Thursday, December 31, 2009

School Holiday 09 - Amin & Ali



20hb Dec 2009, kami selamat tiba di kediaman kami kira2 jam 11.00++ pagi. Kira-kira 20 minit kemudian, Aman Heights dikunjungi Uncle Halim & Aunty Siti yg kebetulan berada di kawasan Seri Kembangan. Itulah kunjungan pertama mereka selepas aku berpindah. Kunjungan sebelum ini semasa rumah masih belum boleh diduduki. Dekat sejam jugak kami berborak. Khabarnya, sepupu aku, si Nadia baru selesai berpindah ke Putrajaya. InsyaAllah, tak lama lagi dia nak ikut jejak kakaknye pulak… Alhamdulillah. Sayangnye… aku lupa pulak nak rakam photo kunjungan mereka ke rumah aku…. Al-maklumlah… tgh kelam kabut… baru sampai dari Tepeng.


Sebelah petangnya, aku menemani Amin & Ali menunaikan hajat mereka berenang-renang di dlm kolam. Aku yg masih keletihan hanya jadi pemerhati aje. Budak2 ni tak boleh dibiarkan. Dia org nie aktif dan berani… karang mcm2 aksi bahaya yg akan dia org lakukan.




Sebelah malam pula, Aman Heights dikunjungi oleh family pak cik aku dari Taiping. Mak cik aku akan menghadiri kursus keesokkan harinya di Melaka. Dlm perjalanan ke Melaka, mereka sekeluarga singgah bermalam di kediaman kami. Selepas selesai dinner, aku sempat bawa anak2 pak cik aku mandi di kolam… happy budak2 tu… sampai tak terkawal pulak…




Keesokkan harinya, kami berdua ke pejabat utk bertugas spt hari2 biasa. Family pak cik aku ditinggalkan di rumah bersama Amin & Ali. Khabarnya, sempat jugak mereka berendam pagi tu sebelum pak cik aku dan keluarga berangkat ke Melaka. Terima kasih buat pakcik sekluarga & Uncle Halim & Auntie Siti kerana sudi melawat teratak kami. Dtglah lagi bila ada kelapangan nanti….

Pulang dari office, kami bawa kedua2 anak buah kami ke pasar malam di Sri Serdang… mcm biasa, favorite aku, apam balik & nasi briyani menjadi hidangan makan mlm. Selesai makan malam, sekali lagi budak2 nie di bawa berenang2 di dlm kolam sebelum melabuhkan tirai mlm kedua mereka di Aman Heights.
Selasa, 22nd Dec, seperti biasa, si Amin & Ali ditinggalkan di rumah. Sarapan pagi dah disiapkan. Mereka hanya perlu tunggu di rumah sambil menonton tv, main play station atau main instrument2 aku di rumah. Pulang aje dari office, siapkan dinner, Solat berjemaah dan ke dewan badminton utk menjalani latihan bersama pak su mereka. Pertama kali dia org main dlm dewan… naik tension aku mengajar dia org… tapi tak ape… beginner level…







Hari keempat mereka di Aman Heights, rutin yg sama dilalui mereka di waktu pagi. Alhamdulillah, berita dari Taiping, bapa mertua aku selamat menjalani pembedahan dan berada dlm keadaan stabil. Dptle budak2 nie sambung holiday utk beberapa hari lagi. Setibanya kami di rumah… budak2 nie dikerah utk bersiap dgn pantas… Mlm tu mereka di bawa ke Alamanda Putrajaya utk menonton film My Spy. Agak kelam kabut sbb wayang start jam 8.30mlm. Sempat Maghrib di Alamanda tapi tak sempat nak dinner. Pop Corn jadi alas perut sebelum kami dinner selepas menonton mlm tu.





Hari Khamis, sekali lagi budak2 nie dibawa berenang-renang di kolam sebelum kami berangkat pulang ke Taiping keesokkan harinya. Perancangan awalnya, kami nak pulang ke kampung mlm tu.. memandangkan mlm tu Christmas eve, so, kita balik esok ajele….







Keesokan paginya, kami bersarapan di kedai mamak berdekatan rumah sebelum berangkat ke Tepeng…. Dlm keadaan yg relax, kira2 jam 10.00 pagi kami melepasi tol Jln Duta. Banyak jugak kereta pg tu, tapi tak le teruk sgt. Entah kenapa si Kiki meragam pulak… habis tgn wife aku jadi mangsa… tapi kejap aje… Dlm perjalanan.. tiba2 terdengar bunyi dentuman di belakang kereta aku sewaktu aku shift gear dari lima ke empat. Melalui side mirror.. aku nampak honda civic belakang aku terbabas dan patah absorber kirinye… sewaktu itulah kereta2 dibelakangnye mencium bumper kereta hadapan masing2… entah berapa kereta yg kena. Aku turut berhenti di lalulan kecemasan… Alhamdulillah, kereta aku tak kena. Aku teruskan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan yg berlaku. Itulah akibatnya kalau ikut terlalu rapat.. baru aku shift gear… kalau aku break emergency… sure dgn2 aku2 kena sekali…






Kami selamat tiba di Kg Boyan kira2 jam 1.30 petang sambil disambut oleh hujan yg lebat (biasale Tepeng). Alhamdulillah, semuanya selamat…
.

No comments:

Post a Comment