Sunday, December 25, 2011

Saturday Night Fever...



Sabtu, 10hb Disember 2011.... antara Sabtu yg paling bz buat kami... jadual penuh dari pagi hingga ke malam. Aktiviti pagi dimulakan dengan sessi badminton yang dah jadi rutin mingguan kami. Pagi tu, kami menerima pemain jemputan yang di bawa oleh salah seorang player, En. Aizad... Player jemputan yang dimaksudkan adalah bebudak pompuan program latihan 1 Malaysia pejabat si Aizad & Shyfull... Ini kira part of latihan kokurikulum untuk deme le agaknye... Selain daripada Aizad & Shyfullzaman, turut hadir menjayakan sessi berkenaan adalah Mat, En. Mail, En. Kahar & Zaid...








dari kiri, En. Mail, Zaid, Kahar & Mat



Dari gelaggang badminton, kami sambung aktiviti ke driving range pula... Lokasi yang menjadi pilihan adalah driving range cyberjaya.... hari tu merupakan sessi kelas golf pertama aku di bawah pimpinan Cikgu golf yang berpengalaman... Mr. Aizad yang sememangnya talented dlm pelbagai jenis sukan... Walaupun bebadan besar... dia dah titik aku bawah 10 masa test game single badminton sebelum ini.... Siapa2 nak sahut cabaran.. sila le hadir ke gelanggang ye... Selain si Aizad... aku juga tak sabo nak ajak Izwan turun ke driving range utk menuntut ilmu... Nak menuntut ilmu... biar banyak guru... kalau kenal tiger wood, dengan dia pun aku nak menuntut....


Sessi berguru bersama Aizad...



Tiger Wan... bukan Tiger Balm






Dari Cyberjaya, perjalanan diteruskan ke Kajang... kali ini adalah bagi memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kak Bee (kawan wife aku) yang diadakan di dewan Sekolah di kawasan Sg. Sekamat. Sempat le bertembung dengan Pak Yob semasa di sana... apa lagi.. kasi satu shot le.... Selesai di Kajang... kami bergegas pulang ke kediaman sebab nak memenuhi temujanji dengan bebudak Coway yang nak datang servis machine tu dkt rumah... masa tu le kami ambil peluang utk charge battery sebelum ke aktiviti seterusnya.



Bersama penyanyi klasik... Che Yob



Selesai solat Asar, aktiviti kami diteruskan di Sepang International Circuit. Bermula dari jam 5.00 ptg hingga 12 tengah malam hari berkenaan, berlangsungnya acara perlumbaan yang dikenali sebagai Saturday Night Fever. Malam tu merupakan closing event Saturday Night Fever SIC bagi tahun 2011 selepas beberapa siri event berkenaan telah pun dijalankan sepanjang tahun ini. Kami ke sana bukanlah sebagai peserta perlumbaan ataupun penyokong mana-mana pasukan tetapi sekadar join geng Westfield mempromosikan kereta Aerorace dan ST3 yang bakal dipasarkan tidak lama lagi... Walaupun event berlansung hingga ke lewat malam, kami sempat di sana sehingga masuk waktu Maghrib aje sbb darlingku kena bergegas ke pejabat untuk bertugas malam tu....


ST3




Ronni bersama Aerorace


Gua bersama ST3


Bersama team Westfield...


BMW 6-series



Toyota Celica



Mazda RX-7



Antara peserta perlumbaan...






Darling gua @ SIC






Ferrari F430


With classic car, Sunbeam




Bila le nak convert Masterpiece gua jadi mcm ni...









Kia Optima yg dah convert...



.

No comments:

Post a Comment