Monday, January 4, 2010

A Week In Tepeng...



Catatan pertama 2010 adalah catatan ke 100 di blog ini. Kepulangan selama seminggu di Tepeng, masa kami banyak dihabiskan di Hospital Besar Taiping. Aku dan isteri bergilir-gilir bermalam di Wad C6 utk menemani ayah mertuaku yg telah selamat menjalani pembedahan. Bukan selalu dpt peluang berbakti kpd org tua mcm nie. Walaupun pembedahan berjaya, ayah mertuaku masih tidak dpt berjalan kerana keadaan beliau yg masih lemah. Alhamdulillah, pd 31hb December 2009, beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, ayahanda masih belum dpt berjalan dan perlu bergantung kepada kerusi roda utk digerakkan ke sana-sini. Harap kita semua dpt doakan agar beliau kembali sembuh.


Semasa terlantar di Ward C6


Sudah boleh pulang selepas 16 hari berada di ward






Sepanjang seminggu di sana, selain dari Hospital, kami sempat juga berkunjung ke beberapa lokasi wajib di sana. Kediaman ibubapaku, kediaman Opah, pasar malam Kota Jaya & swimming pool (setelah didesak berkali-kali oleh anak buah).



Bersama D'Boy di hadapan rumah parentku..





Pasar malam Kota Jaya...


Di swimming pool...menanti hujan yg belum berhenti...






Singgah makan selepas penat berenang...


Ali sedang asyik berkarya...


Kami berangkat pulang ke KL pd pagi Sabtu, 2hb Jan 2010 kira-kira jam 9.00 pagi. Rasa sedikit lega kerana ayah mertuaku sudah berada di rumah dan keadaannya beransur pulih. Alhamdulillah, jam 11.30 pagi, kami sudah pun berada di rumah. Lebih kurang jam 2.00 petang, kami dikunjungi oleh Mat sekeluarga bersama bonda dan adiknya.

Ashraf @ Aman Heights..


Tetamu pertama 2010

Keesokan paginya, aku dikejutkan dgn SMS yg dihantar oleh Bitah. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat sakit perut. Petang Ahad tu, aku & wife sempat menziarah beliau di Hospital. Alhamdulillah, beliau stabil tetapi ada ketikanya, beliau menahan kesakitan. Pihak Hospital masih menyiasat punca kesakitan tersebut dan beliau mungkin akan ditahan di ward sehingga mereka dpt mengenalpasti penyakitnya. Harap kita semua dpt doakan agar beliau cepat sembuh.
.

No comments:

Post a Comment