Sunday, September 25, 2011

VW @ Bukit Jalil...





Pada 10 & 11hb September 2011, VW das auto telah mengadakan perasmian dan pameran model-model terbaru Volkswagen yang akan dipasarkan di Malaysia. Pameran dilangsungkan selama 2 hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya akan menghimpunkan peminat-peminat automotif terutamanya peminat Volkswagen. Aku yang amat meminati dunia permotoran sejak dari kecil lagi sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini apatah lagi pameran dilangsungkan berdekatan kediaman kami.


Perancangan kami nak menyaksikan pameran tersebut pada hari pertama tidak kesampaian memandangkan ada agenda-agenda lain yang perlu kami penuhi. Sabtu, 10hb Sept 2011, selepas selesai breakfast dan bersantai di rumah, kami ke workshop Seng Cheong utk hantar Kancil menjalani rawatan memandangkan radiatornye dah mula tersumbat... Dari Seng Cheong, kami bergerak ke Kg. Malaysia Tambahan bagi memenuhi jemputan perkahwinan rakan opis aku, Azarina bersama pasangan pilihannya. Jalan agak sesak ketika itu, al-maklumlah... ramai warga KL yang ambil peluang utk mengadakan open house sempena Aidilfitri. Kesesakan tersebut membuat kami risau memandangkan kami dah buat temujanji dgn En. Mail & Kak Lidza utk convoy bersama-sama ke kediaman Kak Kam (Hjh Kamsiah Abu) & Haji Zul selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan Azarina. Mereka yang dah tiba lebih awal terpaksa menunggu kami di majlis kenduri berkenaan.


Selesai kami menikmati hidangan di majlis perkahwinan tersebut, kami bersama En. Mail & Kak Lidza pun memulakan perjalanan ke kediaman Kak Kam utk majlis open house. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan tak sesat walaupun first time datang ke kediaman baru Kak Kam di TTDI Jaya. Di sana, hidangannya sangatlah istimewa dan menyelerakan... sayangnya, tak boleh nak makan banyak-banyak sebab dah kenyang makan kenduri tadi. Di rumah Kak Kam.. kami dihidangkan dengan nasi arab... kambing... ayam... satay... kuih muih.. dan banyak lagi... Apasal le aku gi makan banyak masa kenduri tadi.. sabo ajelah.. Actually, Kak Kam ni adalah ex-Manager aku yang dah pun bersara... Kini beliau banyak menghabiskan masa dgn bisnes... kelas Agama dan menulis novel... Dah biasa active.. bila dah pencen pun tetap active jugak...



En. Mail & Kak Lidza @ Kg. Malaysia Tambahan..




Bersama En. Mail di kediaman Kak Kam..




Bergambar kenangan bersama Kak Kam & Kak Lidza




Hari berikutnya, aku merealisasikan hajat aku untuk melihat pameran VW anjuran VW das auto. Seawal jam 10.30 pagi, kami dah tiba di perkarangan stadium nasional bukit jalil. Masa tu pun orang dah que panjang... mujurlah ada krew-krew Sinar FM melayan para pengunjung yang sedang beratur menunggu giliran utk masuk ke dewan pameran. Hanya 300 pengungjung sahaja yang dibenarkan masuk dalam satu masa. Mulanya, pengunjung akan dibawa ke dewan pertunjukan bagi menonton persembahan video dan perasmian kenderaan-kenderaan VW yang akan dipasarkan. Setelah selesai persembahan, kami semua akan dibawa ke ruang pameran bagi menyaksikan dengan lebih dekat lagi model-model berkenaan. Sebanyak 9 model telah dipamerkan utk tatapan para pengunjung yang terdiri daripada Polo, Polo GTI, Golf, Golf GTI, Scirocco, Eos, Passat CC, Tiguan & Touareg. Terdapat tambahan model yang dipertontonkan ketika persembahan perasmian tetapi sayangnya tidak dapat tengok dengan lebih dekat.. antaranya, new Beetle & stationwagen.


Selesai di dewan... kami sambung layan VW yang dipamerkan secara unofficial oleh pemilik2 VW. Ini kira macam pameran vintage le... antara model yang dapat dilihat adalah seperti classic beetle, Golf 90's, karmann ghia, kombi dan lain2... Memandangkan kami tak sempat nak breakfast pagi tu.. selesai aje di Bukit Jalil, kami terus ke Giant Kinrara bagi melepaskan rindu utk menikmati juadah di Old Klang Road Kopitiam...



Para pengunjung yang sabar menunggu giliran..














































Masih ramai pengunjung yang beratur sewaktu kami keluar dari dewan



Kombi..


Golf GTI 90's






Classical Beetle


Karmann Ghia




Antara Classical Beetle yg comel..




New Beetle


My darling @ Old Klang Road Kopitiam...


.

No comments:

Post a Comment