Thursday, January 20, 2011

Indahnya Islam - Part 1




Salah satu azam tahun baru aku adalah nak memperbanyakkan kerja2 dakwah... aku rasa, blog ni merupakan salah satu platform yang baik untuk aku implementkan azam aku tu... Rasanya, aku pun dah bersedia utk menghadapi segala musibah (ujian) yg bakal menimpa akibat daripada usaha memperjuangkan agama Allah... aku pernah dengar cerita drp ustaz berkenaan kata-kata seorang sahabat Rasulullah S.A.W. kpd menantunya supaya bersiap sedialah menghadapi ujian drp Allah apb kamu memperjuangkan agama Allah. Seorang lagi ustaz pernah berkata, kalau sesuatu perjuangan itu mudah, itu bukanlah jalan perjuangan yang betul sbb memperjuangkan kebenaran pasti akan melalui pelbagai ujian dan rintangan. Kata-kata ini amatlah bertepatan jika kita mengkaji semula sejarah perjuangan Islam... Para Nabi dan para Khalifah juga turut ditimpa pelbagai ujian yang cukup hebat dan dahsyat dalam usaha mereka menegakkan agama Allah...

.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya:


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." (Al-Baqarah: 155-157)


.
Dah lebih 30 tahun aku hidup dalam dunia ini... setiap hari aku akan terfikir, mencari dan terus mengkaji... apa sebenarnya tujuan aku dihantar ke muka bumi ini... Adakah kerana wang & harta? kerana kerjaya? kerana Melayu (Bangsa)? kerana keluarga? atau kerana nama?.... Sedarkah para sahabat semua... kebanyakkan orang pada hari ini telah menjadikan perkara-perkara yg aku sebutkan tadi sebagai matlamat utama dalam kehidupan harian mereka... Alangkah sia-sianya jika mereka mati disebabkan harta, kerjaya, bangsa, keluarga dan nama... Dapatkah mereka menjawab soalan-soalan Malaikat di dalam kubur sekiranya perkara-perkara tadi menjadi asas perjuangan hidup mereka???


.
Purata jangka hayat manusia pada hari ini adalah sekitar 70 - 90 tahun sahaja... Selepas alam dunia, kita akan dipindahkan ke alam kubur dan seterusnya ke alam Akhirat... sedarkah para sahabat semua bahawa tempoh kita berada di alam kubur adalah jauh lebih lama daripada tempoh kita berada di muka bumi ini... ya.. tempohnya adalah dari hari kita dikebumikan sehinggalah hari kita dibangunkan semula di padang mahsyar... sekiranya asas perjuangan hidup kita di dunia ini berada dilandasan yang betul maka baiklah kehidupan kita di alam kubur nanti dan sebaliknya, jika kita terus hanyut dgn hasutan Syaitan yang sentiasa berada di dalam jiwa untuk menyesatkan kita, maka kita akan terus diseksa sepanjang hayat kita di alam kubur nanti... Bukan setakat itu sahaja... di alam Akhirat nanti... jika alam kubur kita baik, maka alam Akhirat kita juga akan turut baik selama-lamanya dan sebaliknya, jika di alam kubur kita diseksa.. maka di alam akhirat, kita akan kekal diseksa di Neraka selama-lamanya....


.
Marilah kita sentiasa muhasabah diri kita dan renungkanlah... apakah asas perjuangan hidup kita selama ini agar kita tidak terus hanyut dengan hasutan Syaitan yang telah berjanji dgn Allah S.W.T. untuk memperbanyakkan penghuni Neraka.... Ingatlah.. Hidayah Allah takkan datang sendiri... kita perlu mencari dan memohon daripadaNya...


.

2 comments:

  1. good reminder bro.

    pelbagai cara, tp tujuannya satu; untuk mencari redho dan rahmat dariNya.....

    ReplyDelete
  2. Bagi memperjelaskan lagi maksud entry ini...

    tidaklah menjadi kesalahan di dalam Islam utk kita mencari harta/kekayaan, berjaya dlm kerjaya, membantu anak bangsa, membahagiakan keluarga atau menjadi ternama.. Cuma perkara2 ini tidaklah boleh dijadikan matlamat utama dalam kehidupan dan ianya sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. dgn mematuhi batas2 yg telah disyariatkan di dalam ajaran Islam...

    Cth:
    - Mencari harta dan kekayaan dari sumber yg halal... tiada rasuah, mencuri, menipu, melibatkan perkara maksiat, syirik, dengki khianat, pergaduhan, menentang ajaran Islam dsb.

    - Berjaya dlm kerjaya melalui kesungguhan usaha dlm mencari keberkatan Allah S.W.T. Jangan sesekali kita mencari keredhaan manusia dgn membenarkan (mengiyakan) apa jua prinsip org atasan walaupun ianya jelas bertentangan dgn Islam.

    Seperti maksud yg kita baca dalam keratan doa Iftitah ketika Solat setiap hari:

    "Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam."

    Perkara yg perlu menjadi keutamaan umat Islam adalah menghambakan diri kepada Allah dgn melakukan Ibadat kepadaNya... melaksanakan segala suruhanNya, meninggalkan segala laranganNya dan menegakkan syiar Islam dgn memastikan Islam terus berkembang dan diamalkan dari generasi ke generasi seterusnya hingga hari kiamat...

    ReplyDelete