Monday, May 2, 2011

Wings Opera Hidup Istana Budaya...







28hb April 2011, aku berkesempatan turun menyaksikan persembahan konsert Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya. Thanks to Ujang & Nan atas usaha dan ehsan mereka dalam mendapatkan tiket untuk aku hadir ke show yang paling hebat yang pernah aku hadiri. Officially, konsert Wings Opera Hidup berlangsung pada 29 April hingga 01 May 2011. Show yang aku hadiri pada 28hb ni adalah show preview yang dibuat khas utk para media dan rakan-rakan.

.


Aku tiba di Istana Budaya seawal jam 6.00 petang... saja datang awal sebab tak nak berebut parking. Petang tu, sempat layan Harley Davidson yang dipamerkan di perkarangan Istana Budaya. Selepas selesai solat Maghrib di surau Istana Budaya, aku pun menuju ke cafe Istana Budaya utk lepak bersama Ujang & rakan2 sanbil pekena teh tarik sementara menunggu show bermula. Ramai otai-otai Rock dan para selebriti turut hadir bersama. Antara yang kelihatan malam tu adalah seperti Pak Din (bapa Rodhi Kristal), Rahmat Mega, Kumpulan Kristal, Kumpulan Jinbara, Ali Terrarossa, Ujang Exist, Yazid Search, Hattan, Nash, Ramli Sarip, Yantzen, Edrie Hashim, Dafi, Azlan Typewriter, Gambit, Kenjy Sawahi, Radhi Khalid dan ramai lagi.


.


Lebih kurang jam 8.40 malam, aku dan Nan masuk ke dewan utk mengambil tempat bagi menyaksikan show yang dinanti-nantikan. Lebih kurang jam 9.00mlm, konsert pun dimulakan. Terdapat dua versi persembahan bagi projek Wings Opera Hidup Istana Budaya ini. Wings & Superfriend (Unplugged) akan diadakan pada waktu petang dan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan akan diadakan pada sebelah malam. Ujang hanya akan terlibat dalam persembahan Wings & Superfriend yang turut akan melibatkan otai2 seperti Hillary, Yazid, Edrie Hashim, Man Kidal, Nash, Yantzen, Mus, Hattan dan ramai lagi. Persembahan bersama Orkestra hanya akan melibatkan mereka2 yang pernah mengganggotai kumpulan Wings seperti Awie, Joe, Eddie, Black, Jojet, Sham, Mus dan Mel. Kesimpulannya, show ini adalah show terbaik yang pernah aku hadiri. Tahniah buat semua yang terlibat...


Sportster 1200 Low



Sportster 883



Another Sportster 883 (my favorite)







Rocker






Nan & Ujang




Aku & Ujang..




Aku, Ujang, Nan & Lan (Typewriter)













Bersama Rocker




Ultra Glide..




Nan bersama Rocker...




.


No comments:

Post a Comment