
Sebenarnya, sudah hampir 16 tahun aku dah tak jumpa dgn Shaiful Rizal nie. Sejak tamat sekolah rendah dahulu. Kalau dengar cerita pun, melalui Amin aje. Last sekali aku dgr pasal mamat nie masa dia nak kahwin dahulu. Kebetulan tarikh dia kahwin sama dengan tarikh Amin kahwin. Sebelum ini khabarnya dia bertugas di Kuala Kangsar. Dia baru sahaja berhijrah ke KL selepas mendirikan rumah tangga. Yg boleh dpt berhubung semula dgn dia nie adalah apb Amin yg kebetulan kini bertugas di Cyberjaya telah berjaya mencari jejak beliau yg turut sama bertugas di Cyberjaya.
Bagi yg tertanya-tanya macam manakah rupa dia sekarang, silalah lihat gambar di bawah nie. Boleh ingat tak dia masa sekolah rendah dulu?
Puchong Perdana tu bukanlah tempat asing bagi aku. Masa aku memulakan career aku di MSC dulu, kawasan tu adalah kawasan yg selalu aku pergi buat site survey. Jadi setakat nak cari lokasi rumah dia, tak menjadi masalah bagi aku, ditambahkan lagi apb sudah dibekalkan dgn peta ke lokasi majlis. Yg melewatkan ketibaan aku pd hari itu adalah keadaan jam yg berlaku di sepanjang Jalan Puchong. Maklumlah, hari cuti & org pun baru dpt gaji, maka ramailah manusia2 yg meluangkan masa ke pusat2 membeli-belah di IOI Mall & Giant, Bandar Puteri tu.

Hajat aku hendak bersembang panjang lebar dgn Shaiful Rizal terpaksa dilupakan memandangkan beliau agak sibuk melayan para tetamu yg hadir & kiranya mmg agak tak sesuai pun nak cerita panjang pd majlis sebegini. So, aku harap beliau akan meluangkan masa utk menghadiri majlis yg akan aku anjurkan nanti supaya kita semua dpt berbual dgn lebih panjang memandangkan masing2 pun dah lama tak jumpa. Kami bertolak pulang kira2 jam 2.00++ petang memandangkan aku dah ada appointment dgn Izwan pd jam 4.30 ptg hari yg sama. Walaubagaimanapun, perjumpaan dgn Izwan terpaksa dibatalkan memandangkan contractor yg nak bikin rumah dia tu telah terlewat dtg. Latest news, Izwan nak jual Toyota Altis 1.8 dia sbb sekarang nie dia dah dpt company car. Siapa2 yg berminat, sila hubungi dia terus atau melalui aku pun boleh jugak. InsyaAllah, bila aku dpt gambar kereta dia tu nanti, aku akan publish utk ko org tgk.
HEHEHHREHEEHEHEH...
ReplyDeletenak tanya korang kenal tak siapa ni
http://photos-p.friendster.com/photos/31/73/4173713/1_592985752l.jpg
Boleh pulak ko comment... kasi guide la dkt rakan2... They all try tak leh le...
ReplyDeleteSiapa tu... mimi ke?
ReplyDeletenak komen kene ader google account macam gmail ker, atau jadi blogger. itu ajer
ReplyDeleteitu lah hamimi munirah....nak kite gi buat loan kat cimb
Kalau gitu.. tolong ajak mimi dtg umah aku sekali ari sabtu nie... boleh tambah ahli kelab bebudak tepeng kita...
ReplyDelete