Tuesday, February 17, 2009

Gathering - Aidilfitri 2008



Perjumpaan rakan-rakan seTepeng bersempena menyambut Aidilfitri & kepulangan Mohd Izwan Ibrahim sekeluarga yg pulang ke tanah air sempena cuti Hari Raya telah diadakan pada 7 October 2008 bertempat di Warung Pak Mydin, Equine Park, Seri Kembangan. Kira-kira 12 tetamu telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Antaranya ialah Izwan, Amin, Robitah, Mat, Ayie, gua & terima kasih tak terhingga kpd Alan yg sudi hadir dari Johor semata-mata utk majlis tersebut. Turut meluangkan masa adalah dua org baby comel spt yg dpt dilihat dlm gambar sebelah ni, En. Ashraf & Cik Milya.

Majlis berlangsung lebih kurang dari jam 8.00 malam hingga jam 10 ke 11 ke. Aku pun dah tak ingat sangat. Tetamu yg paling awal sampai dkt Warung Pak Maidin pd hari tu ialah Mat & Family dan paling lewat sekali ialah En. Amin kita yg terpaksa menunda perjalanan disebabkan ada kunjungan tetamu dirumahnye. Apa2 pun Alhamdulillah, semua yg hadir sempat la berjumpa & berbual sesama sendiri. Sebenarnya, ramai lagi yg dipanggil ke majlis tersebut, tapi sayangnya mereka tak dpt hadir kerana sibuk dgn tugas masing2. InsyaAllah, jika ada rezeki & panjang umur, kita buat lagi gathering mcm nie. Best siott. Gambo2 yg ada nie gua cilok dari Izwan. Cameraman bertugas pd mlm tersebut adalah saudara Ayie (Shahril) & Izwan sendiri. Gua tak terlibat sbb tak belajo lagi teknik2 menggunakan camera canggih2 mcm deme berdua.

Sabar menanti rakan2 yg belum sampai sebelum memulakan langkah


Entah ape le yg deme bualkan, aku tak perasan sbb dok hujung sana


Bila nak sampai nie? Perut ku dah berbunyi nie



Kita org tgh bincang projek juta2 punye...



Ayie selaku cameraman rasmi majlis. Gambonye tak anto jugak. Bila nak anto ni Bro?

No comments:

Post a Comment