Sunday, June 12, 2011

School Holiday - June 2011 Pt.3



Rabu, 8hb June 2011, kediaman kami dikunjungi tetamu istimewa sempena cuti sekolah. Hampir jam 3.00 petang, Abang Feroz dan keluarganya telah sudi meluangkan masa untuk singgah ke kediaman kami selepas selesaikan urusan mereka di Putrajaya. Kehadiran kali ini turut disertai oleh Umi (ibu mertua Abg Feroz), adik iparnya serta anak2 buahnya. 15 minit kemudian, ibubapaku bersama adik dan seorang anak buah aku (d'boy) selamat tiba dari Tepen. Waktu mereka tiba, aku masih di pejabat. Selesai aje waktu pejabat, dengan segera aku meredah hujan pulang ke rumah untuk bertemu dengan para tetamu yang hadir. Setibanya di rumah, Abg Feroz dan keluarganya telah pulang. Tak sempat nak jumpa deme. Malam tu, hujan turun hingga lewat malam. Berhenti aje hujan, aku bersama adik dan ibuku bergerak ke downtown The Mines. Tak banyak pulak gerai yang buka malam tu. Mungkin disebabkan hujan. Dalam tak banyak gerai yang dibuka, banyak jugak barang yang adik aku borong. Sabo ajelah...



Keesokan pagiya, selepas selesai sarapan pagi, kami pun memulakan perjalanan ke rumah ayah saudara aku (Ayah Yeop) di Subang Bestari. Semasa di sana, kami sempat jumpa Ili, anak bongsu kepada Ayah Yeop yang dah lama jugak kami tak jumpa. Si Ili ni baru aje tamat pengajiannya diperingkat Degree. Khabarnya akan sambung pengajiannya di peringkat PHD pada September tahun ini. Lompat lagi budak ni. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah... asyik masuk kelas lompat... buat PHD pun masuk kelas lompat jugak... Tahniah... Lepas ni nak kena panggil Doktor le pulak....





Dari Subang Bestari, perjalanan diteruskan ke Kajang. Semasa dalam perjalanan, kami sempat singgah dekat kawasan air port sebab nak kasi D'boy tengok kapal terbang. Terkejut jugak dia bila dapat tengok betapa besarnya saiz kapal terbang yang sebenar. Selalu tengok dekat langit... nampak kecik aje... Ada rezeki nanti kita duduk dekat dalam pulak... Itupun kalau dia berani le... Setibanya di Kajang, kami terus ke rumah ibu saudara aku, Wan Mah. Terbantut hajat Wan Mah nak tido petang tu bila terdengar kami bagi salam depan pagar rumahnye. Biasale... kita orang main terjah aje... Semasa di rumahnye, Wan Mah keseorangan aje... Unlce J ada di opis. Si Ery ada balik bercuti, tapi udah keluar tengok wayang dgn kawan-kawannye di Alamanda. Tak lama kami di sana sbb nak avoid jam.. tak nak keluar waktu orang balik keje....










Tiba di kediaman kami, masing-masing tunaikan Solat Asar sebelum kami beramai-ramai turun ke Club House utk layan si D'boy mandi kolam. D'boy yang sebelum ini pernah lemas di theme park kelihatan sedikit fobia nak turun dalam air. Sudahnye, aku paksa dia masuk dalam pelampung dan tarik dia ke tengah. Menjerit-jerit dia minta tolong. Susah jugak macam ni. Macam mana Pak Ngah dia nak ajar dia berenang nanti.














Sebelah malamnye pula, kami dinner di kedai favorite kami, kedai Tom Yam Kem Rela Bukit Serdang. Alhamdulillah, tetamu kami juga turut menggemari masakan kedai tu. Yg spoilnye malam tu, si D'boy pulak tiba2 aje muntah. Mana taknye... belum makan dah belasah teh ais yang mak aku order sampai habis... Itu yang terkeluar balik tu... Actually, teh kedai ni mmg antara yang terbaik... Dari Tom Yam Rela, kami pulang ke rumah utk drop bapa aku yg tak nak join trip kami malam tu. Malam tu, perjalanan kami diteruskan ke I City Shah Alam. Hajat kami ke sana kononnye nak kasi D'boy seronok masuk ke rumah salji. Sekali, dia mengamok tak nak masuk. Kasut & Jacket yg kami sewa utk dia pun dia tak nak pakai. Udahnye... Mak aku terpaksa keluar awal dengan dia sebab terketar-ketar kesejukan. Agak ralat jugak le kos tiket yang dah dibelanjakan. Nak buat macam mana... cucu Opah... Last2... dia nak mainan jugak... beli le kipas Ultraman berlampu yang ada dijual dekat I City tu... kalau tau, dari awal beli tu aje.. tak payah susah2 masuk rumah salji... Sabor ajelah....








































Jumaat, 10hb June 2011, selesai aje sarapan, perjalanan diteruskan ke Sungei Wang Plaza. Kereta kami diletakkan di KL Sentral dan kami teruskan perjalanan dengan menaiki Monorale. Saje nak bawa si D'boy naik train. Pada mulanya... dia takut... bila dah comfortable, asyik nak naik train le pulak. Tujuan kami ke Sungei Wang Plaza hari tu sebab nak bawa si D'boy berjumpa dengan idolanye... siapa idola dia? Siapa lagi kalau bukan Ultraman... atau Acomen bak kata si D'boy... Sessi bersama Ultarman dimulakan pada jam 1.00 petang. Kami tiba di sana seawal jam 12.00 tengahari. Sempatlah kami lunch kejap dekat McD bersebelahan dengan stage Ultraman tu. Kira-kira jam 12.30 tengahari, aku teruskan perjalanan ke Masjid berdekatan stesen Hang Tuah utk Solat Jumaat sementara wife aku bersama D'boy, adik dan ibuku beratur beramai-ramai utk menunggu giliran bergambar bersama Ultraman. Selesai aje solat Jumaat dan sessi bersama Ultraman, kami kembali bertemu di Berjaya Time Square. Kali ini kami nak ke Acer Service Centre utk hantar laptop kedua adik aku utk dibaiki. Hajat nak repair laptop tu terpaksa dilupakan apabila diberitahu bahawa kos utk ganti motherboard laptop berkenaan menelan belanja sehingga RM 700. Baik beli netbook baru aje...




























Pulang aje ke rumah dari KL Sentral, kami pun bersiap2 utk aktiviti seterusnya. Selepas drop wife aku di opisnye, kami terus ke Jln Telawi Bangsar utk ke Domino Pizza bagi tunaikan hajat adik aku yg teringin nak rasa Domino Pizza.... malangnye, tak ada parking le pulak... perjalanan diteruskan ke Masjid Wilayah bagi menunaikan Solat Maghrib. Dari Masjid Wilayah, kami terus singgah ke rumah Abg Hussein di Mont Kiara utk menziarah mereka sekeluarga terutamanya Auntie Ton. Lebih kurang jam 9.00++ malam, kami pun mengundurkan diri utk pulang ke rumah sbb nak kejar show Maharaja lawak malam tu...






Sabtu, 11hb June 2011, pagi tu, aktiviti badminton tetap berjalan seperti biasa. Sessi badminton kali ini lebih bertambah meriah sebab semakin ramai sahabat2 yang sudi hadir menjayakan sessi kali ini. Selain drp geng bebudak Tepen, rakan2 dari TM & TV3 juga turut join menjayakan sessi berkenaan. Kepada rakan2 yang lain, sudi2 le melapangkan masa utk join sessi2 yang akan datang. Bila dah ramai yang komited.. boleh le kita workout utk adakan friendly match dgn mana2 team. Tapi nak kena training betul2 dulu lah ye... Selesai aje sessi, ahli kelab yg ada pertalian saudara dgn aku telah dibawa ke rumah utk bertemu dengan parent aku. Siapa lagi kalau bukan Mat dgn Azmer... Sempatle breakfast bersama-sama sambil berborak kejap sebelum mereka memohon diri bagi meneruskan aktiviti masing-masing.












Selesai sessi bersama sepupu.... kami pun bersiap-siap utk aktiviti seterusnya. Kali ini shopping2 at Jalan TAR. Sebelum kami ke Jalan TAR, kami singgah sebentar di pejabat My Iman di Wangsa maju bagi mendapatkan naskah Al-Quran yang baru mereka keluarkan. Actually, My Iman adalah company yang mengeluarkan smart pen yang boleh membaca buku. Sebelum ini, my mom dah beli set buku utk si D'boy berserta dgn smart pen. Kali ini just nak beli Al-Quran utk kegunaan Opah si D'boy pulak. Semasa di Jalan TAR, kami park dkt SOGO & jalan kaki ke syurga membeli belah... Yg dahsyatnye... semasa kami jalan nak kembali ke SOGO... boleh terserempak dgn Aunty Zah & Uncle Lan sekeluarga. Actually, Aunty Zah ni mak cik aku yang tinggal di hadapan rumah Opah aku di Tepen. Mereka datang ke KL utk ke rumah anak lelakinya sempena cuti sekolah. Mmg terkejutle... siapa sangka boleh terjumpa.... Pulang aje dari Jalan TAR, kami singgah sebentar ke Domino Pizza, Tmn Putra Permai bagi menunaikan hajat adik aku yang tak kesampaian sebelum ini. Take away aje... sbb nak kejar waktu Solat.








Keesokan paginya, sebelum parent aku berangkat pulang ke Tepen, Uncle Halim & Auntie Siti sempat bertandang ke kediaman kami utk bertemu dgn parent aku. Sempatlah kami breakfast bersama-sama pagi tu... Selesai breakfast, parent aku pun bersiap2 utk pulang. Waktu tu le aku buka youtube kasi si D'boy tengok Ultraman supaya dia tak ganggu parent aku bersiap-siap... sekali dia tak nak balik daa... Mengamok le dia bila aku tutup laptop & suruh dia balik... kata mak aku, masa dah sampai Tepen pun dia still sebut nak balik rumah tinggi... nak balik rumah Pak Ngah... Insya Allah, bulan Julai ni deme akan datang lagi... To Uncle & Aunti.. thanks for the nasi lemak & mee hoon pagi tu....







.

No comments:

Post a Comment