Saturday, December 10, 2011

School Holiday Dec 2011 - pt.1




Seperti biasa, bila tiba musim cuti sekolah, kediaman kami di Aman Heights akan menerima kehadiran ramai tetamu. Kali ini, kedatangan Pak Ya & Mak Cik Yon dari Singapura membuka tirai lawatan tetamu ke teratak kami sempena cuti akhir tahun 2011....


Ahad, 13hb November 2011... hari di mana sahabatku, Fitri... melangsungkan majlis perkahwinannya di Ipoh, Perak... Sayangnye, aku dan darlingku tidak dapat turun ke sana kerana perlu memenuhi undangan perkahwinan anak kepada Kak Norehan (sepupu darlingku) di Bandar Utama. Sebelum bertandang ke rumah pengantin, pagi tu kami sempat menjemput Pak Ya & Mak Cik Yon di sebuah hotel di Bandar Utama untuk bersarapan bersama-sama di Restoran Ismail, TTDI. Selesai bersarapan, kami kembali ke hotel bagi memberi laluan kpd Pak Ya utk check out dari hotel dan terus ke rumah pengantin apabila telah selesai. Lama juga kami di majlis pengantin.. sempat le jumpa Abg Feroz dan keluarga... Selesai di sana... perjalan kami bersama Pak Ya dan Mak Cik Yon diteruskan ke Aman Heights... Malam tu mereka berdua akan bermalam di kediaman kami... sempatlah kami bawa mereka makan besar dkt Serdang Paradise... Keesokan paginya, Pak Ya & Mak Cik Yon telah dihantar ke terminal Bandar Tasik Selatan oleh darlingku bagi meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke Singapura... Buat Fitri.. Selamat Pengantin Baru... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... kami mohon maaf sbb tak dapat hadir ke majlis tempoh hari.. Insya Allah, bila dah boleh cuti nanti... teman cari mike dekat Ipoh nanti...



Abg. Feroz & family...



With Pak Ya from Singapore...







Jumaat, 25hb November 2011... aku bergerak pulang dari pejabat seawal jam 6.00 petang... sebabnye... malam tu geng gagak itam buat makan besar di kediaman Aunty Tun di Damansara Utama. Antara yang hadir pada malam tu adalah Azmer, Shakira & Che Nod, Fendi & Nadia, Kak Ani dan parent aku yang kebetulan turun KL bagi memenuhi temujanji dgn pihak developer apartment ibu aku di Puchong. Sempat juga le kami menikmati hidangan sambil menonton Maharajalawak Mega... Terima kasih kepada semua yang sudi menyediakan/sponsor hidangan yang pastinya mengenyangkan semua orang malam tu... Antara juadahnye:














Che Nod & abgnye.. Azmer..







Sabtu, 26hb November 2011... selesai aje bersarapan, aku bersama parentku bergerak ke Putra Perdana, Puchong untuk ke pejabat developer bagi mengambil kunci rumah apartment lakesville yang sepatutnya siap pada tahun 2003 dahulu... Projek yang tertangguh hampir 10 tahun ini adalah salah satu bukti jelas bertapa tidak sucinya pentadbiran negara sehinggakan pembeli sentiasa menjadi mangsa menanggung kerugian sedangkan mereka dan kroni-kroni tetap hidup selesa dan mewah sambil menyandar di atas lather seat Mercedes, BMW atau mungkin Bantley.... Malas aku nak ulas panjang2 bab nie... Jawab ajelah dekat alam kubur nanti...


Selesai di Puchong lebih kurang jam 1.30 ptg, kami bergerak untuk makan tengahari di Syed Bistro, South City Plaza... setelah sekian lama aku tidak menggunakan jalan utama pekan cina Seri Kembangan... entah mcm mana hari tu aku terpilih pulak jalan tu... hampir 2 jam kami stuck dkt situ... sudahnye, kami terpaksa tukar haluan ke Mat Ayam Kampung untuk menikmati juadah tengahari...


Sebelah petangnye, kami bergerak ke PPUM untuk menziarah Arwah Opah Nyah yang terlantar sakit pada waktu itu. Arwak Opah Nyah (adik Opah dari Bt. Gajah) telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada 01hb Disember 2011 (Khhmis malam Jumaat) di PPUM. Jenazah beliau telah pun selamat dikebumikan di Batu Gajah pada keesokan paginya. Al-Fatihah...


Semasa di PPUM, waktu tu kami bertemu dengan rombongan Opah dari Simpang yang dibawa oleh Adin. Selain drp Pak Su & family, turut serta dalam rombongan tersebut adalah Wanyah, Wanye dan Opah. Selesai di PPUM, Pak Su & family pulang ke kediaman Abgnya di Kg. Baru sementara rombongan aku & Adin pulang ke Aman Heighst untuk bermalam di sana... Thanks to Adin & Anis yang sudi memberi peluang utk Opah, Wanyah & Wanye menjadi tetamu kami di Aman Heights malam tu...


Di Aman Heights, darlingku yang turut dibantu oleh Anis sempat menyediakan dinner utk makan besar bersama family... turut hadir, Mat & family yang sempat turun dari Kajang bagi menjayakan sessi malam tu... Selesai dinner, sempat le kami lepak, borak2 sambil menonton Cerekarama... Tak lama kemudian, Mat & family mengundurkan diri utk pulang ke kedimannye... Lebih kurang jam 12.00 malam, aku bersama darlingku, adin, Wanyah dan ibuku bergerak ke downtown The Mines... dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke Restoran Kem Rela bukit serdang untuk menikmati hidangan ringan.... hampir jam 3.30 pagi, barulah kami tiba di rumah untuk berehat...



Adin with my dad yg tgh busy on phone with Uncle Halim...



Ashraf, Mat, Alisha & Ita..



antara hidangan yang sempat disediakan...



Ahad, 27 November 2011, hajat nak bergerak awal pagi tu tidak kesampaian sbb aku terpaksa membawa Masterpiece ke workshop Seng Cheong memandangkan lampu break pad dah menyala... Selesai di workshop, hampir jam 12.00 tengahari barulah kami dapat memulakan perjalanan... destinasi yang kami tujui ialah Fareed Nasi Kandar, di Sungai Buloh untuk menikmati makan tengahari... aku mengetuai rombongan sambil di follow oleh adin.. Dari Fareed nasi kandar, kami meneruskan perjalanan ke kediaman Ayah Yeop di Subang Bestari... Kali ini Adin pula mengetuai rombongan memandangkan beliau lebih arif dengan area tersebut. Buat pertama kalinya Opah menjejakkan kakinya ke kediaman Ayah Yeop di Subang Bestari semenjak mereka berhijrah ke KL beberapa tahun yang lalu... Al-maklumlah, dengan keadaan Opah yang semakin berusia, bukannya senang Opah nak buat road tour.... Beberapa jam di sana, kami terpaksa bergerak.... Adin bersama rombongan Opah dari Simpang bergerak pulang ke kediaman Adin di Kota Damansara sementara kami pula kembali ke Seri Kembangan....






Anis & Adin @ Ayah Yeop's house...








Isnin, 28hb November 2011, cuti umum sempena 1 Muharram... selesai breakfast, kami bergerak ke Damansara untuk memberi laluan kepada parentku menziarah Aunty Tun... selesai di sana, kami bergerak ke Tropicana Mall untuk cari present buat D'boy & Dina... aku sempat dapatkan tiket puss in boots untuk tontonan bersama darlingku bila selesai waktu kerjanye malam tu... Dari Tropicana, kami bergerak ke Terminal Pudu Raya untuk dapatkan transport buat parentku pulang ke Tepen... Sebelah malamnye, aku & darlingku layan Puss in boot 3d di Tropicana Mall... bila tengok cerite nie... both of us asyik teringat si puss ni as koko... Dah le rupanye lebih kurang sama... perangai pun sama jugak... jahat2 manje... Kalau siapa2 jumpa topi, boot & belt mcm tu utk kucing... jgn lupa kabo... aku nak beli 1 set utk si Koko....


.

No comments:

Post a Comment