
Thursday, March 26, 2009
Kembara Seniman Jalanan - 28th March 2009

Tuesday, March 24, 2009
Jemputan Majlis Ulang Tahun : Mia (4th April 09)

Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 4hb April 2009
Hari : Sabtu
Waktu : 12.00 tgh - 3.00 ptg
Venue : Hall, Villa Bukit Serdang, Tmn. Bukit Serdang, Seri Kembangan
Tema : Hijau, Putih atau Orange
Sila maklumkan kehadiran anda kpd Izwan selewat-lewatnya pd 27hb March 2009. Bersama-sama ini disertakan peta ke lokasi majlis.
Tuesday, March 17, 2009
PPSMI - Pandangan Peribadiku...
Kalau nak belajar atau menguasai bahasa lain, itu sebenarnya tak jadi halangan siapa2 pun. Malah semua org pun menggalakkan lagi. Kalau kita tahu banyak bahasa, ia merupakan satu kelebihan kepada kita. Kalau nak belajar bahasa, masuk la kelas bahasa. Bukan kelas matematik or sains. Bila nak menuntut ilmu, kenala belajar dgn bahasa yg kita boleh fahami. Kalau belajar dgn bahasa yg kita pun tengah dok belajar... mcm mana ilmu tu nak sampai. Contohnya, kalau ko org baru nak belajar bahasa jepun... lepas tu subject sains dkt sekolah ajar dlm bahasa jepun.. boleh masuk ke ilmu tu dlm kepala hotak ko org?
Baru2 nie.. adale golongan2 yg boleh dikategori sbg bangang yg buat statement suruh teruskan dgn dasar ni sbb k'jaan dah invest banyak wang dan translater kita lambat bertindak bila ada teori2 baru wujud dlm subject2 tersebut. Kalau dah tahu kelemahan dkt translater & publisher buku2 rujukan yg didakwa lembab tu.. so, betulkan lah dkt situ... ko yg kononnya graduan tu, tak boleh tolong usahakan betulkan masalah tu ke? kenapa nak korbankan pelajar2 yg tak bersalah tu. Kj'aan pun tak mampu ke nak mengatasi benda tu? Sampai nak paksa budak2 menuntut ilmu dlm bahasa yg mereka sendiri belum dpt kuasai. PPSMI ni mmg tak beri masalah bagi pelajar2 urban yg tinggal dkt Tmn Tun, Damansara atau tempat2 yg seangkatan dgnnye.. Tapi ada tak ko org pikir ttg pelajar2 dkt matang, kuala gula, felda taib andak, perkampungan org asli dan sbgnye.. Sudahnye, BI gagal, Math gagal, sains pun gagal. Itu ke yg ko org nak?
Satu contoh terbaik, kenapa bila menuntut ilmu, kita kena guna bahasa yg kita faham. Masa ko org belajar solat dulu, ustaz atau ustazah ko org mengajar ko org solat dlm bahasa melayu atau bahasa arab? Walaupun lafaz2 dlm solat kita baca dlm bahasa arab, kelas agama kita ttp diajar dlm bahasa melayu. Sbbnya kalau diajar dlm bahasa arab, rasanya sampai skg ko org tak reti2 nak solat. Satu lagi, kalau ko org pergi kursus Haji... Ustaz akan ajar dlm bahasa melayu ke bahasa arab? Kenapa ko org tak nak belajar dlm bahasa arab kan semua doa2 dlm bahasa arab dan bahan rujukan lebih banyak dlm bahasa arab. Bagi graduan yg konon hebat sgt tu... pergi la kursus haji dlm bahasa arab.... tengok sikit ko org boleh dpt ilmu tu ke tak... test le sikit kepala hotak ko org yg kononnye hebat sgt tu.... Lu pikir la sendiri.....
Monday, March 16, 2009
1st Gathering 2009 - 14th March 2009
















Sunday, March 15, 2009
Balik Kampung - 6hb March 2009

Kira2 pukul 9.30pagi, aku bertolak dari pejabat utk pulang ke rumah sbb nak ambil si Spacey tu. Bila tiba aje di rumah, si Spacey pulak tak ada. Aku dgn wife aku pun meronda satu taman sbb nak cari dia. Rupa2nya ada dkt kawasan belakang umah aku. Tengah sibuk mengorat kucing betina. Dgn pantas aku menangkap dia dan quarantine dia dkt dlm rumah sampai kami abis bersiap. Kami masuk highway kira2 dkt jam 11.00 pagi dan tiba di Taiping waktu org baru selesai Solat Jumaat. Burn Jumaat aku ari tu. Nak buat mcm mana, musafir di Aidilfitri. Pd hari tu, kami pulang dgn Kancil aje. Sbb nak bikin alignment & service air cond. Dkt KL ni, aku tak tau kedai mana yg ok. So, terpaksa le buat kat sana.

Kepulangan kami hari tu tepat pada masanya. Selain drp anto spacey, kami jugak berpeluang melawat D-Boy yg diserang demam campak. Kesian... weak aje budak tu. Yg kelakarnya, bila wife aku cerita dkt Ali (anak sedare wife aku) yg baby tu kena demam campak, si Ali dengan jujurnya bertanya... Siapa campak dia?
Masa aku ambil gambo ni, budak ni dah beransur pulih. Dah boleh main dah. Tapi still weak jugak le... Sbb masa aku bye2 dia waktu nak balik, dia mcm blur2 aje.











Pd hari Ahad, 8hb March 2009 merupakan hari terakhir keluarga mertua aku menjalankan perniagaan sarapan pagi di sebuah warung berdekatan dgn surau Kg. Boyan. Setelah lebih 20 tahun mereka menjalankan perniagaan di situ, akhirnya pencen jugak disebabkan oleh projek jejantas dan landasan keretapi yg sedang rancak dijalankan. Dengar2 cerita, mereka akan gantikan tapak perniagaan yg baru, tapi mungkin 2 tahun lagi kot. Dikesempatan itu, aku pun ambil peluang jadi tukang tebar roti canai dihari terakhir perniagaan beroperasi.
Tuesday, March 10, 2009
Kisah Rasulullah S.A.W - Part 1
Kisah yg aku nak share ni dah lama dah aku pelajari dulu. Mungkin ada jugak di antara anda yg dah pun tahu. Cuma baru2 ini ada rakan yg mengingatkan kisah ini melalui kiriman email baru2 ini. Marilah sama2 kita mengikuti kisah tersebut utk dijadikan panduan menjalani kehidupan harian kita.
Pengemis Buta dan Rasulullah S.A.W.
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Sunday, March 1, 2009
Majlis Jamuan Tengahari - Shaiful Rizal Sulaiman

Sebenarnya, sudah hampir 16 tahun aku dah tak jumpa dgn Shaiful Rizal nie. Sejak tamat sekolah rendah dahulu. Kalau dengar cerita pun, melalui Amin aje. Last sekali aku dgr pasal mamat nie masa dia nak kahwin dahulu. Kebetulan tarikh dia kahwin sama dengan tarikh Amin kahwin. Sebelum ini khabarnya dia bertugas di Kuala Kangsar. Dia baru sahaja berhijrah ke KL selepas mendirikan rumah tangga. Yg boleh dpt berhubung semula dgn dia nie adalah apb Amin yg kebetulan kini bertugas di Cyberjaya telah berjaya mencari jejak beliau yg turut sama bertugas di Cyberjaya.
Bagi yg tertanya-tanya macam manakah rupa dia sekarang, silalah lihat gambar di bawah nie. Boleh ingat tak dia masa sekolah rendah dulu?
