Friday, June 3, 2011

School Holiday - June 2011 Pt.1





27hb May 2011, hari terakhir anak-anak bersekolah bagi penggal pertama 2011. Keesokan harinya, para pelajar akan menikmati cuti pertengahan tahun mereka. Walaupun masih belum dikurniakan anak, kami juga tidak terlepas daripada merasai bahang cuti sekolah. Maklumlah, ramai anak buah. Waktu inilah kami akan sibuk menerima kunjungan tetamu & menghadiri jemputan kenduri....






Tetamu pertama musim cuti sekolah kali ini dimulakan dengan kunjungan Azmer ke kediaman kami. Lama jugak kami tak bertemu Azmer... sejak dia mulakan tugasan beliau di TV3... jadual kerja beliau agak tidak menentu... so, susah sikitlah dia nak join aktiviti mingguan kami... Malam, 27hb May 2011.. Azmer tiba seorang diri kira-kira jam 9.00 mlm. Saja datang melawat sambil layan Maharajalawak bersama-sama... sementara nak tunggu jam 10.00 mlm.. kami dinner dkt tom yam rela dulu... selesai dinner, kembali ke rumah bagi menonton Maharajalawak... selesai aje show... dia pun berangkat pulang sbb perlu bertugas keesokan paginya...






Pagi, 28hb May 2011, aktiviti badminton di Aman Heights berjalan seperti biasa. Selain daripada player tetap seperti En. Mail, Mat, & En. Kahar, gelanggang kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran sahabat aku dizaman kanak-kanak yang juga merupakan rakan sekolah kepada Mat... Ahmad Jamzuri @ Atan... Actually, Atan ni juga merupakan anak kepada best friend mak aku... Sebelah petangnya pula... aku dan isteri berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sahabat isteri aku, Wani bersama pasangan pilihannya di Pandan Lakes Club... Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kalian...










Wani & Fatiah...










Koko in action




Koko turut membantu Kiki membesarkan anak-anak Kiki










Ahad, 29hb May 2011... Giliran kami buat road tour pula... Kira-kira jam 2.00 petang, kami selamat tiba di kedaiaman sepupu aku, Abg Hussein di Mont Kiara. Dah lama sangat kami tak menziarah aunty Ton yang dulunya menetap di Damansara tetapi kini menetap bersama anaknya di Mont Kiara.. Kalau di Damansara dulu... dalam sebulan, 2 - 3 kali juga kami akan menjenguk beliau di rumahnya... bila di Mont Kiara... susah le sikit... Abg Hussein & family pun sibuk dgn urusan masing-masing... susah sikit le nak jenguk selalu... Anyway, Alhamdulillah, Aunty Ton dah semakin sihat... dah boleh bergerak sendiri dan dah semakin ingat... memang banyak improvement berbanding kali terakhir kami bertemunya dahulu.






Dari Mont Kiara, perjalanan diteruskan ke Kelana Jaya.. kali ini nak ziarah Uncle Halim & Aunty Siti yang selamat pulang dari melaksanakan ibadah Umrah beberapa minggu yang lalu... kerana kesuntukan masa, kami tak sempat menziarah mereka lebih awal... Alhamdulillah, kami pun turut happy mendengar pengalaman indah mereka semasa menunaikan ibadah... tak sabar rasanya kami nak ke sana... Insya Allah, ada rezeki.. sampai le nanti... Terima kasih buat Uncle & Aunty atas buah tangan dan doa yang telah diberikan kepada kami..






Kira-kira jam 5.00 petang.. perjalanan diteruskan ke kediaman Azmer & Shakira di Shah Alam... Saja nak ziarah sambil menikmati dinner yang disediakan khas oleh Azmer... Menu malam tu dimasak sendiri oleh beliau... Nasi Briyani dengan Ayam Dalca... sedap... dahsyat juga si Azmer ni masak.. Ada harapan buka catering...



Bersama Azmer di kediamannya









Kelazatannya masih dirasai...










Isnin, 30hb May 2011, tetamu cuti sekolah seterusnya, Abg Feroz & family selamat tiba di kediaman kami kira-kira jam 8.00 mlm. Aktiviti yang sempat dijalankan pada malam tu hanyalah dinner dan berbual-bual sambil menonton tv. Keesokan paginya, 31hb May 2011 merupakan off day bagi wife aku... so, sempatlah wife aku menjalankan aktiviti bersama-sama tetamu kami bagi menghiburkan hati anak-anak buah sempena cuti sekolah kali ini... pagi tu mereka dibawa ke club house untuk bermain-main di kolam, padang permainan dan kolam ikan. Sebelah tengaharinya, mereka menziarah ke rumah sepupu kepada ibu mertua aku di Sri Serdang. Sebelah petang.. sekali lagi mereka di bawa ke Club House... Malam tu, selepas Solat Isya' mereka pun mengundurkan diri untuk pulang ke rumah... Insya Allah, ada kelapangan.. datang le lagi... Bukan senang nak jumpa anak-anak buah terutamanya si Fakrul, Huzair & Muhammad yang kini sedang sibuk belajar di Pusat Tahfiz...




Sheikh Muhammad.. malu-malu nampak..













































Meh abang Huzair tolong.. Bukan mcm tu...




Macam ni haa...




































































Sheikh Huzair..






















Koko in action again











1hb May 2011, pagi tu aku terima panggilan jemputan makan malam daripada seorang lagi sepupu aku, Nadia... Memandangkan kami ada kelapangan... selesai aje Solat Mahgrib, kami pun bergerak ke kediaman beliau di Precint 18 Putrajaya. Selain daripada kami, Azmer & Shakira juga turut di undang ke majlis berkenaan. Jam 8.00 malam, kami dah selamat tiba... alangkah gembiranya bila melihat anak Kiki yang dahulunya kami namakan sebagai Kuki & Kiko sudah meningkat dewasa... Sementara menunggu ketibaan Azmer & Shakira... kami sempat layan Hypp TV di rumah Nadia & Fendi.. Nadia & Fendi adalah merupakan antara pelanggan terawal Unifi... Bila dah tengok... packagenye mmg sangat sesuai dengan kami. Tak sabar pula rasanya nak tukar ke Unifi... Sebenarnya kami dah register.. tunggu installation aje... Malam tu.. kami makan ketam masak sambal... mmg best... thanks to Nadia & Fendi... lain kali ajak le lagi ye...






Anak2 terbaru Kiki yg semakin naughty




Bersama bonda & Abg long mereka...












Kiko @ Elina




Kuki @ Bella




Dari kiri, Azmer, Shakira, Fendi, Nadia & Fatiah...










.

No comments:

Post a Comment