Thursday, February 19, 2009

Kemelut Negeri - Pandangan Peribadiku

Dah lama rasanya aku nak luahkan pandangan peribadi aku berkenaan apa yg berlaku di negeri kelahiranku. Tapi aku perlukan masa yg sesuai utk aku mengarang ayat2 aku ni memandangkan isu ini agak sensitif. Yelah, salah cakap, kang tido ISA pulak. Tapi setakat nak tidur ISA tu taklah menakutkan sangat jika dibandingkan dgn tido permanently di Neraka Jahanam nanti. Masa tgh dok panas2 hari tu, kebetulan minggu tu aku pulang ke Kampung. So, dpt la gambaran yg lebih jelas berkenaan apa sebenarnya yg terjadi di sana. Jika menonto tv semata2, memang agak mengelirukan. Dan itu yg berlaku di mana apb tiba di ibukota, ramai rakan2 yg bertanyakan perkara tersebut memandangkan mereka masih tidak dapat gambaran yg jelas melalui media2 rasmi yg ada.

Isunya simple aje, Suami isteri dah tak boleh nak bersama lagi. Jadi, perkara ini dirujuklah kepada Tok Kadi. Si suami, aku namakan sbg P (bukan nama sebenar) dan Isteri sbg N (bukan nama sebenar tapi ada kaitan dgn tajuk aku) dan Tok Kadi ni sbg S. Ada satu lagi watak utama yg aku namakan sbg B (kome tafsir le sendiri ye). Bila suami isteri ni dah tak boleh nak bersama lagi, jadi Tok Kadi pun mengesyorkan si P utk menceraikan isterinya. Tetapi, si P ini enggan menceraikan si N. Jadi apa yg sepatutnye dibuat? Si N sepatutnya mengambil option lain yang ada utk bercerai spt menuntut fasakh di Mahkamah. Tetapi apa yg berlaku disini, option lain yg ada tidak mahu digunakan, sebaliknya, keluar kenyataan dari pihak B yg berbunyi lebih kurang mcm nie: "kalau ko tak nak cerai, aku tetap menganggap si N ni dah diceraikan". Lepas tu, si B pun mengadap Tok Kadi dan terus angkat nikah. Pada pandangan anda, sah ke tidak perkahwinan tersebut?

Jika diamati betul2, tak ada pun kenyataan Pecat yg dikeluarkan melainkan kenyataan diarah meletakkan jawatan sahaja. Dan jika tuan punya badan enggan meletak jawatan, itu bermakna posisi masih belum kosong. Another option yg boleh digunakan adalah melalui pembubaran atau undi x percaya. Malangnye, kedua2 option ini turut tidak digunakan sebaliknya terus melantik yg baru. Isunya, dkt mana yg menyatakan bahawa posisi tersebut telah kosong?

Seperkara yg aku nak ingatkan pada rakan2 semua berkenaan bahayanya memperjuangkan bangsa.
Cuba rujuk semula pada surah Al-Fatihah yg kita baca pd setiap hari terutamanya pd setiap rakaat dlm Solat kita.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang2 yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang2 yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang2 yang sesat".
Surah Al-Fatihah, ayat 6 hingga 7.
Dua golongan yg dimaksudkan dlm ayat tersebut adalah golongan Yahudi yg dilakhnati / murkai dan golongan Nasrani yg sesat. Cuba amati betul2, kenapakan dua golongan tersebut di pandang sebegitu rupa oleh Allah S.W.T.


Sebab utama golongan yahudi di lakhnati oleh Allah S.W.T adalah kerana mereka enggan mengakui Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasul. Puncanya adalah kerana Nabi Muhammad S.A.W. berketurunan Arab dan bukannya Yahudi mahupun Melayu. Mereka tahu akan kebenaran, tetapi mereka telah menyelewengkan apa yg telah dipelajari mereka melalui Kitab yg diturunkan oleh para Rasul terdahulu. Mereka mengambil apa yg dirasakan memberi keuntungan kepada mereka dan menolak apa yg dirasakan akan memberi kesusahan dlm kehidupan mereka. Yahudi amat tekenal sebagai golongan yg taksub dgn bangsa. Dan kerana sikap itulah mereka telah dilakhnat. Sehingga hari ini, Yahudi masih lagi terus memperjuangkan bangsa mereka dan merosakkan bangsa2 lain dgn ideologi2 yg mereka cipta. Muzik, sukan, seni lakonan, fahaman sekular, sistem ekonomi dan pelbagai lagi perkara dicipta oleh mereka utk melalaikan kita dgn perkara2 tersebut supaya kita terlupa ttg perjuangan sebenar yg dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Bukan Islam sahaja yg menjadi sasaran mereka tetapi termasuk bangsa2 lain di dunia ini. Contohnya, seorang pelumba kereta professional, hidup mati mereka adalah berlumba kereta. Apakah sumbangan mereka ke atas Agama mereka? Begitu juga dgn pemain badminton, ahli tinju, pemuzik dan sbgnya. Apabila perkara2 tersebut dijadikan keutamaan dlm hidup, sudah tentu mereka tidak mempunyai ruang yg banyak utk disumbangkan kpd Agama. Cuba lihat betul2, ada tak pejuang2 B buat perkara2 spt spg yg Yahudi buat tu?

Satu golongan lagi iaitu Nasrani, Golongan Nasrani golangan yg dikatakan sesat oleh Allah S.W.T. Mereka telah disifatkan sesat kerana telah menyekutukan Allah dgn menganggap Nabi Isa sbg Tuhan mereka. Mereka menolak ajaran yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dan tetap menganggap Nabi Isa sbg Tuhan mereka. Cuba lihat betul2, ada tak pengikut2 puak B buat perkara2 seperti itu? Ianya jelas kerana apb aku berbicara dgn mereka, dlm fikiran mereka, sekiranya kita tidak menyokong puak B, kita akan susah, ekonomi akan meleset, kita akan mundur, kemajuan tidak akan dpt dikecapi, idup kita tidak akan aman lagi. Teruslah menyokong mereka bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan idup yg telah kita kecapi akan terus berkekalan. Bagi aku, statement2 ini menggambarkan seolah2 parti mereka adalah Tuhan. Mereka lupa, apa yg kita kecapi selama ini adalah milik Allah S.W.T. dan ianya boleh ditarik balik pd bila2 masa oleh Allah walau siapa pun yg memerintah. Contohnya, kejadian Tsunami di Acheh dan Tanah Runtuh di kediaman mewah baru2 ini, apa yg parti tersebut boleh buat bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku.

Satu lagi perkara yg aku telah sedar kenapa kita tak boleh memperjuangkan bangsa. Kalau kita memperjuangkan Melayu, kita tetap tidak akan boleh berlaku adil kepada kaum lain. Ini adalah kerana kita bepegang kpd prinsip yg diamalkan oleh kaum Yahudi, iaitu kepentingan Bangsa. Bila kita memperjuangkan Melayu, sebenarnya scope kita adalah terlalu kecil. Setelah lebih 50 tahun kita memperjuangkan Melayu, di manakah kedudukan Melayu dimata dunia. Habis tinggi pun setakat bumi nusantara ni aje. Kejayaan yg kita kecapi sepanjang 50 tahun ni pun masih tidak boleh dibandingkan dgn kegemilangan kerajaan Islam di zaman Rasulullah & Khalifah-Khalifah terdahulu. Adakah Melayu sudah berjaya menanwan Rome atau Sepanyol? Malaysia pun tak dapat. Buktinya, berapa ramai org Melayu yg tesenarai dlm list org terkaya di Malaysia.
Bila minda kita ditanam dgn Melayu, maka apa yg terjadi di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Bosnia mahupun Selatan Thailand bukanlah masalah kita sbb mereka semua bukannye orang Melayu. Tetapi bila kita berbicara ttg Islam, masalah mereka adalah masalah kita. Kita perlu melakukan sesuatu yg lebih drp apa yg dilakukan oleh masyarakat bukan Islam di dunia yg turut sama membantu mereka atas dasar kemanusiaan.
Seperkara lagi aku nak kongsikan bersama iaitu soal Hudud. Hudud adalah hukum yg diturunkan oleh Allah melalui Al-Quran utk diamalkan oleh umat2 Islam. Apb kita mengucap dua kalimah Syahadah, maka secara automatiknya kita kena mengikut segala perintah Allah yg diturunkan di dalam Al-Quran melalui Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bolehkah kita mengubah hukum2 yg telah ditetapkan oleh Allah? Sbg contoh, "disebabkan ekonomi sedang meleset, dgn ini kerajaan mengumumkan solat wajib lima waktu akan dikurangkan kpd 3 waktu berkuatkuasa pd 1 Januari 2010. Ini adalah supaya masyarakat Islam dpt memberi penumpuan dlm usaha mempertingkatkan ekonomi negara". atau pun mcm ni: "Kerajaan menugumumkan bahawa puasa bulan Ramadhan pada tahun ini akan dipendekkan kpd 15 hari sahaja memandangkan ramai yg sudah hidup dlm kesusahan akibat kemelesetan ekonomi yg melanda dunia". Boleh ke kita ubah hukum2 ikut suka hati kita? Samalah juga dgn perlaksanaan hukum Hudud yg telah dinyatakan dlm Al-Quran.
Satu masa dahulu, ketika berlakunya pilihanraya kecil baru2 ini, telah diadakan debat diantara puak B & P. Antara yg dijadikan isu utk meraih undi oleh pihak B ialah berkenaan statement puak P yg bertegas akan melaksanakan Hudud sekiranya dpt memerintah Negara. Apb moderator pd majlis tersebut mengajukan soalan kpd calon ketua pemuda tersebut, "adakah saudara ***** akan memperjuangkan perlaksanaan hukuman Hudud sekiranya saudara terpilih menjadi ketua pemuda nanti?" dgn penuh jahilnya beliau menjawab "kita akan tetap dgn sistem yg sedia ada, itu sudah jelas". Bagi aku, jelas ianya adalah satu statement yg menunjukkan mereka telah DERHAKA kpd perintah Allah dan ajaran Baginda Rasulullah S.A.W. Yang lagi menghairankan aku, tak ada pula persatuan2 NGO Melayu yg kononya beragama Islam membuat laporan polis atau statement balas mempertahankan maruah Rasulullah & Allah S.W.T. Bila isu derhaka dkt Raja Melayu, bukan main lagi, sampai ada yg sanggup mati. Kalau betulle mati sbb perjuangan mcm tu, dkt mana le agaknya mereka ditempatkan nanti. Syahid ke mereka?
Sedikit peringatan kpd rakan2 dan diri saya sendiri. Kita dihantar ke dunia ini utk menghamba diri kpd Allah S.W.T. dan menegakkan syiar Islam melalui ajaran2 yg telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Cuba pikir betul2 berapa lama tempoh kita hidup di alam dunia ini. Paling2 lama pun, 70 tahun? 80 tahun? 90 tahun? Lepas tu, berapa lama pula kita akan menjalani kehidupan di alam Barzakh atau alam kubur? Jawapanya, dari hari kita dikebumikan hinggalah hari dibangkitkan semula dihari pembalasan. Dah berapa lama nenek moyang kita hidup di alam tu? Sudah tentu lebih lama dari umur mereka ketika idup di Dunia. Apa yg kita lakukan di dunia, itulah yg menentukan nasib kita di alam Kubur yg ternyata lebih lama dari kehidupan dunia yg ko org agung2kan tu sampai sanggup melanggar hukum Allah utk idup selesa dimuka bumi yg sementara ni. Selepas alam kubur, kita akan dihantar ke tempat milik kekal masing2. Dua aje tempatnya, kalau tak Syurga, Neraka le. Di sana kita akan idup kekal sampai bila2. Jadi kalau nak pikirkan keselesaan idup, aku sarankan pikirla sejauh sana tu ye. Jgn pikir setakat dunia aje. Siapa yg lebih advance? puak B or puak P?
Cuba rujuk petikan ayat berikut, ayat yg org2 Melayu suka baca pd setiap malam jumaat atau kenduri Tahlil:
"Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan org2 yg telah mati;, apabila berlaku yg demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing2 (untuk) mengadap Tuhannya. (Pada ketika itu) org2 yg tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yg membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kpd mereka); "Inilah dia yg telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Permurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!.
Surah Yaa Siin, ayat 51 - 52.
Secara rumusannya, marilah kita semua kembali kpd ajaran Al-Quran yg telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Apa yg kita perjuangkan selama ini bukanlah perjuangan yg dituntut oleh Allah S.W.T. Kembalilah kpd Islam. Keadilan akan dpt dinikmati oleh semua golongan sekiranya sistem pemerintahan Islam diamalkan sepenuhnya. Bukan shj keadilan kpd golongan bukan Islam, tetapi jugak kpd haiwan dan seluruh hidupan di alam ini. Sbg contoh, hukuman pancung kepala dlm hukum Islam, ramai org menganggap ianya kejam. Hakikatnya, nyawa pesalah yg menerima hukuman akan terus terputus apb kepalanya bercerai dari badan. Pesalah tidak akan rasa terseksa. Bagi kita yg melihatnya akan merasakan ianya sgt ngeri hinggakan tidak berani membuat kesalahan spt yg pesalah itu lakukan. Tidak bagi sistem hukuman ciptaan manusia, spt hukuman gantung, tembak atau kerusi elektrik. Ianya tidak mengerikan pada pandangan mata kita tetapi akan menyeksa pesalah kerana mereka tidak mati serta-merta.
Aku tak mengajak kome semua menentang golongan puak B tetapi mengajak semua org Islam bersatu memperjuangkan Islam. Dgn cara itulah keutuhan Melayu yg diperjuangkan selama ini dan keutuhan semua kaum2 yg ada akan dpt bersatu dan hidup dlm aman & sejahtera dgn diberkati oleh rahmat dari Allah S.W.T. Kalau memperjuangkan ketuanan Melayu semata2, siapa yg nak bela saudara2 baru kita dari kaum2 bukan Melayu. Itulah bahayanya kalau semua kaum memperjuangkan kaum masing2 spt mana yg diamalkan oleh org2 Yahudi lakhnatuLLah. Allahuakhbar!

No comments:

Post a Comment