Semasa di Kedai Gunting Rambut. Ko org boleh tgk pak cik ni dlm movie Rock
Gelagat Amy semasa di Kedai GuntingKeesokan harinya, selepas pulang dari Pejabat, aku & wife bersiap2 utk pulang ke kampung. Selain drp sbb nak ziarah ibubapa, kepulangan kali ini juga adalah kerana nak renew PR bapa mertuaku dan nak mengangkut barang2 rumah yg nak ditransfer ke Taiping. Kami telah selamat tiba di Taipng kira2 jam 1.00 pagi.
Jumaat, 23hb October 2009, awal pagi kami telah ke Pejabat Imigresen Taiping utk urusan PR bapa mertuaku. Alhamdulillah, bapa mertuaku hanya perlu tunggu dalam kereta sahaja. Pegawai Imigresen sendiri yg datang ke kereta utk selesaikan urusan. Perkhidmatan sebegini akan diberikan khas utk mereka2 yg uzur dan kurang berupaya. Tahniah!
Selesai Solat Jumaat, aku dan isteri menuju ke Lembaga Tabung Haji. Dlm keadaan hujan yg sangat lebat, aku hanya tunggu di dalam kereta sementara isteri aku selesaikan urusannya di Pejabat Tabung Haji. Sambil aku tunggu di dalam kereta, aku lihat ada missed call di hanphoneku. Number sepupuku di KL. Aku call number tersebut, anak kpd sepupuku jawab. “uncle, Wan, Opah kena stroke”. Tergamam aku mendengar berita itu. Dgn segera aku hubungi ibuku dan saudara maraku di KL bagi memaklumkan perkhabaran tersebut. Dari Tabung Haji, aku bergegas ke kediaman ibubapaku.
Sekarang ini, auntyku sedang berada di wad ICU, Tropicana Medical Center, Damansara. Mengikut maklumat yg diterima, beliau mengalami darah beku dan kebocoran darah di kepala. Maklumat yg diterima ini sudah cukup utk downkan aku. Pagi ini, 24hb October 2009, ibubapa aku bergegas ke KL utk menziarah beliau. Aku masih berada di Taiping dan hanya akan pulang ke KL selepas Subuh esok. Bukan aku tak ambil berat, tetapi aku masih belum bersedia utk melihat keadaannya dgn mataku sendiri kerana ia pasti akan lebih downkan aku.
Bersama ayahku sebelum beliau berangkat ke KL
Rupanya, kunjungan kami pd malam Rabu yg lalu adalah lawatan terakhir sebelum auntyku diserang stroke pd malam Khamis yg lalu. Kejadian ini hanya disedari oleh cucunya yg datang melawat beliau waktu rehat tengahari pd hari Jumaat. Apapun, aku harap kita semua dpt sama2 mendoakan beliau. Semoga Allah berikan yg terbaik untuknya.
.