Saturday, February 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Bila tiba bulan Ramadhan. Selain daripada berlumba-lumba melakukan ibadat, org melayu kita ni turut berlumba-lumba memenuhi tuntutan nafsu makan mereka ketika waktu berbuka. Aku juga tidak terkecuali dlm aktiviti2 sedemikian. Cumanya tak selalu le.

Antara kenangan berbuka puasa sepanjang 2007 & 2008 yg lalu, majlis berbuka puasa di kediaman rasmi aku. Yg ini limited edition, aku tak panggil semua. Kenangan berbuka puasa di kediaman Dato' Illyas (VW Cars) yg merupakan sepupu bapa aku, bersama-sama meraikan anak yatim, sygnye tak ade gambo. Terkejut beruk aku tengok collection kete2 mewah dia masa dkt sana. Bilela aku boleh jadi mcm dia. Doa2kan ye... Amin. Buka puasa bersama rakan2 office di Boulevard Mid Valley & Armada Hotel. Dengan rakan2 RTM di Kinrara Golf Club. Tak lupa jugak di kediaman Apai bersama rakan2 dari Tourism Malaysia.

Berita sedih yg telah melanda pd bulan Ramadhan 2008. Uncle aku, (Abg kpd bapaku) Allahyarham Kahar Bin Pakir Mohammed telah menghembus nafas terakhir di kediamannya di Ulu Kelang, ketika umat Islam sedang bersiap sedia utk menyambut kedatangan Ramadhan. Beliau juga merupakan bapa kpd Kudsia Kahar yg popular dkt Astro tu. Sewaktu menerima berita tu, aku yg sdg berada di Tepeng bergegas pulang ke ibu kota bersama2 ibubapa ku. Selepas selesai pengkebumian, aku pulang semula ke Tepeng disbbkan ada tugasan di sana. Selang 7 hari, Aunty aku (kakak ipar bapaku) Allahyarhamah Rahimah yg merupakan isteri kpd uncle sulung aku pula telah meninggalkan kami semua setelah setahun lebih terlantar akibat stroke. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan yg terletak berhampiran dgn kediaman mereka di Setapak.

Sebaik-baik bulan adalah bulan Ramadhan. Ganjaran yg akan diterima di atas amal ibadat yg dilakukan sepanjang bulan tersebut akan berlipat ganda. Kalau tak buat tak dosa tapi rugi beso le kome. Perlu diingat, bukan bulan ni aje kene buat ibadat, bulan lain pun kene jugak. Cuma bulan ni kena up sbb mmg bulan utk beribadat. Jgn asyik ingat makan je.


Bersama member RTM di Kinrara Golf Club

Rakan2 sekerja wife aku pose dkt Kinrara Golf Club


Aku & Wife bersama Irwan & Raz @ Kinrara Golf Club


Kenangan berbuka puasa di Kediaman Apai dkt Bdr. Tasik Selatan

Sewaktu khusyuk menjamu selera di Rumah Apai


Fatiah bergambar kenangan dgn Raz masa buka puasa di kediaman kami


Antara tetamu limited edition yg hadir pd majlis tersebut

No comments:

Post a Comment