Pada hari Jumaat yg lalu, 16hb March 2009, aku & wifeku berkesempatan juga utk pulang ke kampung. Sebnarnya, mmg dari awal tahu lagi dah plan nak balik pd hari tu. Saje nak cuti panjang sikit sempena Maulidur Rasul. Tapi perancangan tersebut hampir2 dibatalkan memandangkan aku ada projek besar dkt pejabat yg memerlukan aku bertugas pada hari cuti tersebut. Pd awalnya, kami sepatutnya bertolak pd tengah malam hari khamis tu. Tapi perjalanan dibatalkan sebabkan projek kat pejabat aku tu le. Pagi jumaat tu aku dah sampai pejabat pun. Bila dpt confirmation yg data utk projek tersebut tak dpt disediakan, aku pun call wife aku suruh siap2 sbb nak berangakat ke Kampung pd waktu itu jugak.Kira2 pukul 9.30pagi, aku bertolak dari pejabat utk pulang ke rumah sbb nak ambil si Spacey tu. Bila tiba aje di rumah, si Spacey pulak tak ada. Aku dgn wife aku pun meronda satu taman sbb nak cari dia. Rupa2nya ada dkt kawasan belakang umah aku. Tengah sibuk mengorat kucing betina. Dgn pantas aku menangkap dia dan quarantine dia dkt dlm rumah sampai kami abis bersiap. Kami masuk highway kira2 dkt jam 11.00 pagi dan tiba di Taiping waktu org baru selesai Solat Jumaat. Burn Jumaat aku ari tu. Nak buat mcm mana, musafir di Aidilfitri. Pd hari tu, kami pulang dgn Kancil aje. Sbb nak bikin alignment & service air cond. Dkt KL ni, aku tak tau kedai mana yg ok. So, terpaksa le buat kat sana.
Salah satu reason utama kami pulang ke Kampung masa tu adalah sebab nak anto spacey pindah ke Kampung. Dkt umah baru nanti tak boleh nak bela dia dah sbb mmg dah ada dlm agreement yg kucing tak boleh dibela. Aku ada discuss dgn developer ttg tu, dia org ckp kalau nak bela juga, bela dlm umah aje. Tak boleh kasi keluar. Si spacey tu mana boleh duduk dlm cage. So, terpaksa la anto dia tinggal dgn atok dia & sekolah dkt KE.Kepulangan kami hari tu tepat pada masanya. Selain drp anto spacey, kami jugak berpeluang melawat D-Boy yg diserang demam campak. Kesian... weak aje budak tu. Yg kelakarnya, bila wife aku cerita dkt Ali (anak sedare wife aku) yg baby tu kena demam campak, si Ali dengan jujurnya bertanya... Siapa campak dia?
Masa aku ambil gambo ni, budak ni dah beransur pulih. Dah boleh main dah. Tapi still weak jugak le... Sbb masa aku bye2 dia waktu nak balik, dia mcm blur2 aje.
Bersama mainan ultraman dia
Actually masa ni dia tengah menari sambil menonton tom2 bak
Selain daripada berpeluang melawat D-Boy yg demam. Kami juga berpeluang mengikuti ceramah Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa pemimipin utama PAS yg diadakan berdekatan dgn umah Opah aku pd malam Maulidur Rasul 2009. Nampak tak, ketibaan Musyidul Khas bersama pengawal peribadinya.... Sambutan pada majlis tersebut mmg diluar dugaan. Kira2 lebih 10 000 orang menghadiri program ceramah tersebut tanpa diumpan dgn jamuan makan free pun. Walaupun hujan renyai2, org ramai tetap berpusu-pusu ke tapak majlis tersebut. Lebih mengejutkan, pada keesokan harinya, sewaktu aku nak beli surat khabar dkt Aunty India berdekatan pasar Taman Kaya, ada seorang India tgh membaca Harakah. Aunty tu pun tanya dkt wife aku.. "Semalam lu tak dak pegi ka? Itu Nik Aziz ada mari... Saya pun ada pegi... Ramai orang... Buat malu kat org India aje kalau org kita tak ambil peluang jumpa dgn Ulama kita sendiri.
MB Perak, Datuk Seri Nizar
Ketibaan Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Nik Aziz terpaksa di bawa ke pentas dgn kereta kerana agak uzur
Aku bersama jemaah pejuang Islam
Darling aku ni pun tak melepaskan peluang
Gambar ini depan umah opah aku. Waktu majlis baru selesai
Walaupun hujan, org tak beganjak pun. Mcm ko org tgk jom heboh jugak
Stesen minyak petronas dijadikan tempat parking. Bukan petronas aje, semua setesen minyak yg ada turut jadi mangsa.Pd hari Ahad, 8hb March 2009 merupakan hari terakhir keluarga mertua aku menjalankan perniagaan sarapan pagi di sebuah warung berdekatan dgn surau Kg. Boyan. Setelah lebih 20 tahun mereka menjalankan perniagaan di situ, akhirnya pencen jugak disebabkan oleh projek jejantas dan landasan keretapi yg sedang rancak dijalankan. Dengar2 cerita, mereka akan gantikan tapak perniagaan yg baru, tapi mungkin 2 tahun lagi kot. Dikesempatan itu, aku pun ambil peluang jadi tukang tebar roti canai dihari terakhir perniagaan beroperasi.






No comments:
Post a Comment