Saturday, February 21, 2009

Lawatan Dania - 15th February 2009

Pada cuti hujung minggu yg lalu, 15hb February 2009, kami sekeluarga telah menerima kunjungan salah seorang sahabat karibku semasa menyambung pengajian dahulu. Kamil Hafidh, antara best student masa buat degree dulu berasal dari Kuala Selangor dan kini masih menetap di Kuala Selangor walaupun sudah beranak dua. Bro ni mmg selalu jugak dtg berkunjung ke rumah aku memandangkan kami berdua ada projek business bersama. Yg membuatkan kunjungannya kali ini agak istimewa adalah kerana anakanda & isterinya turut datang bersama. Kalau tak, selalunya dia dtg sorang2 aje. Lama jugak aku tak jumpa anak dia nie. Last sekali masa open house hari tu. Dah 2 tahun dah budak nie. Dah pandai le cakap sikit2. Nanyi pun dah pandai jugak. Lagu twinkle2 litle star. Tapi bila aku iringi nyanyian dia dgn keyboard. Takut pulak dia. Mulala gunakan kuasa vibrate mcm telefon bimbit vibrate sebelum dia menangis. First time aku tgk budak mcm tu.


Si Kamil ni, sekarang dah jadi full time businessman. Beliau kini dah ada dua gerai pameran produk2 perhiasan wanita yg diimport terus dari Korea. Beliau merupakan pemilik syarikat Epique Enterprise yg kini beroperasi di Jaya Jusco Bukit Raja Klang (berhampiran TGV) dan juga Jaya Jusco AU2 di Keramat. Siapa2 yg rasa nak beli brooch, bracelet & bermacam2 lagi perhiasan original dari Korea, kome boleh le terus berkunjung ke sana. Cakap aje kome kawan aku, InsyaAllah dia kasi best price punye. Tapi nama sebenar gua la ye. Nama timangan, nanti dia tak tau pulak.



Tetamu aku tiba di rumah kira2 hampir jam 8.00 mlm. Selepas duduk sembang2 sekejap, kita org pun makan malam bersama sebelum memulakan perbincangan utk projek business yg akan datang. Dlm pukul 10 - 11 mlm mcm tu, dia org pun berangkat pulang sbb esok masing2 nak sambung keje.

No comments:

Post a Comment