Monday, April 26, 2010

Visitors Week...




Dah lama jugak aku tak update blog nie... bukannya tak ade bahan... sebenarnya banyak juga bahan2 yg masih belum sempat aku update... x ape.. nanti sempat, akan aku usahakan... Bagi meneruskan cerita.. aku mulakan dgn catatan yg berlangsung pd hujung minggu yg lalu...


Walaupun kediaman kami selalu dikunjungi tetamu... hujung minggu yg lalu merupakan minggu paling banyak kami terima tetamu... Semuanya bermula pada hari Jumaat, 23hb April 2010... Tetamu pertama yang sampai ialah tetamu kehormat iaitu ayah & bondaku... Mereka berdua selamat tiba di terminal bas Bkt Jalil kira2 hampir jam 7.00 malam. Kebiasaanya, mereka dtg KL dgn kereta... disebabkan hanya mereka berdua aje yg datang... so, father aku decide nak datang dgn bas aje...


Lebih kurang jam 9.00++ malam... sepupu aku, Nadia & Shakira pula tiba di rumah kami bersama-sama darling masing2. Selain dpt berjumpa parent aku... kunjungan mereka kali ini juga adalah bagi memenuhi jemputan utk memeriahkan sessi badminton kami malam tu... Sebelum start sessi badminton... sempat juga sepupu2 aku nie berendam....



Semasa game baru aje nak mula... seorang lagi tetamu khas kami tiba... Fitri bersama tunangnya, Natrah... Mereka berdua tumpang bermalam di rumah kami sebelum meneruskan perjalanan mereka pulang ke Ipoh keesokan paginya... Selain drp tetamu2 istimewa kami, sessi malam tu turut dihadiri oleh permanent player spt Izwan dan Saifulzaman... Game berlangsung sehingga hampir jam 12.00 mlm... sampai kena sound dgn pak guard....











Keesokan paginya, 24th April 2010... aku sempat layan lap dgn si Fitri & Natrah di pool... selesai 10 lap... kami pun bersiap2 nak pergi breakfast.... dkt mana lagi kalau tak tempat favorite kami, Precint 9, Putrajaya... Fitri & Natrah join sama... selepas selesai breakfast... Fitri & Natrah pun minta diri bagi meneruskan perjalanan mereka...






Dari Putrajaya, perjalanan kami diteruskan ke Kajang pula... bukan ke rumah Mat, tapi ke rumah ibu saudaraku di Taman Mesra, Kajang... Lama jugak kami di sana... sampai sempat Solat Zohor di sana...




Dari Kajang... perjalanan diteruskan ke Damansara pula... mcm biasalah... nak visit my favorite aunty... Turut hadir ke kediaman aunty aku di Damansara ialah Uncle Halim aku dari Kelana Jaya yg hadir bersama isteri, anak2 & menantu2nya... Hajat aku nak bawa parent aku dinner di Lemon terpaksa dibatalkan sbb masing2 dah kenyang dgn hidangan semasa di rumah Aunty aku nie....





Ahad, 25th April 2010... pagi tu aku sempat bawa parent aku shopping2 di Jusco sbb nak cari buah tangan buat anak2 buah aku di kampung... Selesai shopping, kami pun berangkat ke rumah sepupu ibu aku di Putrajaya bagi menghadiri majlis perkahwinan anaknya.








Semasa di majlis, kami sempat pelawa saudara mara yang hadir untuk berkunjung ke rumah. Pelawaan tersebut telah disahut oleh ibu saudara aku yang hadir bersama keluarganya dari Taiping. Tak lama selepas kami hantar ibu dan ayahku ke Terminal Bas Bukit Jalil, ibu saudara aku bersama keluarganya pun tiba di Seri Kembangan... Selesai minum petang, kami sempat bawa sepupu2 aku yang masih muda2 nie berendam-rendam di kolam... Rupa2nye... bebudak nie pakar renang... Mesti bapa deme yg jadi cikgu... maklumlah... bapa dia org nie juara renang sungai perak....








.

No comments:

Post a Comment