Thursday, December 24, 2009

VIG - Aman Heights (13th December 2009)



Setibanya aku di KL dari menghadiri sessi Team Building di Taiping, dgn segera aku bergegas ke kediaman Aunty aku di Damansara. Malam tu, Aman Heights akan dikunjungi VIG (Very Important Guest). Wife aku standby di rumah dan membuat segala persediaan utk menyambut tetamu yg dinanti-nantikan. Aku terus ke Damansara utk menjemput parent aku yg dah sehari berada di sana kerana menziarah Aunty aku yg terlantar sakit. Dari Damansara, kami menuju ke Aman Heights sambil diikuti oleh kenderaan parent aku.


Diselekoh terakhir ke Aman Heights, kelihatan di hadapan aku, sebuah Toyota Avanza dgn nombor pendaftaran Perak. Rupanya tetamu kami dah nak tiba. Aku sempat memintas kereta tetamu2 yg kesemuanya berjumlah 4 buah kereta.

Alhamdulillah, sampai jugak. VIG yg aku maksudkan adalah Opah aku. Semasa kecil, banyak masa aku habiskan di rumah Opah. Aku berhajat sangat agar Opah aku sempat menjejakkan kakinya ke kediaman aku. Alhamdulillah, hajat aku dimakbulkan. Turut hadir bersama dlm majlis makan malam tu ialah parent aku bersama adik aku, family abg aku, family Cikgu Arshad (pakcik aku), family Uncle J (pakcik aku), Pak Ngah, Wannye & family Pak Su aku. Thanks to Adin yg menjadi pemandu arah mereka dari Kajang ke Aman Heights.

Bersama-sama ini adalah gambar2 yg sempat di ambil sepanjang majlis tersebut.






















.

No comments:

Post a Comment