Saturday, December 3, 2011

10 Years... (2001-2011)



Tanggal 02hb July 2001, aku melaporkan diri di syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia. Dengan berbekalkan kelulusan Diploma dalam bidang Sains Komputer, aku telah memulakan tugas di syarikat ini sebagai Pembantu Pengatur Rancangan Komputer di unit Business Support, MSC Business Area. Di situlah aku dapat mengenali boss pertama aku, Bob (Mohd Hafizal) yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk maju dalam bidang kerjaya. Di situlah juga aku mengenali Pn. Saadiah (my 1st Mgr.), rakan2 yang sentiasa memberi bantuan dan sokongan seperti Saifulzaman, Kak Yatt, Kamal Mokri,Izan, CK, Kak Midah, Abg Razak, Abg Ramnan, Azliza, Azme, Pajan, Lutfi, Mai, Haslinda, Awin dan ramai lagi...


16hb Jul 2006, Aku telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Akaun... maka bermulalah penghijrahanku dari Cyberjaya ke Shah Alam. Setahun aku di sana, aku melapor diri pada SFO yang tinggi kreadibilitinya, En. Kamal Azhar... Walaupun hanya setahun, banyak perkara yang dapat aku pelajari dari boss dan rakan-rakan seperti Pn. Maliha, Azan, Abg Amran & all ladies in Account Team..


16hb July 2007, bermulalah career aku dlm bidang HR. Selepas dikurniakan BBA majoring in HR, aku telah ditawarkan jawatan Asst. Mgr. di division HC SSO yang bertempat di HQ, Jln Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Ketika itu, aku melapor diri pada Pn. Hjh. Kamsiah Abu yg juga merupakan penulis novel yang terkenal di Malaysia. Di sini, aku mula mengenali rakan-rakan seperti Najibah, Asmah, Kak Lidza, Abg. Shahril, Zulhisham, dan Azaharah yang bersama2 di bawah satu unit, Recruitment & Establishment Services. Sepanjang di HC SSO, beberapa kali penstrukturan penjawatan telah berlaku. Lebih ramai rakan2 yang dpt aku kenali di sini seperti En. Rosli, En. Fairuddin, Cik Fazlin, Pn. Rubeah, Pn. Zaidatul, Zatul Iffah, Norli Dollah, Abg Hamir, Abg Ipin, Nazri Sakri, Awe dan ramai lagi... Yang pastinya, team terakhir yang tak dapat aku lupakan semasa di HC SSO adalah anggota-anggota Esablishment Services yang terdiri drp Laili, Yana, Kak Lidza, Fizah, Naza & Abg Shahril....


14hb Nov 2011 adalah merupakan hari terakhir aku berkhidmat di syarikat telekomunikasi ini... Selepas lebih 10 tahun berkhidmat... banyak pengalaman dan pengajaran yang telah dapat aku perolehi. Sesungguhnya, segala yang telah perolehi ini sangatlah besar kegunaannya dalam membantu mempertingkatkan diri dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian. Walaupun berat hati untuk meninggalkan syarikat yang dah 10 tahun berjasa kepada diri dan keluarga... demi meneruskan perjalanan garisan kerjaya dan menimba pengalaman dan cabaran dunia korprat yang lebih mencabar, aku memberanikan diri melangkah kaki ke sebuah lagi syarikat korporat terkemuka negara... Majlis perpisahan untuk aku telah pun diadakan oleh rakan2 di HC SSO pada hari terakhir aku di sana (14hb Nov 2011)... Terima kasih buat semua....





Orang2 kuat yang menjayakan majlis...



Ucapan drp Ketua Department, Pn. Zai bersama Emcee, Kak Lidza...







Ucapan rasmi terakhir aku di company ini









Hadiah penghargaan, disampaikan oleh GM, Ir. Abdul Razak











Juadah yang disediakan oleh rakan2 sendiri...






Kenangan bersama (from left) Afdzal, Kahar, En. Rosli & Zam



Bersama org yg banyak beri tunjuk ajar, En. Rosli Simon



.

No comments:

Post a Comment