Friday, September 16, 2011

Aidilfitri 2011


Selasa, 30hb Aug 2011 adalah bersamaan dengan 1 Syawal 1432... Alhamdulillah, tahun ini kami berpeluang untuk menghabiskan masa lebih panjang untuk beraya di Kampung berbanding tahun lepas. Istimewanya Raya tahun ini... hari raya pertama adalah bersamaan dengan tarikh ulang tahunku yang ke 31...


Seperti biasa, pagi raya.. aku akan menunaikan Solat Sunat Idulfitri secara berjemaah bersama-sama para Muslimin dan Muslimat di Masjid Kampung Boyan. Agenda seterusnya, berhari raya bersama keluarga isteriku di kediaman mertuaku sebelum perjalanan kami diteruskan ke kediaman Opah bagi menyambut suasana pagi raya bersama sanak saudaraku pula.












Selesai di kediaman Opah, isteriku kembali ke Kg. Boyan utk stanby di rumah bagi menyambut para tetamu yang bakal tiba untuk beraya di sana. Aku pula meneruskan road tour untuk beraya bersama-sama para sahabat... Sudah menjadi rutin di pagi Syawal, sejak di zaman sekolah menengah lagi.. aku dan member2ku akan menyerang kediaman sahabat kami, Japri... untuk beraya bersama-sama. Walaupun timing ketibaan kami tak sama... sempat juga kami semua berhimpun bersama-sama di sana.











Dari kediaman Jap, aku kembali ke rumah Opah sbb nak drop Mat & familynye yg tumpang kereta aku semasa nak ke Kg. Matang tadi. Setibanya di rumah Opah, aku turun lepak lagi di sana memandangkan nak beraya dgn Adin yg tak dapat join sessi pagi raya di rumah Opah pagi tu... al-maklumlah, first time beraya sbg Suami.. keluarga Anis pun di Tepen jugak... maka penuhlah jugak jadual Adin di bulan Syawal tahun ni ye.. Selesai di rumah Opah, aku kembali ke Kg. Boyan untuk recharge batteryku yg semakin weak sbb tidor kejap sangat malam raya tu...





Sebelah malam.... aku kembali ke kediaman parentku di Kota Jaya bagi menyambut ketibaan rombongan family Uncle Halim dari Kelana Jaya... Mereka yang dalam rangka road tour Aidilfitri mereka... baru aje selesai beraya di kediaman kaum kerabat kami di Ipoh. Setibanya mereka di kediaman parentku... tak berapa lama kemudian, mereka pun dibawa ke kediaman Abang ku untuk beraya di sana memandangkan Abang aku memang buat open house hari tu... Di sana, kami dijamu dengan Mee Sanggul berkuah... First time aku makan Mee Sanggul berkuah tu... sebelum ini makan versi goreng aje... Selepas kami berjalan kaki beramai-ramai kembali ke kediaman parentku... aku terus kembali ke Kampung Boyan utk preparation menyambut mereka dan beberapa sahabatku di sana pula.








Di Kampung Boyan, rombongan sahabat pertama yang tiba... Robitah, Nazri & anak buah deme... tak berapa lama selepas tu... rombongan KJ yang terdiri drp Azmer, Shakira, Fendi & Nadia tiba bagi memeriahkan lagi suasana... Seterusnya... ketibaan sahabatku Alan bersama isteri & anaknye yg senyap aje... rombongan family Mat & family Kumi yg sepatutnya turut hadir malam tu tidak dapat bersama memandangkan mereka ada urusan lain bersama keluarga masing-masing. Persamaan para tetamu kami malam tu... semuanya confuse jalan nak ke kediaman keluarga kami... ini semuanya sbb flyover baru berdekatan kediaman kami yang dah mula digunakan awal tahun ini... Macam biasa, bila dapat berhimpun beramai-ramai macam ni... dok layan gelak hingga majlis kami terus berlangsung sehingga ke lewat malam.










Keesokan paginya, sedang aku dan darlingku bersiap-siap nak ke Kota Jaya... tiba-tiba aje ada Perdana V6 berhenti di hadapan kediaman kami di Kg. Boyan. Rupanya.. rombangan Mak Long Minah bersama dua orang rakannye yg datang dari KL ke Gunung Semanggul. Salah seorang rakanya yang juga merupakan rakan lama ibu mertuaku... macam pernah aje kita lihat... ingat tak cite Salih Yaacob dgn Os atas feri Malaysia dulu.. yg dialognye "kau tiruan... tulen bang!" itulah uncle Rosli. Dah lama dah tak nampak beliau di kaca tv. Selama ini dengar cite aje... akhirnya dapat jugak kami jumpa dia... Tak lama lepas dia org sampai... kami teruskan perjalanan ke Kota Jaya memandangkan majlis open house di kediaman parentku akan bermula seawal jam 11.00 pagi.






Turun aje dari kereta... tiba2 kereta Azmer baru tiba dari arah belakang kami... katanya deme keluar ke kedai kejap.. Rupa-rupanya... nak buat surprise.... ada birthday cake utk gua... sabo ajelah... Bila ada birthday cake.. apalagi.. si D'boy le yang lebih2... dah macam buat birthday party dia le pulak... Anyway.. thanks to everybody yg terlibat dlm komplot nak bikin surprise tu... kalau boleh... kasi le hadiah motor beso ke... kereta sport ke... barule aku dapat capai tahap surprise level paling maxima... hehehehe..


Open house kediaman di Kota Jaya... majlis dirasmikan oleh family Uncle Halim yg memang bermalam di situ malam sebelumnya... Turut hadir bersama kami pagi tu... Amin... yang dah lama tak ikut Pak Su & Mak Su jalan2... tetamu seterusnya.. Japri bersama isteri & anak buahnya... sempatlah kami berborak2 hingga hampir jam 1.00 petang... kemudiannya aku dan isteri terpaksa bergerak pulang ke Kg. Boyan utk join rombongan keluarga ke rumah Pak Long di Kg. Beng yg terletak berdekatan dengan Sauk. Rombongan tersebut turut disertai oleh keluarga wife aku dari Kedah & Bukit Mertajam...


























Dari Sauk, kembali ke Kg. Boyan... perjalanan agak sesak... dah jadi kebiasaan bagi kami tetapi tidak bagi org Tepen yang agak janggal dengan kesesakan lalulintas... Di Kg. Boyan, isteriku terus stay di rumah bagi menjalankan tugas menyambut tetamu2 yang hadir pada malam tu... aku pula bergerak solo ke kediaman Uncle Cat & Wanyah (bapa & mak saudaraku) yg juga merupakan parnet si Adin bagi memenuhi jemputan rumah terbuka di kediaman mereka yang juga terletak di Kg. Boyan.







Hari raya ketiga... dari kediaman parentku di Tepen... kami bertolak ke Ipoh... turut serta bersama kami.. adik aku yang nak tumpang ke Ipoh sbb nak raya dkt rumah membernye... Lepas drop adik aku dkt food court di Greentown... kami ke kediaman Fitri di Flat Ashby road... dari situ... kami di bawa oleh Fitri ke kediaman baru familynya... Saja nak kasi tahu lokasi tempat majlis perkahwinan Fitri akan dilangsungkan bulan November nanti... tak gaduh nak cari rumah nanti... Suasana di rumah Fitri agak dalam kesedihan sikit sbb mereka baru aje kehilangan ibunya pada awal Ramadhan yang lalu... Walaubagaimanpun, sifat ramah bapanya kembali memeriahkan suasana Raya keluarga mereka. Di sana, adik bongsu Fitri mengambil alih tugas dapur arwah bonda mereka. Apa2pun, semogah roh bonda Fitri ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman...




Pulang dari Ipoh, destinasi seterus kami adalah ke kediaman Abg Faez di Taman Kaya. Perjalanan kami ke sana lancar tetapi tidak bagi arah bertentangan yang menuju ke ibukota. Sebaik sahaja kami melepasi terowong, kenderaan mula beratur hingga hampir dengan susur keluar Kuala Kangsar. Mujurlah kami bergerak ke Ipoh awal pagi tu... kalau tak, pasti kami turut terperangkap dalam kesesakan.


Di kediaman Abg Faez... tiada tetamu sewaktu kami tiba di sana... kami sangkakan kami dah terlambat.. rupanya, kami tetamu terawal yang sampai. Selepas kira-kira 10 minit kami di sana, barulah kereta Abg Faisal tiba. Tak lama selepas tu, kereta Abg Pakli pula sampai... Maka, majlis makan-makan pun berlangsung. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tersebut adalah Pak Karim sekeluarga...






Selesai di kediaman Abg Faez & Kak Saira, aku bersama darling & Amin teruskan perjalanan ke kediaman Opah bagi memenuhi jemputan majlis ulang tahun Tasha yang tarikhnya sama dengan tarikh hari kelahiran aku. Majlis berlangsung awal, cuma kami sahaja yang tidak dapat hadir lebih awal... kiranya antara tetamu terakhir yang sampai le.. dekat sana, kami sempat bertemu rombongan keluarga Wan Yang dari Ipoh yang turut disertai oleh rakan opis wife aku, Abg Har...






Selesai di sana, kami kembali ke Kg. Boyan utk bersiap-siap nak ke majlis sebelah malam. Malam tu, kami ke kediaman parent aku terlebih dahulu untuk beramah mesra memandangkan perjalanan kembali ke ibukota akan dimulakan seawal jam 7.30 pagi esok. Dari sana, kami terus singgah ke kediaman keluarga Robitah bagi memenuhi jemputan Rumah Terbuka dan majlis Tahlil buat arwah ibu beliau. Alhamdulillah, setibanya kami di sana, Mat dan Kumi dah pun berada di sana. Mereka yang tiba awal, sempat sama-sama menyempurnakan majlis Tahlil arwah yang berlangsung pada malam tu. Tak berapa lama kami di sana, kami terpaksa mengundurkan diri utk pulang ke Kg. Boyan kerana perlu menyiapkan barang-barang utk pulang ke KL awal pagi keesokan harinya.






Jumaat, 4 Syawal bersamaan dgn 2 Sept 2011, seperti yang dirancangkan, perjalanan kami bermula seawal jam 7.30 pagi. Turut join bersama, Abg Faez sekeluarga. Alhamdulillah, jangkaan kami tepat dalam usaha nak mengelak daripada masalah kesesakan lalulintas di musim perayaan. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di RNR Ulu Bernam untuk sarapan pagi. Nasi Lemak pagi tu dimasak sendiri oleh darlingku, kak saira dan tok mami. Cuma air aje yang kami order dari food court. Selesai aje aku menjamu selera... aku terus ke kereta sbb nak teman Kiki & Koko yg setia menunggu dalam kandang belakang kereta aku... Tengah dok lepak2.. tiba2 ada orang datang tengok 2 ekor kucing yg comel tu.. siap abang tu offer nak beli lagi... Nasib baik le dua2nya kami sayang...










Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba di Aman Heights seawal jam 11.00 pagi... sempatlah kami berehat sebentar sementara nak pergi menunaikan Solat Jumaat. Aktiviti petang tu... kami sempat bawa Abg Faez sekeluarga meredah hutan mendaki Bukit Serdang. Termengah-mengah jugak deme... Tu le.. makan banyak2 lagi.. Selesai mendaki... budak-budak ni teruskan aktiviti mereka di swimming pool pulak.. kasi deme lepas gian...















Sebelah malamnya... kami sempat membawa tetamu kami ke The Mines Shopping Fair... Hajat nak teruskan program jalan-jalan dkt downtown the Mines tak kesampaian sbb tapak downtown masih ditutup sempena cuti Aidilfitri... Program diteruskan ke restoran tom yam rela untuk menikmati makan malam...










Sabtu... Hari ke-5 Syawal... pagi tu kami bersiap-siap nak ke rumah Abg Feroz bagi menjayakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil buat arwah Tok Papa... Majlis dirancangkan oleh Tok Mami dan direalisasikan oleh Kak Zurah selaku tuan rumah. Pada awalnya, dua kereta bergerak dari Aman Heights... kemudiannya tambah lagi satu kereta yang menanti kami di stesen minyak sebelah Federal Highway. Kereta ketiga tu ialah jemputan khas kami yakni.. Azmer & Shakira... Tak lama selepas kami tiba.. majlis pun dimulakan. Fakrul selaku anak sulong abang Feroz mengambil tempat bagi mengetuai majlis bacaan Yassin dan Tahlil berkenaan. Selesai di sana, kami beramai-ramai menziarah pusara Tok Papa yang terletak tidak jauh dari kediaman Abg Feroz. Terima kasih kepada keluarga Abg Feroz, Kak Zurah serta adik beradik Kak Zurah yang sudi membantu merealisasikan hajat Tok Mami. Special thanks to Shakira & Azmer yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis berkenaan.













Sewaktu nak kembali ke Aman Heights... kami sempat cilok 3 anak teruna Abg Feroz utk bersama-sama bersuka ria bersama saudara mara di kediaman kami. Fakrul, Huzair & Muhammad turut dibawa sertai program cuti-cuti yang direncanakan utk keluarga Abg Faez.


Petang tu, kesemua mereka dibawa bermandi manda di swimming pool. Kali ni.. dengan aku-aku pun join sekali... Sebelah malamnya pula, rombongan Abg Feroz pula tiba. Kami dinner beramai-ramai dan bermalam di kediaman kami. Tak cukup dalam rumah.. sampai ke club house pun deme ni buat port utk berborak-borak dan bersuka ria malam tu.














Ahad, 4 Sept 2011... anak2 buah lelaki yang sedang meningkat remaja ni telah dibawa oleh Pak Su deme meredah hutan utk mendaki bukit... Objektif utama... nak tengok Sunrise... so, kami kena bergerak seawal jam 7.30 pagi. Selain kami.. ramai juga org daki pagi tu dengan tujuan yang sama... Selepas hajat kami tercapai... kami kembali ke kediaman utk menjamah sarapan pagi. Hajat Abg Faez nak sparing badminton pagi tu tak kesampaian memandangkan court telahpun ditempah oleh penghuni lain. Aktiviti pagi tu diteruskan di Gym bagi memenuhi permintaan si Daniel... seperti yang aku dah jangka... si Daniel ni propa aje... masa aku train deme main gym.. dia tak ikut pun.. cuma si Huzair aje yang ikut walaupun tak berapa nak cukup zatnye... Gambo2 si Daniel dkt bawah ni.. itu dia possing aje sebenarnye... Budak2 lain.. semua menunaikan hajat deme dkt swimming pool...





























Kira-kira jam 2.00 petang, semua tetamu kami mohon mengundurkan diri... kami turut bergerak keluar bersama-sama utk meneruskan program ziarah sedare mara yang direncanakan bersama Azmer & Shakira. Turut sertai kami... trio bebudak Tahfiz.. Fakrul, Huzair & Muhammad yang dipaksa tinggal dikediaman kami utk satu malam lagi. Port pertama.. kediaman Aunty Tun di Damansara... Udah raya ke-6.. baru aku sempat beraya dengan beliau yang akan menjadi watak tetap dalam kehidupan harian kami selepas ini... Dari kediaman Aunty Tun.. perjalanan diteruskan ke kediaman Uncle Basir di Setapak Garden... Alhamdulillah, Uncle Basir masih sihat... sewaktu kami tiba.. hanya tinggal beliau bersama maid aje... tak lama kemudian, Kak Laili bersama suami dan anak2 pun tiba... Petang tu kami dijamu dengan roti jala.. sempat lagi kak Laili sediakan walaupun dia org baru aje pulang... Hajat nak teruskan tour ke kediaman Abg Marzuk terpaksa dibatalkan memandangkan agak lewat kami maklumkan kepada beliau... Waktu aku call... dia baru aje tiba di kediaman sahabatnya di Mont Kiara bagi memenuhi jemputan rumah terbuka... Selesai di sana, kami semua bergerak pulang ke kediaman masing2 memandangkan dah nak masuk waktu Maghrib...


Hajat kami nak mengemas rumah malam tu tak kesampaian memandangkan dah keletihan... Selepas Isya' terus masuk tido... Cadangnya nak kemas rumah selepas selesai Subuh... Bila aku selesai aje Subuh... rumah kami dah pun bersih siap bermop sekali... rupanya.. si Fakhrul buat keje seroang2 malam tu... Terima kasih banyak2 ye... Ada harapan jadi anak buah favorite lepas ni...






Isnin, 7 Syawal... majoriti warga kota sudah kembali ke pejabat.. aku & darling masih lagi bercuti sebab mengikut perancangan asal... pagi tu baru kami sepatutnya bertolak pulang dari Tepen... Hari tu.. aku akan habiskan masa di Damansara... kebetulan, Azmer yang turut cuti pada hari berkenaan mengajak kami makan tengahari di kodai Gomok milik pelakon terkenal, Bob KU2 di area Damansara... selesai makan tengahari... wife aku terus ke Klang utk hantar pulang 3 Trio Tahfiz kami sementara aku dan Azmer lepak bersama-sama di kediaman Aunty Tun. Hari tu aku memang tak kemana-mana sebab nak kasi si Kiki & Koko betul2 kenal dengan rumah tu... Once dia org dah okey.. barulah boleh dia org boleh stay dekat sana...




Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan rutin Aidilfitri kami tahun ini. Kami juga ingin memohon maaf kepada Bapa2 saudara, Mak2 Saudara & rakan-rakan sekalian yang tak sempat kami nak berkunjung ke rumah utk beraya bersama... Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin....


.

No comments:

Post a Comment