Sunday, May 15, 2011

Happy Birthday... Apr/May 2011


.



Selepas selesai menonton konsert Wings Opera Hidup, aku terpaksa membatalkan hajat aku utk terus pulang ke kampung sbb aku hanya tiba di rumahku jam 1.00++ pagi. Dalam keadaan yg keletihan dan mengantuk apatah lagi nak memandu seorang diri di Highway.. sangatlah merbahaya... wife aku pula... sudah selamat di cilok oleh cousinnya utk dijadikan co-pilot si cousinnya itu pd mlm tu jugak. Macam petanda aku nak kena cari co-pilot baru agaknye.... Perjalan aku pulang ke Tepen hanya dimulakan keesokan paginya, Jumaat, 29hb April 2011 .




.
Hari Jumaat tu, sepatutnya aku menziarah sahabatku, Japri yg masih bergelar pengantin baru. Malangnya, temujanji tu terpaksa ditangguhkan memandangkan si Japri sibuk dengan tugasannya. Maka, waktu temujanji tu digantikan dengan aktiviti makan malam bersama abg ipar dan ibu mertuaku di warung lebuhraya yg terletak disebelah kiri selepas persimpangan tol Changkat Jering. Thanks to Adin yang telah recommend kedai ini. Actually, kedai ini mmg kedai favorite si Adin. 1st time aku makan dkt situ... mmg sedap....





Tengah sabar menanti hidangan...





Lazatnye...





.
Temujanji dengan Japri hanya berlangsung keesokan paginya. Selepas selesai breakfast bersama keluarga dikediaman parent aku, kami terus bergegas menuju ke rumah Japri. Sempatlah jumpa dengan Japri dan keluarganya dlm setengah jam... Jam 10.00 pagi, Jap nak kena bertugas pula. Al-maklumlah, dah jadi suami orang ni.. kenalah kerja lebih kuat... esok2 boleh jadi bapa orang pulak... Buat Japri & Isteri... sorrylah sbb tak dapat balik masa kenduri hari tu... apa2 pun... Selamat Pengantin Baru... Semoga berbahagia ke akhir hayat... Buat ayahanda & bonda Jap pula... Selamat Menyambut Menantu dan menimang cucu kelak...





Loving couple...




Bersama family Japri...






.

Selesai di kediaman Jap, kami singgah sebentar ke rumah Komeng sebelum pulang semula ke Kampung Boyan utk bersiap2 nak berangkat ke Bukit Mertajam... Hajat kami nak tengok anak Komeng tak kesampaian bila hon dan panggilan kami tidak dijawab. Tiga kali call.. tak berangkat pulak... Mana pulak le Mamat nie pergi.. Sbb nak mengejarkan Bkt. Mertajam.. kami terpaksa skip aktiviti melawat anak Komeng tu... Tujuan kami ke Bkt. Mertajam adalah untuk melawat ayah saudara wife aku yang sedang uzur. Pak Cik, bapa kepada Azura menghadapi sedikit masalah utk membuang air kecil. Secara teorinya, mungkin akibat drp kurang pengambilan air kosong. Alhamdulillah, kondisinya agak stabil. Apa-apapun, marilah sama-sama kita doakan agar beliau akan kembali sembuh seperti sedia kala.


.



Sebelah petang di kediaman Opahku.... Satu majlis sambutan hari jadi bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak buahku, Dina dan cousinku Shakira (anak mak su) telah diadakan dengan jayanya... menu kali ini agak berlainan... bukan lagi bihun sup.. tetapi nasi minyak serta lauk pauk yg ditempah khas drp caterer kegemaran keluarga kami iaitu En. Shariff. Selain daripada Dina & Shakira... ramai lagi sahabat2 terdekatku yg akan menyambut ulang tahun mereka pd bulan April dan May ini... Antara yg aku tak lupa ialah Mat (30hb Apr), Alan (4hb May), Ashraf (anak Mat: 5hb May) dan darling aku sendiri Nur Fatiah Mohammad Zaini (12hb May). Buat kalian semua, Selamat Hari Jadi... seperti biasa.. peringatan yg akan aku berikan setiap tahun... makin lanjut usia kita... maka makin dekatlah kita dengan hari kematian... maka, banyak-banyaklah pertingkatkan ibadat dan taubat... Dah samakin suntuk masa utk kita sebenarnya...






Happy.. mcm faham aje




Wajah jelouse si D'boy.. Mujur Opah hadiahkan mainan lori dkt dia..




.
Satu lagi perkara menarik yang kami discover pd sebelah malam hari Sabtu, 30hb Apr 2011.. Tepen also got downtown... bukan dkt batu 2 1/2 tu.. tapi dekat centre of Tepen... dkt kawasan BSN berdekatan sekolah King Edward... Rasanya tempat ni baru lagi... sbb orang pun tak berapa ramai lagi... Cuma yg peliknye... kalau dkt tengah2 pekan pun panggil downtown jugak ke? Bukan uptown ke?







.
Selain drp Dina yg dapat banyak hadiah masa majlis hari jadinya tempoh hari... Si D'boy pun tidak ketinggalan... Sebelum kami berangkat pulang ke KL pada hari Ahad, 1hb May 2011... kami sempat buat upacara penyampaian hadiah buat D'boy di kediaman parent aku... Disebabkan minatnye yang mendalam terhadap karektor Ultraman... apa aje produk Ultraman yg kami jumpa... kami akan grab utk dia... kali ini kami sempat tangkap underware ultraman dan patung a group of ultraman utk tambah koleksinye... Insya Allah.. kalau jumpe produk2 Ultraman yg lain... nanti kita beli lagi yee.... Idup Conos (Cosmos).








Tgh Khusuk layan KFC...



.

No comments:

Post a Comment