Saturday, December 10, 2011

After 10 Years... Lakesville Putra Perdana


Lakesville Putra Perdana, projek peruumahan yang diusahakan oleh Euorplus & Kenshine, anak syarikat Talam Corporation ini telah dibeli oleh ibuku pada tahun 2001. Projek yang sepatutnya siap dalam masa 2 tahun ini telah gagal disiapkan mengikut masa seperti yang dirancangkan akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Talam Corporation. Bukan projek ini sahaja, banyak lagi projek di bawah Talam Corporation yang mengalami masalah yang sama.


Masih aku ingat lagi ketika mula2 nak book rumah ini. Ketika itu, aku bersama Uncle Halim pergi ke PWTC sempena pameran hartanah. Ketika itu, aku tidak menduga yang projek ini akan menerima nasib sedemikian memandangkan reputasi Talam Corporation sangat hebat pada waktu itu. Mereka merupakan antara developer yang mempunyai banyak projek.

Kini, selepas 10 tahun... akhirnya projek ini berjaya juga disiapkan. Tanngal 26hb November 2011, menjadi tarikh keramat di mana kami, akhirnya dapat juga mengambil kunci kediaman yang telah dinantikan sekian lama. Pagi tu, kami terus ke kediaman berkenaan untuk menyaksikan sendiri hasil rumah berkenaan. Alhamdulillah, tak banyak sangat defect... semuanya yg minor-minor aje... Kami juga sempat dapatkan kontraktor untuk siapkan apa-apa yang patut ditambah untuk rumah berkenaan. Apa ibu aku akan buat dengan rumah berkenaan, masih belum dapat diputuskan lagi. Mungkin akan disewakan, atau mungkin juga akan didiami sendiri. Semuanya masih belum diputuskan lagi. Apa-apa hal pun, kita tunggu le nanti... Anyway, Alhamdulillah, bersyukur pada Allah atas limpah kuniaNya yang akhirnya dapat juga merealisasikan impian untuk melihat rumah ini siap dan boleh diduduki....


Pemandangan indah tasik berhampiran



My mom and my dad...


Pool view from bedroom



Shower head yg agak unik





One of the bedroom





Pool view from hall



Hall



From dining to kitchen.. my mom @ the entrance



Kitchen..








.

No comments:

Post a Comment