Thursday, December 24, 2009

Team Building @ Tepeng



Selepas pulang dari Taiping, aku hanya sempat bertugas selama dua hari aje... Pada 11th December 2009, sekali lagi aku pulang ke Taiping. Kali ini bukan sbb balik kampung, tetapi kerana aku perlu menghadiri sessi Team Building Division tempat aku bertugas yg kebetulan diadakan di tempat kelahiran aku...

Kami bertolak dari Jalan Semarak kira2 jam 9.00 pagi. Semua yg hadir kena naik Bas... termasuk le aku... lagipun wife aku tak ikut sekali. So, relax le sikit... tak payah drive.


Inilah bas yg membawa kami ke Tepeng


Kami tiba di Jalan Lumba Kuda, Taiping kira2 jam 1.00 petang. Alhamdulillah, sempat jugak kami semua menunaikan Solat Jumaat di sana.



Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Malam yg pertama, kami menginap di SSL Traders Hotel yg terletak di Jalan Kamunting, berhadapan dgn kem askar. Jadual agak padat, so, tak sempat le aku nak balik ke rumah kejap. Sepanjang program tu... aku follow aje jadual yg diberi...








Selepas selesai check in di hotel, kami semua bergerak semula ke dewan di building syarikat kami di Jln. Lumba Kuda... sambung activities, makan, balik hotel, balik ke dewan, sambung activities, balik hotel, tido...




Keesokan paginya, selepas breakfast di Hotel, kami bersiap2 utk check out. Selesai check out, balik ke dewan utk sambung activities sebelum kami semua di bawa ke camp site milik MPT berdekatan kaki bukit larut yg tak jauh dari burmise pool. Semasa di sana, semua peserta kena pasang khemah utk penginapan masing2.... Satu khemah, dua org... disebabkan lelaki terlebih seorang, aku duduk solo le...




Selesai minum petang, semua peserta bersiap2 utk mendaki bukit larut melalui jalan hutan... sbg org Tepeng, aku mmg pernah mendaki bukit larut melalui jalan hutan... tapi, dah hampir 10 tahun aku tak panjat.... ada harapan nak pancit... Kalau diikutkan, ketinggian bukit ini lebih kurang 13 km... kami naik setakat 3 km aje.. itupun dah nak pengsan...


Bersedia utk mendaki

Berdoa sebelum memulakan pendakian


Ahli kumpulan aku, "Survivor"



"Survivor", team pertama yg tiba di garsian penamat


Bergambar kenangan bersama semua peserta di tengah2 bukit larut


Selesai mendaki, lebih kurang waktu Maghrib, kami tiba di camp site. Bersiap2, Solat Maghrib, makan malam dan sambung activities. Aktiviti utama sebelah malam ialah night walk @ burmise pool. Ada jugak peserta yg ketakutan. Bagi aku, biasa aje... pagi dgn malam sama aje.. duduk dkt track kebun durian burmise pool tu aje... bukannye duduk dlm hutan... bagi mereka yg tak pernah sampai, mestile gerun sbb tak nampak ape2....



Bergambar kenangan bersama Fadzir


Night walk @ Burmise Pool



Keesokkan paginya, satu lagi activities besar yg perlu dilalui ialah treasure hunt at lake garden. Walaupun mempunyai kelebihan sbg org Tepeng... group aku kalah jugak sbb ada group members yg terlewat sampai ke camp site. Masalah utama, team work.. bila ramai yg nak bagi arahan, haru biru le... aku terpaksa le kecek kelate bila keputusan di umumkan... malu beb.. org tepeng kalah treasure hunt dkt kpg sendiri... hhehehe...

Selesai di camp site, kami pulang ke dewan utk closing ceremony. Lepas mandi, solat & makan tengahari, kira2 jam 3.00 petang, kami bertolak ke KL. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai kira2 jam 7.00 malam.
.

No comments:

Post a Comment