Wednesday, December 30, 2009

Kecemasan...


Selepas selesai kunjungan tetamu istimewa di Aman Heights, pd hari Isnin, kami memulakan rutin kehidupan harian seperti biasa. Keesokan harinya, kami dimaklumkan tentang keadaan ayah mertuaku yg uzur terlantar kesakitan di rumah. Beliau sudah tidak mampu bangun dan hanya terbaring di atas katil. Keluarga di kampung enggan membawa beliau ke hospital kerana tidak sampai hati melihat beliau menahan kesakitan setiap kali mereka cuba menggerakkan beliau.


Pd hari Rabu, 16hb Dec, setelah mengetahui tiadanya perubahan keadaan ayah mertuaku, kami membuat keputusan utk pulang ke Taiping. Kepulangan kali ini turut disertai oleh abg iparku (Feroz) bersama isteri dan dua anaknya. Aku mempercepatkan perjalananku agar dpt uruskan penghantaran ayah mertuaku ke hospital. Aku rasa, inilah rekod paling pantas yg pernah aku lakukan di mana perjalanan dari Tol Jln Duta ke Tol Changkat Jering hanya mengambil masa selama 2 jam 10 minit shj.


Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Taiping. Harap2 tak kena saman le… Setibanya di rumah, semua ahli keluarga sudah berada di hospital Taiping. Alhamdulillah, abg ipar aku (Faisal) telah uruskan penghantaran bapa mertuaku ke hospital dgn bantuan ambulan. Semasa di sana, keadaan ayah mertuaku semakin stabil. Rupa-rupanya, tulang pinggul beliau mengalami keretakan akibat terjatuh semasa berada di rumah. Ibu mertuaku tidak mengesyaki keretakan tersebut kerana beliau jatuh perlahan aje. Bapa mertuaku perlu menjalani pembedahan utk memasukkan besi di bahagian retak tersebut. Pemeriksaan rapi perlu dilakukan sebelum pembedahan boleh dijalankan.


Setelah beberapa hari berada di Taiping, pd pagi Ahad, 20hb Dec, kami berangkat pulang ke KL. Pd waktu itu ayah mertuaku masih di hospital dan menanti hari utk menjalani pembedahan yg dijadualkan berlangsung pd 22hb Dec. Kepulangan kami ke KL turut disertai dua anak buah kami, Amin & Ali. Kesian dkt budak2 ni.. mereka sepatutnya dtg bercuti bersama keluarga mereka ke KL sempena cuti sekolah ni. Disebabkan atuk2 mereka bergilir-gilir masuk hospital, parent mereka terpaksa batalkan trip percutian mereka. Bagi tidak menghampakan budak2 nie… kami bawa le mereka ikut bersama… Terima kasih buat petugas-petugas wad 14 & wad C6 hospital Taiping di atas khidmat cemerlang mereka merawat org tua kami di sana. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua…
.

No comments:

Post a Comment