Saturday, February 28, 2009

Kegemilangan Pemerintahan Islam - Khalifah (Part1)

Kali ini aku ingin berkongsi sejarah kehebatan para Khalifah2 Islam di zaman kegemilangan pemerintahan Islam yg semakin ramai manusia lupakan kerana terlalu percayakan kehebatan sistem pemerintahan yg diperkenalkan oleh dunia Barat atau Yahuddi khususnya. Buktinya, begitu banyak pemerintah negara2 Islam yg mengaku mereka adalah negara Islam tetapi tidak mengamalkan apa yg telah diajar oleh Islam melalui Al-Quran dan hadith2 Rasulullah S.A.W. Tidak terkecuali adalah pemerintah negara kita sendiri yg lebih percayakan kitab barat yg dikarang oleh cendiakawan2 barat drp mempercayai Kitab Suci Al-Quran yg dikarang oleh Allah S.W.T. sendiri.

Aku pernah berbicara dengan org2 yg menyokong kuat perjuangan pemerintah negara kita sekarang ini, bila aku bertanya, kenapa kita tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam 100%? Jawapan yg mereka berikan adalah : "Negara kita negara majmuk, berbilang kaum, berbilang bangsa, mcm mana nak buat 100% Islam. Lagipun susah, itu tak boleh... ini tak boleh.. macam mana nak maju?"

Bila dengar statement2 mcm nie, adakah mereka bermaksud bahawa Allah S.W.T tidak memikirkan akan perkara2 tersebut semasa menurunkan Al-Quran dahulu? Adakah mereka bermaksud yg ajaran dan sistem pemerintahan yg telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. adalah sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dgn dunia moden yg penuh cemerlang, gemilang & terbilang ini. Adakah mereka bermaksud bahawa ajaran & sistem pemerintahan Islam ini masih tidak lengkap dan perlu diperbaharui melalui konsep Islam Hadhari yg mereka perkenalkan. Bagi mereka, Allah S.W.T mungkin tidak terfikir ttg apa yg akan berlaku di zaman millenium ni semasa menurunkan ayat2 suci Al-Quran dan dari itu, mereka akan membuat konsep baru yg mengambil ciri2 Islam utk diadaptasikan ke dlm sistem pemerintahan negara maju yg berbilang kaum ini. Jika itulah yg ada di dalam kotak pemikiran mereka, jelaslah bahawa apa yg mereka lafazkan dari mulut mereka tidak sama dgn apa yg ada di dalam hati mereka. Mereka selalu berkata bahawa Allah maha mengetahui. Jikta kata2 itu adalah ikhlas dari hati mereka, kenapa pula mereka perlu wujudkan Islam Hadhari?

Bagi yg tidak mengetahui apa itu Khalifah, maksud Khalifah adalah pemimpin. Khalifah Agung bermaksud pemimpin No. 1. Sbg contoh, Perdana Menteri atau presiden adalah Khalifah Agung bagi sesebuah Negara. Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah Khalifah Agung bagi sesebuah negeri. Berikut adalah petikan kata2 Tuan Guru berkenaan Khalifah:

"kita hidup di atas muka bumi ini perlu tahu bahawa sebelum Nabi Adam dihidupkan di dunia, Allah S.W.T. telah memberitahu kpd malaikat bahawa Dia mahu mencipta pengganti-Nya di muka bumi. Tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India semuanya adalah Khalifah di muka bumi. Oleh itu, kita perlu ikut apa yg Allah tetapkan. Halal dan haramnya Allah telah tetapkan. Sbg contoh DO adalah wakil Kerajaan. Apa sahaja yg diperintahkan oleh Kerajaan, perlu dilaksanakan oleh DO. Jika dia tidak laksanakan tugas dgn baik, dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Begitulah halnya dgn diri kita dgn Allah."

Kita mulakan dgn kisah Khalifah Umar Al-Khattab. Umar Al-Khattab adalah merupakan Khalifah Islam yg kedua selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W. yg menggantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Pada zaman Jahilliah dahulu, Umar adalah seorang yg sangat ganas dan kasar dan sgt digeruni oleh masyarakat. Berkat doa Baginda Rasulullah S.A.W., Allah S.W.T. telah membukakan pintu hati beliau utk memeluk Islam dan akhirnya beliau telah menjadi sahabat rapat Baginda yg telah dijanjikan Syurga oleh Allah S.W.T. Utk makluman, Umar Al-Khattab bukan sahaja digeruni oleh manusia, tetapi beliau juga amat ditakuti oleh para jin & syaitan di mana para jin & syaitan tidak akan berada di tempat di mana Umar akan lalui. Nabi Muhammad S.A.W. pernah menyebutkan Umar sebagai ar-rajulul mulha iaitu org yg diberikan ilham. Tarafnya di bawah sedikit drp Nabi.

Pernah pada suatu ketika, Umar Al-Khattab pd zaman pemerintahanya telah diberi makanan oleh gabenor Azerbaijan. Gabenor tersebut pernah memakan sejenis makanan yang dinamakan sebagai habish. Kerana lazatnya makan itu, dia terfikir utk mengutuskannya kpd khalifah Ummar al-Khattab. Ketika Umar merasa makanan itu, dia bertanya kpd utusan gabenor tersebut "Adakah makan ini yg dimakan oleh semua penduduk Azerbaijan?". Utusan itu mengatakan "Ini adalah makanan orang2 atasan" Khalifah Umar memulangkan kembali makanan itu kepada gabenor Azerbaijan dan lalu berkata "Makanan yg selazat ini bukan dibuat drp wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau kenyangkan perutmu. Kalau orang itu kenyang, akulah orang terakhir yg akan kenyang dan kalau orang itu kelaparan, akulah orang pertama yg merasai kelaparan itu".

Di dalam satu kisah yg lain, ketika menghadapi 70 tawanan Perang Badar, para sahabat Rasulullah S.A.W. mempunyai perbezaan pendapat. Abu Bakar as-Siddiq mengusulkan supaya tawanan itu dibebaskan dgn pembayaran wang tebusan drp keluarganya. Manakala Umar Al-Khattab mengusulkan agar tawanan2 ini dipancung kerana Allah akan mengetahui bahawa kita tidak bersimpati kpd aktiviti2 kaum musyrikin. Kerana sifat Rasulullah S.A.W. yg penuh dgn kasih sayang, pendapat Abu Bakar telah diterima. Akhirnya diputuskan setiap tawanan diminta membayar tebusan antara 1,000 hingga 4,000 dirham. Bagi yg tidak mampu, diharuskan mengajar 10 pemuda Madinah utk belajar membaca dan menulis. Pada keesokkan harinya, Rasulullah S.A.W. menangis bersama2 Abu Bakar. Apb melihat perkara tersebut, Umar Al-Khattab turut menyertai Baginda dan sahabat menangis. Setelah selesai Rasulullah memberitahu Umar, sekiranya Allah menurunkan bala semalam, maka hanya engkau sahaja yg akan terselamat. Allah S.W.T. telah memberi teguran dgn menurunkan ayat yg bermaksud spt berikut:

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai org2 tawanan sebelum ia dpt membunuh sebanyak2 di muka bumi. Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yg tidak kekal), sedang Allah mengkehendaki (utk kamu pahala) akhirat".

al-Anfal : 67 - 68

Jelaslah dlm perselisihan itu, pendapat Umarlah yg mendapat dukungan ayat al-Quran.

No comments:

Post a Comment