Saturday, December 3, 2011

10 Years... (2001-2011)



Tanggal 02hb July 2001, aku melaporkan diri di syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia. Dengan berbekalkan kelulusan Diploma dalam bidang Sains Komputer, aku telah memulakan tugas di syarikat ini sebagai Pembantu Pengatur Rancangan Komputer di unit Business Support, MSC Business Area. Di situlah aku dapat mengenali boss pertama aku, Bob (Mohd Hafizal) yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk maju dalam bidang kerjaya. Di situlah juga aku mengenali Pn. Saadiah (my 1st Mgr.), rakan2 yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan seperti Saifulzaman, Kak Yatt, Kamal Mokri,Izan, CK, Kak Midah, Abg Razak, Abg Ramnan, Azliza, Azme, Pajan, Lutfi, Mai, Haslinda, Awin dan ramai lagi...


16hb Jul 2006, Aku telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Akaun... maka bermulalah penghijrahanku dari Cyberjaya ke Shah Alam. Setahun aku di sana, aku melapor diri pada SFO yang tinggi kreadibilitinya, En. Kamal Azhar... Walaupun hanya setahun, banyak perkara yang dapat aku pelajari dari boss dan rakan-rakan seperti Pn. Maliha, Azan, Abg Amran & all ladies in Account Team..


16hb July 2007, bermulalah career aku dlm bidang HR. Selepas dikurniakan BBA majoring in HR, aku telah ditawarkan jawatan Asst. Mgr. di division HC SSO yang bertempat di HQ, Jln Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Ketika itu, aku melapor diri pada Pn. Hjh. Kamsiah Abu yg juga merupakan penulis novel yang terkenal di Malaysia. Di sini, aku mula mengenali rakan-rakan seperti Najibah, Asmah, Kak Lidza, Abg. Shahril, Zulhisham, dan Azaharah yang bersama2 di bawah satu unit, Recruitment & Establishment Services. Sepanjang di HC SSO, beberapa kali penstrukturan penjawatan telah berlaku. Lebih ramai rakan2 yang dpt aku kenali di sini seperti En. Rosli, En. Fairuddin, Cik Fazlin, Pn. Rubeah, Pn. Zaidatul, Zatul Iffah, Norli Dollah, Abg Hamir, Abg Ipin, Nazri Sakri, Awe dan ramai lagi... Yang pastinya, team terakhir yang tak dapat aku lupakan semasa di HC SSO adalah anggota-anggota Esablishment Services yang terdiri drp Laili, Yana, Kak Lidza, Fizah, Naza & Abg Shahril....


14hb Nov 2011 adalah merupakan hari terakhir aku berkhidmat di syarikat telekomunikasi ini... Selepas lebih 10 tahun berkhidmat... banyak pengalaman dan pengajaran yang telah dapat aku perolehi. Sesungguhnya, segala yang telah perolehi ini sangatlah besar kegunaannya dalam membantu mempertingkatkan diri dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian. Walaupun berat hati untuk meninggalkan syarikat yang dah 10 tahun berjasa kepada diri dan keluarga... demi meneruskan perjalanan garisan kerjaya dan menimba pengalaman dan cabaran dunia korprat yang lebih mencabar, aku memberanikan diri melangkah kaki ke sebuah lagi syarikat korporat terkemuka negara... Majlis perpisahan untuk aku telah pun diadakan oleh rakan2 di HC SSO pada hari terakhir aku di sana (14hb Nov 2011)... Terima kasih buat semua....





Orang2 kuat yang menjayakan majlis...



Ucapan drp Ketua Department, Pn. Zai bersama Emcee, Kak Lidza...







Ucapan rasmi terakhir aku di company ini









Hadiah penghargaan, disampaikan oleh GM, Ir. Abdul Razak











Juadah yang disediakan oleh rakan2 sendiri...






Kenangan bersama (from left) Afdzal, Kahar, En. Rosli & Zam



Bersama org yg banyak beri tunjuk ajar, En. Rosli Simon



.

Monday, November 7, 2011

Aidiladha 2011



Agak lama jugak kami tak balik ke Tepen.. Alhamdulillah, pada cuti sempena Hari Raya Aidiladha baru2 ini, kami berkesempatan pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga... Perjalanan kami bermula sebaik sahaja kami selesai sarapan pagi pada Jumaat, 4hb Nov 2011. Perjalanan kami lancar memandangkan masih belum banyak kenderaan memulakan perjalanan pada waktu itu. Alhamdulillah, kami selamat tiba di kampung kira2 jam 2.oo petang... Al-maklumlah, balik naik Kancil... slow & steady mode...


Hajat nak jumpa D'boy & Dina pada petang Jumaat tu tak kesampaian sbb waktu aku tiba di kediaman parent aku kira2 jam 5.00 petang... bebudak ni dah balik rumah deme... Sebelum gerak ke kediaman parent aku... kami sempat ke pekan Tepen bagi mendapatkan air kelapa & apom balik (Bus station Tepen) untuk juadah minum petang di Kg. Boyan... Di Kota Jaya pula... aku sempat dapatkan kuih chakoi Kota Jaya yg menjadi juadah wajib bila kami pulang ke kampung... Alhamdulillah... lepas jugak rindu... Sebelah malamnye.. konon2 nak layan Maharaja Lawak Mega dgn family di Kota Jaya... lepas kena ubat selesema... goodbye le... Keesokan paginye.. baru le sempat layan D'boy & Dina...



Sabtu, 5hb Nov 2011, Malam Raya tu kami sempat lagi membeli-belah di Giant Kamunting.. bukannye beli apa pun... groceries utk rumah Kg. Boyan aje... Masa nak balik tu.. hujan tengah lebat... memandangkan ada kaunter ice cream Magnum dkt luar tu... so, kami pun layan le sementara nak tunggu hujan berhenti... Hari Sabtu tu.. hujan memang turun dari pagi hingga ke malam... sejuk gile Tepen... walau pun hujan turun sepanjang hari, Alhamdulillah, tak ade pulak banjir kilat...





Ahad, 6hb Nov 2011, seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha... Selesai waktu subuh, Abg Pak Li pun memulakan operasi membakar lemang beliau sambil dibantu oleh Abg Pesal (nak berguru le tu). Aku & darling pula sempat keluar ke pasar bagi mendapatkan stok bahan mentah yang sememangnye fresh dan murah utk dijadikan stok harian kami di KL nanti... Selesai aje di pasar, aku bersiap2 bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha... Selesai aje Solat, kami pun duduk bersarapan beramai-ramai sebelum masing2 menukar pakaian utk menyertai aktiviti penyembelihan haiwan qurban di Kg. Boyan. Sebenarnye banyak tempat diadakan majlis Qurban ni... di Kg. Boyan aje ada 2 group... satu dkt Masjid anjuran JKK Kg. Boyan dan satu lagi dkt tanah persendirian anjuran para pejuang Islam di Kg. Boyan... aku dan abang2 ipar aku join sessi anjuran para pejuang Islam sbb yg dekat Masjid tu mmg dah ramai tenaga kerjenye...


Semasa di lokasi, hanya ada 3 ekor lembu dan 1 ekor kambing yang perlu kami selesaikan... sebaik sahaja kami tiba, operasi pun terus dijalankan... Buat pertama kali aku merasa kagum... keempat-empat ekor binatang yang hendak diqurbankan sangat tenang... tak mengamok langsung... siap landing lagi... kami hanya perlu tarik bagi membetulkan kedudukannye aje... Agaknye ada le.. yang dah baca apa2 ayat yang patut... maklumlah.. banyak ustaz dekat situ... Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar... walaupun cuaca mendung macam nak hujan... hujan turun betul2 bila kami dah selesai sembelih dan membawa daging masuk ke khemah untuk diagih-agihkan... Itulah pentingnye berkawan dengan orang2 yang berilmu... banyak ilmu kita boleh tuntut... sampai ilmu nak menenangkan lembu pun deme ada... Tapi, sampai sekarang masih tak tahu siapakah orangnye... sabo ajelah...











































Selepas selesai operasi, aku kembali ke kediaman di Kg. Boyan utk bersiap2 nak ke rumah Opah... Biasanye awal pagi raya kami dah serbu rumah Opah... sebabkan komitmen nak sembelih lembu... kena le delay sikit... Semasa di rumah Opah, sempatle jumpa Adin... itupun tengah mamai sbb baru bangun tido... Selesai di rumah Opah, aku gerak ke kediaman parent aku di Kota Jaya... turut serta bersama adalah Fandi (anak Mak Su aku). Kesian si Fandi yang kesunyian.. al-maklumlah... adik beradik dia semua pompuan.. dia seorang aje lelaki... tak ada kawan... so aku pun bawa dia bersama... layan movie dengan dia.... kami sempat layan film Senna, Italian Job (1969) & The Transporter... semue cite kereta sbb si Fandi ni macam aku jugak... gile dengan Automotif... Lagipun, bapa Fandi (Pak Su aku) mmg collector... antara collection yang dia ada, VW Old Beetle & VW Kombi...






Sebelah malam di kediaman Kg. Boyan... Majlis makan besar bersama keluarga... Abg Pak Li masih dengan projek membakar lemangnye... Cik T pula menjalankan projek yang dinanti-nantikan... sup tulang.... Aku bersama Abg Paiz, & Abg Pesal sabar menanti sambil berborak-borak dkt port baru di depan rumah Abg Pak Li sementara menanti hidangan... Siap aje hidangan... apa lagi.. belasah le... Abg Pak Li & Abg Paiz siap sedut pakai straw lagi... Mujur tak tumbang.... hehehehehhee...






















Isnin, 7hb Nov 2011, hajat aku nak bergerak pulang selepas selesai Subuh masih tak kesampaian... Selesai aje bersiap2... sekali wife aku dah mula sibuk memasak sarapan di dapur.. kena le breakfast dahulu... Selesai breakfast, singgah ke kediaman parent aku di Kota Jaya... daddy aku dah siap belikan apom kegemaran kami... kenalah breakfast sekali lagi... Sudahnye pkl 9.00++ jugak baru boleh gerak... Lepas tu singgah Ipoh sekejap... lebih kurang jam 1.00 petang, kami pun selamat tiba di KL. Alhamdulillah, perjalanan lancar... trafik smooth aje.. cuma ade polis buat keje speed trap dkt bawah jejantas... aku drive biasa aje.. tapi, tak tau le kena ke idak... harap2 tak kenalah ye...


.