Wednesday, April 11, 2012

Majlis Pertunangan Mastura...




Jumaat, 6hb April 2012... pagi tu, aku bercuti sempena cuti gantian karnival kerjaya yg aku sertai beberapa minggu yang lalu. Aktiviti pagi tu dimulakan dgn mernziarah sahabat di syarikat lama aku. Sayangnye, semasa berada di sana, aku tertinggal camera dlm kereta. So, tak dpt le nak bergambar kenangan bersama mereka. Aku tiba di Menara TM seawal jam 8.00 pagi. Sepatutnya, aku tiba jam 7.30pagi dan bersarapan bersama En. Rosli di gerai nasi lemak Wan Ton. Sewaktu aku tiba, En. Rosli dah pun selesai bersarapan. Memandangkan mmg ramai kawan aku dkt sana... aku pun meneruskan sessi breakfast aku bersama Ahmad Jamzuri (atan).


Selesai aje breakfast, aku terus ke office lama utk bertemu rakan2. Sempatle berborak dgn rakan2 lama seperti En. Rosli, Pn. Zai, Alyah, Yana, Laili, Kak Lidza, Abg Shahril, Abg Amer, Bob, Ziana & rakan2 di 10U & 10S. 2 jam di sana, tak sempat nak borak panjang dengan team lama aku. Insya Allah, bila aku cuti lagi, aku akan visit deme lagi.


Selesai menziarah rakan2. Aku kembali ke pejabat darling. Dkt sana, sempatlah aku mengadap keje aku yg perlu disiapkan dgn segera. Nasib baik dkt situ ada public wifi... so, senang le nak buat keje... Kira2 jam 1.00 ptg. Kami bertolak ke KL Sentral dgn menaiki Komuter. Nak kejar keretapi kami yang sepatutnye tiba pd jam 3.00 petang. Selesai Solat Jamak di surau KL Sentral, kami ke cafeteria utk tapau food. Plan, nak makan atas keretapi. Tunggu punya tunggu... 15 minit sebelum jam 3, tiba2 ada anouncement... Keretapi Ekspres Rakyat dari Singapura ke Butterworth telah diubah jadual dan dijangka akan tiba pd jam 5.00 petang. Rupanya betul statement sahabat2 yg biasa balik Kg. naik keretapi petang. Keretapi petang selalu delay.... No wonder le KTM masih kekalkan namanya sebagai Keretapi Tanah Melayu. Dari dulu sampai sekarang... masih lagi dgn isu yg sama... Bila merujuk kpd brother KTM... keratapi semalam pun delay jugak.... sampai pukul 6 petang. Yg lagi bestnye... masa announcement tu ada menyebut, sesiapa yang tak nak tunggu, boleh refund tiket bayaran penuh. Dia org ingat boleh selesai mcm tu aje ke? Suka2 hati aje buang masa org. Tepat jam 5.00 petang, keretapi masih belum tiba... Udahnye, 5.45 ptg baru sampai. Dulu, zaman 80'an, mmg dah jadi kebiasaan bila keretapi delay. 2012, KTM masih gagal selesaikan isu yg sama. Kalau dah hari2 tak boleh tiba jam 3.00 petang, letak ajelah dalam jadual kereta tiba jam 6.00 ptg. Tak le menyusahkan orang nak tunggu dkt kerusi tak ada sandar berjam-jam.


Kami yang sepatutnya tiba di Taiping pd jam 7.30 petang hanya tiba di sana kira2 jam 10.30 ptg. Di stesen keretapi, kami dijemput oleh adik aku. Di kediaman parentku malam tu, ramai sedare mara yang dah berhimpun di sana. Membantu membuat persiapan utk majlis esok.










Sabtu, 7hb Apr 2012... Seawal jam 10.00pagi, Sedare mara yang tiba utk membantu dah pun memulakan aktiviti masing2. Caterer pun dah ready. Kira2 jam 11.00 pagi, Jemaah dari Masjid tiba untuk memulakan majlis Tahlil dan doa selamat. Selesai aje majlis doa, para tetamu di bawa ke khemah utk menikmati hidangan. Kira-kira jam 12.30 tengahari, rombongan pihak lelaki yg datang dgn 10 kereta, selamat tiba di lokasi. Majlis pun berlangsung dgn Cikgu Adnan (bapa Mat) menjadi jurucakap bagi mewakili keluarga kami dan Bapa saudara Man (tunang Mastura) menjadi jurucakap pihak lelaki. Selepas selesai perbincangan dan acara menyarung cincin, para tetamu dijemput menjamu selera di khemah yang disediakan. Selesai aje makan, majlis diteruskan dengan acara bertukar dulang hantaran dan sessi bergambar sebelum bersurai. Insya Allah, kalau ada rezeki... majlis perkahwinan akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.














Dulang Hantaran drp pihak perempuan:





































Juadah yang dihidangkan:





























Selesai aje majlis... kami kembali menjalani rutin balik kampung seperti biasa. Cuma, kali ini tak sempat nak jalan banyak tempat. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan meluangkan masa bersama adik beradik di rumah. Isnin, 9hb April 2012, kami memulakan perjalan pulang ke ibukota seawal jam 9.30 pagi. Kali ini kami pulang bersama-sama Kancil yg dah diberikan kpd ibu aku sebelum ini. Bila drive Kancil dkt highway, tak boleh le nak laju2. Siap kena berhenti dkt Tapah... nak kasi kereta cool.... Lebih kurang jam 1.30 ptg baru le kami tiba di KL. Mujurlah kami drive Kancil hari tu... Polis dok buat operasi besar-besaran. Kumpul dana pilihanraya agaknye... Sabo ajelah...


.

Monday, April 9, 2012

Buang Tabiat!



Kali terakhir aku menjalankan aktiviti ini adalah pada hari perkahwinan Adin & Anis. Beberapa bulan sebelum ini, ketika aku saje2 msg pd si Azmer... entah apa mimpi tiba2 dia mencadangkan aktiviti ini.... Ahad, 01hb April 2012... kami beramai2 telah sepakat untuk buang tabiat bersama2 dengan aktiviti berkenaan... Aktiviti yang dimaksudkan... Karaoke....


Sewaktu zaman muda remaja dahulu... aku mmg rajin menjalankan aktiviti ini. Tapi bukanlah pergi ke pusat2 karaoke. Sekadar layan karok dkt rumah aje. Dari waktu sekolah menengah lagi... bila ada kelapangan dihujung minggu... aku pasti layan karok seorg2 dkt rumah... sure jiran gua dulu angin aje ye.... Bila dah berhijrah ke zaman keje & rumah tangga.... Aku rajin jugak beli cd2 karaoke... buat collection utk layan dkt rumah... Bila dah semakin tua... dah mula ada kesedaran civic type R.... aku pun menggantungkan microphone yg ada & handover segala cd2 aku kpd abg ipar aku di Kampung... Bila ada majlis bersama2 keluarga, sekali-sekala aku layan le jugak...


Lokasi karok yang menjadi pilihan tempoh hari adalah di Music Box yang terletak di tingkat 25, Quality Hotel Shah Alam. Mereka yang terlibat... aku, darlingku, Shakira, Azmer & Che Nod.... Selama 2 jam kami melayan benda ni... agak tak puas jugak ye... Rasa sekejap le pulak... Banyak jugak lagu dlm list aku yg tak sempat aku nak perform... Selesai aje sessi buang tabiat ni... kami terus ke food court yang terletak berhampiran bagi menjamu selera. Gerai yang menjadi pilihan... the big mug. Nasib baik mintak yg medium... itupun boleh minum 2 org... Kalau mintak large... agaknye boleh kongsi 4 org kut.... Bila dah kenyang... majlis pun bersurai... sabo ajelah....












.