfaat yang sempat beliau turunkan untuk diamalkan oleh mereka-mereka yang masih hidup dan sedekah jariah yang sempat beliau sumbangkan.
.
Salam,
ReplyDeleteThank you so much for your kind efforts and amal jariah. Rumah tersebut adalah rumah arwah ibu saya, Hajah Rahmah Hj Said yang telah pulang ke rahmatullah pada 17.5.2010.
Semoga saudara dan rakan2 akan dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
Amin... apa yang kami semua sumbangkan jauh lebih kecil drp apa yang saudara/saudari sekeluarga berikan. Sudah menjadi tanggungjawab kita semua yang diberi sedikit kemampuan untuk sama-sama membantu mereka-mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteApa yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman drp Allah S.W.T. Jika kita bijak menggunakannya, ianya akan memberi manfaat di dunia & di akhirat kpd kita. Usaha yg ditunjukkan oleh keluarga saudara/saudari adalah contoh yang terbaik utk diikuti.
Sesungguhnya, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya kita suka bersedekah dan apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hanya 3 amalan sahaja yang akan terus mendapatkan pahala untuknya iaitu, doa anak yang Soleh/Solehah, Ilmu yang bermanfaat dan Sedekah jariah.
Buat Allahyarhamah Hajjah Rahmah Hj Said, semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah...