Sunday, March 1, 2009

Majlis Jamuan Tengahari - Shaiful Rizal Sulaiman

Seperti yg diberitahu sebelum ini, sahabat lama kita, Shaiful Rizal Sulaiman telah mengadakan majlis jamuan tengahari di kediaman baru beliau di Vistaria Apartment, Tmn. Desamellinia, di Puchong Perdana. Disebabkan aku telah menangguhkan majlis perjumpaan kita yg kebetulan jatuh pada tarikh yg sama dgn majlis yg Shaiful Rizal anjurkan ini sebelum ini, maka aku & wife aku telah melapangkan masa yg ada utk menghadiri majlis tersebut.

Sebenarnya, sudah hampir 16 tahun aku dah tak jumpa dgn Shaiful Rizal nie. Sejak tamat sekolah rendah dahulu. Kalau dengar cerita pun, melalui Amin aje. Last sekali aku dgr pasal mamat nie masa dia nak kahwin dahulu. Kebetulan tarikh dia kahwin sama dengan tarikh Amin kahwin. Sebelum ini khabarnya dia bertugas di Kuala Kangsar. Dia baru sahaja berhijrah ke KL selepas mendirikan rumah tangga. Yg boleh dpt berhubung semula dgn dia nie adalah apb Amin yg kebetulan kini bertugas di Cyberjaya telah berjaya mencari jejak beliau yg turut sama bertugas di Cyberjaya.

Bagi yg tertanya-tanya macam manakah rupa dia sekarang, silalah lihat gambar di bawah nie. Boleh ingat tak dia masa sekolah rendah dulu?

Dari kiri, Shaiful Rizal Sulaiman dan aku yg sempat berposing ketika majlis berlangsung

Pd hari Sabtu yg lalu, aku & isteriku bertolak ke rumah beliau dari opis wife aku kira2 jam 12.30 tengahari. Walaupun majlis tersebut dijadualkan bermula jam 12.00 tengahari, tetapi aku dah mintak excuse awal2 sbb ada tugasan yg perlu wife aku selesaikan di pejabatnya terlebih dahulu.
Puchong Perdana tu bukanlah tempat asing bagi aku. Masa aku memulakan career aku di MSC dulu, kawasan tu adalah kawasan yg selalu aku pergi buat site survey. Jadi setakat nak cari lokasi rumah dia, tak menjadi masalah bagi aku, ditambahkan lagi apb sudah dibekalkan dgn peta ke lokasi majlis. Yg melewatkan ketibaan aku pd hari itu adalah keadaan jam yg berlaku di sepanjang Jalan Puchong. Maklumlah, hari cuti & org pun baru dpt gaji, maka ramailah manusia2 yg meluangkan masa ke pusat2 membeli-belah di IOI Mall & Giant, Bandar Puteri tu.
Kami tiba di lokasi majlis kira2 jam 1.00++ petang. Setibanya kami di dewan, para tetamu baru sahaja selesai membaca surah Yaa Siin. Sempatlah join menadah tangan memohon doa kpd yg Maha Esa. Selesai tuan Imam membaca doa, para tetamu pun mengambil juadah yg disediakan utk menjamu selera. Kebanyakkan tetamu yg hadir aku tak berapa kenal. Mungkin rakan2 U beliau atau rakan2 sekerja beliau yg ramai memeriahkan majlis tersebut. Kiranya aku ajelah yg mewakili rakan2 sekolah rendah dia dulu. Amin outstation, Bitah, husband dia outstation, si Izwan pula, dah ada appointment dgn contractor. Itulah antara sebabnya aku terpaksa menangguhkan perjumpaan kita ke 14hb March nanti dgn harapan lebih ramai jemputan yg boleh hadir pd majlis yg akan dianjurkan nanti.
Hajat aku hendak bersembang panjang lebar dgn Shaiful Rizal terpaksa dilupakan memandangkan beliau agak sibuk melayan para tetamu yg hadir & kiranya mmg agak tak sesuai pun nak cerita panjang pd majlis sebegini. So, aku harap beliau akan meluangkan masa utk menghadiri majlis yg akan aku anjurkan nanti supaya kita semua dpt berbual dgn lebih panjang memandangkan masing2 pun dah lama tak jumpa. Kami bertolak pulang kira2 jam 2.00++ petang memandangkan aku dah ada appointment dgn Izwan pd jam 4.30 ptg hari yg sama. Walaubagaimanapun, perjumpaan dgn Izwan terpaksa dibatalkan memandangkan contractor yg nak bikin rumah dia tu telah terlewat dtg. Latest news, Izwan nak jual Toyota Altis 1.8 dia sbb sekarang nie dia dah dpt company car. Siapa2 yg berminat, sila hubungi dia terus atau melalui aku pun boleh jugak. InsyaAllah, bila aku dpt gambar kereta dia tu nanti, aku akan publish utk ko org tgk.

5 comments:

  1. HEHEHHREHEEHEHEH...
    nak tanya korang kenal tak siapa ni
    http://photos-p.friendster.com/photos/31/73/4173713/1_592985752l.jpg

    ReplyDelete
  2. Boleh pulak ko comment... kasi guide la dkt rakan2... They all try tak leh le...

    ReplyDelete
  3. nak komen kene ader google account macam gmail ker, atau jadi blogger. itu ajer
    itu lah hamimi munirah....nak kite gi buat loan kat cimb

    ReplyDelete
  4. Kalau gitu.. tolong ajak mimi dtg umah aku sekali ari sabtu nie... boleh tambah ahli kelab bebudak tepeng kita...

    ReplyDelete