Sunday, October 24, 2010

Ziarah Sahabat Lama - 23rd Oct 2010



Sabtu, 23hb October 2010, kami berkelapangan untuk jalankan operasi menziarah sahabat/kenalan2 lama... Perancangan asal... 4 kenalan dijadikan target. Realitinya, hanya 2 org sahaja yg berjaya ditemui pada hari berkenaan.

.
Lokasi pertama, Restoran Bandariya Ayam Kampung yang terletak di Solaris Hartamas... Restoran ini diusahakan oleh sahabat lama aku, Shahril Fariz yg juga dikenali sbg Ayie... Mcm mana aku tahu dia ada di sini... Sebelum Ramadhan yang lalu, wife aku pernah pergi lunch dgn seorang kenalan kami di restoran ini... masa tu le wife aku perasan rupa2nya si Shahril ni yg manage restoran tu...

.
Sedikit info ttg restoran. Restoran ini menyajikan nasi putih dgn pelbagai jenis lauk yg sememangnya sedap... Antara killer product di restoran ini... Ayam Kampung... Daging Kerutuk... Daging Gulai Kawah... dan masak lomak ikan tenggiri... Aku sarankan... kome pergi le rasa ye...






Seorang lagi usahawan berjaya... me with Shahril








.
Sebelah malamnya pula... kira2 jam 8.30 mlm... aku dan isteri tiba di gerai nasi lemak kegemaran kami di Tmn Dato Sennu, Sentul... tujuannya ialah utk dinner bersama sahabat2 nostalgia Sentul kami, Nan, Ujang & Abg Long... malangnya... hanya Nan bersama isteri dan anak jirannya sahaja yg sempat hadir... Abg Long tgh bersiap-siap nak pergi kerja... si Ujang pulak... hilang entah ke mana... padahal dah set appointment sejam sebelum tu... mentang-mentanglah dah back up Ella sekarang..... :)..... InsyaAllah.. ada kelapangan.. kita repeat lagi...


Nan, anak jirannya & Laila with my wife...



.

No comments:

Post a Comment