Wednesday, December 23, 2009

Balik Kampung - 4th December 2009




Seminggu selepas Aidil Adha, selepas selesai sessi badminton bersama rakan2 di Aman Heights, kami berdua bersiap-siap utk bergerak ke Taiping. Dua hari kami ambil cuti kerana nak meraikan Aidil Adha dan majlis perkahwinan kenalan di Taiping. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg. Boyan kira2 jam 4.00 pagi ++.

Kepulangan kali ini agak istimewa kerana kami berkesempatan melihat gelagat dua anak buah kami, Amin & Ali yg baru lepas di potong... Yg si abangnye steady aje... yg si adik tu aje yg lebih2 sikit...

Kami juga berkesempatan melawat kediaman baru abg ipar aku (Abg Faez) yg baru dibelinya di Taman Kaya. Alhamdulillah, rezeki yg diberi dari Allah S.W.T., proses pembelian rumah tersebut dpt berjalan dgn cepat dan lancar.









Selepas melawat kediaman Abg Faez, kami berdua terus ke kediaman parent aku di Kota Jaya. Keesokan paginya, selepas selesai sarapan pagi bersama parent aku, kami melepak di rumah Opah di Simpang. Semasa tgh asyik bersembang dgn Opah, tiba2 kami mendapat panggilan dari kakak ipar menyatakan yg mak mertua aku dimasukkan ke hospital akibat asma kira2 jam 500 pagi 6th Dec 2009. Dgn segera kami bergegas ke Hospital Taiping utk meninjau keadaannya...






Inilah kali pertama ibu mertua aku dimasukkan ke Ward hospital sepanjang usianya. Dah banyak kali dah beliau mengelak... kali ini terjerat jugak.... hehehehe... Utk makluman, kelima-lima anaknya dilahirkan di rumah aje.... Fobia hospital... Ibu mertuaku penat akibat tidak pantang makan... mcm2 dimakannya... daging... durian... yg paling worst, buah sukon... dpt juga merasa tido hospital selama 5 hari 4 malam.... Alhamdulillah, skg dah stabil di rumah....
Dlm kesibukan turun naik ward C6 hospital Taiping... kami sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan kenalan yg berlangsung pd minggu tersebut.... Majlis pertama yg kami hadiri ialah majlis perkahwinan sahabat kita, Syahril Fariz (Ayie) yg berlangsung pd 6th December 2009 di Dewan Rakan Muda, Bukit Jana, Kamunting. Kami tiba agak lewat, so, ramai rakan2 yg dah pulang... walaubagaimanapun, aku sempat bertemu dgn sahabat lama kita... saudara Meor Hafiz semasa majlis tersebut....






Pd hari Isnin, 7th Dec 2009, kami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Fatiah, Khairul di kediaman mereka di Gunung Semanggul... majlis ini sepatutnya turut dihadiri oleh ibu mertua aku, tapi nak buat mcm mana... ibu mertua aku masih ditahan di ward. Kami tiba agak lewat, org dah berkemas-kemas nak bungkus... tak kisah le.. janji kami sampai... lagi pun faham2 ajelah... ibu mertua di ward... kelam kabut le sikit... Apa2 pun, Selamat pengantin baru buat Syahril & Khairul... semoga bahagia hingga ke akhir hayat...







Kami berangkat pulang ke KL pd hari Selasa, 8th Dec 2009. Walaupun ibu mertua masih di hospital, kami terpaksa juga pulang kerana tugas. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat....
.

No comments:

Post a Comment