Wednesday, January 20, 2010

1st Week 2010



Agak terlewat aku update blog kali ini... awal2 tahun nie banyak pulak kerje yg perlu di sattlekan. Apa2 pun... catatan tetap diteruskan...

Selepas sebulan kami tidak berhujung minggu di KL... Pd hari Sabtu, 9hb Januari 2010, baru kami berpeluang menyambung semula aktiviti2 yg dah sepurnama ditinggalkan...

Pagi tu dimulakan dgn aktiviti sarapan pagi di precinct 9 Putrajaya. Selepas selesai breakfast, kami bergerak menuju ke rumah sewa kami di precinct 11. Tak lama lagi, sahabat aku yg menyewa di rumah kami ni akan berpindah ke rumah yg baru dibelinya. So, kami kena mulakan gerakan mempromosi rumah kami ni...

Semasa aku jenguk2 di mudah.com.my, ramai yg promote apartment precinct 11 nie dgn facilities spt swimming pool, badminton hall, tennis court etc. Pelik pulak aku, setahu aku masa kami beli dulu, tak ada pun facilities2 nie... Bila aku call sahabat aku yg tinggal di situ, dia pun tak tahu. Selepas kami buat tinjauan pagi tu, rupa2nya all the facilities ada disediakan di pusat kejiranan precinct 11 yg terletak betul2 belakang blok apartment aku. Hanya perlu naik beberapa anak tangga dan lintas jalan aje utk ke sana. Best gile.... Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar yg sempat kami ambil sebelum battery camera kami out...





Pemandangan blok rumah kami yg diambil dari pusat kejiranan precinct 11


Swimming pool


Tennis Court (yg berpagar tu..)



Badminton Hall... (ada 4 court)



Squash


Facilities2 lain yg turut disediakan di precinct 11 nie adalah seperti library with internet access, surau & gym. Food court & ATM machine akan dibuka dlm bulan Janury 2010... Bersebelahan dgn pusat kejiranan nie adalah sekolah precinct 11. Kalau ada anak2 yg bersekolah, dia org boleh pergi jalan kaki aje... Siapa2 yg berminat nak sewa rumah kami, sila call aku or wife aku... kita org kasi harga baik punye....

Pada sebelah malam, 9hb Januari 2010, aku bersama sahabat2 kembali menggegarkan dewan badminton Aman Heights. Dah sebulan kami stop... game kali ini turut disertai sahabat pertama aku semasa aku berhijrah di KL, saudara Saifulzaman... Selain dari Saifulzaman, antara yg sudi melapangkan masa utk game mlm tu ialah Mat, anak saudara Mat & Izwan. Harap lebih ramai rakan2 yg akan sudi memeriahkan game2 yg akan datang.


Saifulzaman in action







Keesokan harinya, waktu pagi kami dihabiskan di pejabat masing2 sehinggalah jam 3.00 petang. Selepas itu, kami bergegas ke kediaman Uncle Halim di Kelana Jaya bagi meraikan majlis pertunangan anak bongsunya, Nadia dgn Fendi. Bersama-sama ini adalah beberapa shot yg sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.


Ahli keluarga yg sempat hadir memeriahkan majlis


Ketibaan rombongan meminang







Nadia & Fendi



Bergambar kenangan


Selesai majlis, kami terus menuju ke rumah Aunty aku di Damansara. Alhamdulillah, dah banyak improvement. Kini Aunty aku dah boleh makan, bersembang dan berjalan dgn bantuan tongkat. Apa2 pun, kita doakan agar beliau kembali sembuh seperti dahulu. Buat Fendi & Nadia, congratulation. Dah tak sabar nak makan nasi minyak....
.







No comments:

Post a Comment