Saturday, March 13, 2010

Pulang ke Singapura...





Ooops!!!... jangan panic... awek cun dlm gambo nie bukanlah awek baru gua... Ini adalah gambo kenangan gua dgn anak sepupu wife aku yg sempat dirakam semasa kami berada di Singapura baru2 ini... Kenapa kami berada di Singapura secara tiba2??? Semuanya berpunca dari panggilan telefon yg diterima drp ibu mertuaku pd hari Ahad yg lalu yg membawa perkhabaran berita ttg ayah saudara isteriku yg sedang sakit tenat.


Keesokan harinya, (08.03.2010) seawal jam 7.15 pagi... aku dan isteri sudah terpacak di pejabat Imegresen di Damansara utk buat passport. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.00++ pagi, kami berdua dah boleh dapat passport. Kami bertolak ke Singapura dengan menaiki keretapi dari KL Sentral kira2 jam 10.25 malam. Turut ikut bersama ialah abg sulong wife aku, Abg Feroz @ Abg Long...

Keadaan di KL Sentral



Bersama Abg Long


Di dalam Tren KTM







Hampir jam 9.00 pagi (09.03.2010), kami selamat tiba di stesen keretapi Tanjong Pagar. Lebih kurang 10 minit kemudian, sepupu wife aku, Abg Nazri tiba dgn Impreza WRX kesayangannya. Kami di bawa terus ke kediaman bapa saudara wife aku di Beduk South. Sayangnya, bapa saudara isteri aku itu telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pd petang sebelum kami memulakan perjalanan.




Stesen keretapi Tanjung Pagar



Bergambar kenangan di hadapan stesen



Casino dlm pembinaan...






Kami tiba di destinasi kira2 jam 9.30 pagi. Jenazah baru sahaja selesai dimandikan. Kami sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, sempat menunaikan Solat Jenazah dan sempat juga mengiringi jenazah ke pusara. Selesai sahaja upacara pengkebumian, kami pulang semula ke kediaman keluarga Arwah Hj. Abd Hamid utk menghadiri majlis Tahlil. Selepas selesai majlis, barulah sempat beramah mesra dengan sanak saudara isteri aku yg majoritinya tinggal di Singapura. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura selepas kami berkahwin. So, ramai jugalah yg aku baru nak berkenalan.






Bas yg disewa utk bawa para tetamu ke pusara



Liang lahad perkuburan di Singapura




Antara sanak saudara yg hadir



Dari rumah keluarga Arwah, kami di bawa ke rumah seorang lagi bapa saudara isteri aku, Pak Ya di Pasir Ris. Selepas selesai merehatkan diri.... petang tu aku bersama isteri dan abang long keluar menaiki Bus dan MRT utk ronda2 di Geylang Serai. Sebenarnya aku yg teringin sgt nak pergi situ sbb aku selalu dgr cerita dari ayah dan ibu mertuaku serta rakan2 aku ttg keenakan makanan yg dijual di Geylang Serai.



Abg Long dlm MRT











Juadah aku mlm tu....



Abg Long in action

Selesai makan malam, perjalanan diteruskan ke Beduk South utk menziarahi keluarga Arwah. Lebih kurang satu jam lebih kami di sana, kami telah di bawa ke rumah salah seorang sepupu isteri aku utk menziarah suaminya yg baru selesai menjalani pembedahan jantung. Kemudiannya, kami teruskan perjalan ke kediaman Pak Ya di Pasir Ris utk bemalam di sana.



Bergambar kenangan bersama Mak Munah


Dlm perjalanan ke rumah sepupu Fatiah...

Abg Long @ MRT Station..

Hajat utk kayuh basikal sambil menikmati suasana pantai di waktu malam tidak kesampaian sbb masing2 dah kepenatan. Keesokan paginya, sekali lagi kami terpaksa melupakan hajat utk berbasikal di tepian pantai kerana cuaca hujan. Menurut ibu saudara, inilah kali pertama hujan turun selepas hampir seminggu Singapura bercuaca panas.
Selepas hujan berhenti, kira2 jam 10.00++ pagi, kami berangkat semula ke rumak keluarga Arwah di Beduk South utk bertemu keluarga di sana. Lebih kurang 1 jam di sana, aku dan isteri terpaksa berangkat ke Budget Terminal utk stanby sebelum kami berlepas ke Malaysia dgn pesawat Fire Fly.


Muhammad Said (cucu Pak Ya)



Besama keluarga Pak Ya di kediaman mereka di Pasir Ris










Di Beduk South...


Bergambar kenangan...


Makan tengahari di Budget Terminal...

Gambar Arwah di surat khabar...


Sebelum pesawat berlepas... (masa ni tak mabuk lagi...)


Pemadangan dari ruang angkasa...



Alhamdulillah, kira2 jam 4.00++ petang, kami berdua selamat tiba di Airport Subang. Both of us mabuk sikit semasa di atas flight.... mungkin sbb gegaran pesawat yg agak kuat terasa. Dari airport, kami menaiki cab ke pejabat aku utk ambil kereta. Sebelum jam 6.00 petang kami dah tiba di rumah.

Pesawat yg membawa kami pulang...


Seronok juga rasanya bila berada di Singapura. Org2nya ramah2 dan berdisiplin. Kawasan pun cantik dan kemas. Public Transportnya pun very efficient. Cuma yg tak tahannya, cost of living agak tinggi beb... Saudara mara pun ramah2. InsyaAllah, bila ada peluang, pasti kami akan ke sana lagi...

.

2 comments:

  1. salam takziah beb...

    btw, sempat gak ko naik firefly direk dr singapore ke subang tadek booking2 ek?

    ramai rupanyer sanak saudara di singapurah

    ReplyDelete
  2. Thanks...

    Actually, aku book online before aku bertolak ke sana... itupun gua miss ticket Air Asia $1 Dollar a day before gua book... Masa tu x berani nak book sbb passport tak ada lagi..

    Family in singapore... actually father in law aku aje yg terlepas ke Malaysia... adik beradik dia yg lain semua dkt Singapore...

    ReplyDelete