Monday, June 6, 2011

School Holiday - June 2011 Pt.2





3hb June 2011, aku dan isteri bercuti bagi menyambut kedatangan abg Faisal @ Pak Ngah. Kira-kira jam 12.30 tengahari, kami jemput Pak Ngah di Stesyen Bas Jalan Duta. Dari sana, kami terus ke Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar untuk menunaikan Solat Jumaat. Selesai Solat, terus pulang ke rumah. Petang tu kami menghabiskan masa di rumah memandangkan Pak Ngah tak berapa sihat.




Keesokan paginya, seawal jam 7.30 pagi kami sudah bersiap-siap nak memulakan perjalanan ke Pahang. Semasa memulakan perjalanan, aku terdengar bunyi pelik pada tayar belakang sebelah kanan kereta aku. Firasat aku tepat apabila sewaktu membuat tinjauan, terdapat paku yang terlekat pada tayar berkenaan. Ini semua gara-gara kontraktor Aman Heights yang tidak membersihkan kawasan parkir yang baru sahaja selesai renovation. Tercalar sedikit mood aku pagi tu... nak sound pun... dia org pun tak masuk office lagi. Sudahnya, kami singgah sebentar di sebuah kedai makan bersebelahan kedai tayar di Sri Serdang. Bolehlah kami breakfast sementara nak tunggu kedai tu buka. Selesai makan jam 9.00 pagi, kedai masih belum buka. Bagi mempercepatkan perjalanan, kami singgah pam angin di kedai minyak berdekatan dan teruskan perjalanan sehingga ke Seremban. Semasa di Seremban, kami singgah di kedai tayar berdekatan untuk tampung tayar berkenaan. Alhamdulillah, selesai.













Kami selamat tiba di Felda Bukit Mendi kira-kira hampir jam 12 tengahari. Waktu rumah kenduri baru nak masuk ke zon sibuk... Alhamdulillah... sempatlah berbual-bual dengan Abg Bad, Abg Nasir & Abg Kamal sebelum mereka betul-betul sibuk. Khabar terbaru, si Rais kini dah mula belajar main saxaphone. Nak jadi mcm Kassim Selamat agaknye... Walaupun Rais dan abang2nye ada masa kenduri tu, tapi kami tak sempat nak sembang sebab budak2 tu kena jadi musician utk majlis berkenaan. Anyway, i'm very proud with him... bukan senang nak main saxaphone tu... Ada harapan nak ganti Ahmad Nawab...




Kenduri... kami dihidangkan dengan kari lembu yang siap dengan tulangnye sekali... Fuhh... boleh pitam memakannye... Seperti biasa, bila ada kenduri kawin.. orang yang paling kuat berkhidmat semestinya Abg Nasir. Dari pelamin, ke bilik pengantin ke masakan meja pengantin... semuanya hasil kreativiti Abg Nasir. Masuk aje waktu Zohor... kami pun memohon diri bagi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya... Destinasi yang dimaksudkan, Persona Lake Resort Tasik Bera...








Abg Kamal...





Fatiah with Abg Nasir





Hasil karya Abg Nasir...














Kami tiba di Tasik Bera kira2 jam 3.00 ptg. Just walk in.. tak ada booking2... Dekat Resort tu ada 3 jenis bilik... bilik hotel, chalet & dorm. Hanya bilik chalet aje yang ada TV... itupun ada satu aje... memandangkan orang yang booking chalet tu masih tak check in walaupun dah jam 3.00 ++... kami berjaya mendapatkan chalet tersebut sebagai tempat untuk kami bermalam...



Persona Lake Resort ni terletak berdekatan kawasan hutan simpan negeri Pahang dan bersebelahan dengan tasik Bera. Bermalam di situ terasa seolah-olah kita bermalam di dalam hutan. Cuma, ianya selesa sbb bermalam dalam Chalet dan bukannya dalam khemah. Sangat sesuai untuk menenangkan fikiran dan umpama syurga bagi kaki pancing... Mana idaknye... lempar aje roti dalam tasik... melompat-lompat ikan dalam tasik tu menjamah roti.... dari post guard ke resort, kita akan lalui jalan yang dikelilingi hutan tebal sejauh 4 km. Kalau jalan kaki... takut jugak le... Apapun... pengalaman di Tasik Bera amatlah menenangkan.....



















Dinner time...







Sunset..




Sunrise..















Macam cover novel...





Di hadapan Chalet yg kami duduki...





Morining Walk...







Ahad, 5hb May 2011, tiba waktu untuk kami berangkat pulang. Selesai morning walk & sarapan pagi, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke Seri Kembangan. Setibanya di Seri Kembangan, kami singgah memenuhi jemputan kenduri sepupu kepada mertuaku yang kebetulan diadakan berdekatan dengan kediaman kami di Bukit Serdang. Petang tu, kami luangkan masa di Aman Heights untuk charge semula tenaga. Walaupun masih keletihan, malam tu masih sempat lawan dart dengan Pak Ngah... Keesokan harinya, Pak Ngah pun berangkat pulang ke Tepen bagi meneruskan rutin kehidupannya di Kg. Boyan... Bila ada kelapangan lagi.. jemputlah ke kediaman kami bagi memjalankan aktiviti2 yang tak sempat kita buat dalam trip kali ini...




Pak Ngah tewas 3-o....





Anak Kiki yg manja... tido dlm tempat makan dia sendiri...






.

No comments:

Post a Comment