Thursday, June 23, 2011

Visitors - June 2011




Ahad, 19hb June 2011... Mat bersama keluarganya telah sudi bertandang ke kediaman kami... Objektif utama, nak bawa si Ashraf mandi kolam... Hampir jam 6.00 petang, rombongan Mat yang terdiri daripada Mat, Ita, Ibu Ita, Ashraf, Alisya & Iera tiba di Aman Heights. Tanpa melengahkan masa, kami semua terus menuju ke club house bagi menunaikan hajat si Ashraf... Al-maklumlah.. dah lewat petang.. kalau dah senja... tak boleh mandi pulak... Macam biasa.. bila kanak-kanak di bawa ke club house.... pasti mereka akan di bawa ke kolam, seterusnya ke taman permainan dan ke kolam ikan... Masa aku budak2 dulu... itule benda yg paling aku suka pun...



Selesai di club house... aktiviti seterusnya bersambung di rumah... Selesai aje solat Maghrib... kami sempat dinner bersama-sama sebelum mereka mengundurkan diri... malam tu, aku mencemar duli dengan memakan nasi bagi meraikan tetamu... Kalau ikutkan.. tengah dalam progam diet... tak nak sentuh nasi langung... Alhamdulillah... selepas seminggu implement... dapat le turun 2.2kg...
























Rabu, 22hb June 2011, seorang lagi sahabat karib aku, Kamil, telah sudi ke kediaman kami. Kali ini Kamil datang seorang diri tanpa Fizah, Dania, Dani & Lutfi... sebabnya.... keesokan harinya aku dan Kamil akan ke Putrajaya bagi menghadiri temuduga tapisan keselamatan halus untuk pengesahan jawatan beliau. Malam tu, Kamil tiba hampir jam 8.00 malam.... Setibanya beliau di Aman Heights, kami terus membawa beliau makan malam bersama di kedai favorite kami, tom yam kem rela bukit serdang... Selesai dinner... kami pun berborak di rumah sambil menonton tv hingga jam 12.00 malam..



Keesokan paginya, kami sempat breakfast bersama-sama di Sri Serdang sebelum kembali ke rumah, bersiap-siap untuk sessi temuduga... hampir jam 12.00 tengahari, kami tiba di lokas temuduga. Sessi bermula tepat pada waktu seperti yang dijanjikan (12.30 tengahari) dan hanya mengambil masa selama 30 minit. Selesai aje temuduga, kami terus ke Masjid Besi Putrajaya bagi menunaikan solat Zohor. Dari Masjid Besi, perjalanan diteruskan ke JM Bariani House kepunyaan kenalan kami di Bandar Tun Hussein Onn untuk makan tengahari. Aku terpaksa melupakan program diet aku buat sementara waktu bagi menikmati kelazatan bariani kambing di JM... Aktiviti seterusnya, sambung berborak sambil menonton tv di kediaman kami sehinggalah Kamil mengundurkan diri kira-kira jam 5.00 petang.











Buat Mat & Kamil, terima kasih atas lawatan kalian, hope you all have a good time semasa di sini. Yang paling penting.. jangan lupa datang lagi ye...


.

2 comments:

  1. buh 2 kali nasi tambah balik 3 kg la...

    ReplyDelete
  2. Kena pulun gym 2x lebih drp biase le... kalau tak leh jugak... kena contact jamal...

    ReplyDelete