Tuesday, February 7, 2012

Maulidur Rasul 1433H - Feb 2012



Bila tiba hari Maulidur Rasul... Kebanyakkan Masjid dan Surau akan mengadakan majlis Selawat dan Tazkirah sempena memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun, kerajaan pusat mahupun kebanyakkan kerajaan negeri akan mengadakan majlis perarakan sambil berSelawat ke atas Nabi junjungan kita... bak kata Ustaz Idris Ismail dalam kuliahnya yang sempat aku ikuti baru-baru ini... "Tidak salah kita buat perarakan seperti itu... tetapi, itu bukanlah apa yang Rasullullah S.A.W. mahu daripada kita..." apa yang Baginda mahukan adalah kesinambungan perjuangan dakwah yang ditinggalkan oleh Baginda dan para sahabat. Perjuangan memartabatkan Agama Islam. Perjuangan menegakkan syiar Islam. Perjuangan membina empayar kerajaan Islam yang rakyatnya hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W. Persolannya, sudahkah kita menunaikan tanggungjawab tersebut yang menjadi tanggungjawab setiap umat Islam yang berpegang kepada Syahadah. Ataupun kita terus alpa mencari bekalan dunia untuk besarkan keturunan dengan material yang akhirnya akan menjadi bahan bakar kepada kita di hari akhirat nanti. Sibuk mencari bekalan harta untuk kehidupan dunia yang pasti akan ditinggalkan tidak lama lagi. Sebenarnya, tujuan Allah kurniakan zuriat kepada kita adalah untuk memastikan perjuangan yang di bawa oleh Rasullullah S.A.W. akan terus disambung hingga ke hari kiamat... berapa ramai diantara kita yang sedar tentang hakikat ini? Renung-renungkanlah....


Sabtu, 4hb Feb 2012.... kami memulakan perjalanan pulang ke Tepen seawal jam 5.30 pagi... Singgah sebentar di hentian Ladang Bikam bagi menunaikan Solat Subuh dan di hentian Tapah untuk sarapan pagi... semasa di Tapah... kami cuba kedai yang agak baru bagi kami... "Tu dia... Pak Tam". Restoran yang terletak di antara KFC dan food court. Tempatnya luas, ada banyak pilihan... Briyani, mi, roti bakar & juga nasi lemak... kebanyakkan food ada tanda harga kecuali utk nasi lemak... pagi tu, aku makan waffle aje... darling aku yang nak test nasi lemak tu dia... pak tam ni... Bila time bayo... memang tu dia le... sepinggan nasi lemak dengan 2 keping sotong kering dan telur goreng.... harganye... RM10.30.... kalau sedap tak ape le jugak... aku rasa, baik dia letak nama kedainye... "tu dia... mahal nak mampos...Pak Tam..." Sabo ajelah...


Alhamdulillah, by 9.30pagi kami selamat tiba di Tepen... setibanya kami di rumah, Pak Ngah & Tok Mami ajak teman deme breakfast dekat port baru... gerai makan dalam kawasan Masjid Kg. Jambu... Ok jugak makan dekat situ... food dia pun boleh tahan... parking pun senang... Dua kali le kami breakfast pagi tu....




Sebelah petang, kami spent time dengan si D'boy and Dina di kediaman parentku di Kota Jaya.... hobi baru si D'boy... layan Ultraman dekat Youtube... habis berebut laptop dengan atok & mak su... Atok nak layan oldies... mak su nak layan korea... dia pulak nak layan ultraman.... macam biasa... yg menang dah tentu le si D'boy....






Ahad, 5hb Feb 2012, dari Kota Jaya... kami ke kediaman Opah.. Kali ini, si Dina join sekali... saje nak ikut Pak Ngah dia... Dari kediaman Opah, kami merayau-rayau dekat pekan Tepen.... cuaca panas membawa kami ke Chendol BISMILLAH... gerai chendol yang paling terkenal di Malaya... Dalam perjalanan pulang, kelihatan car wash Gujapa agak lengang... so, terus singgah kasi mandi kereta yang agak lama tak mandi....




Aktiviti sebelah malam... majlis sambutan Maulidur Rasul bersama pejuang Islam Kg. Boyan... majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah.... Majlis Selawat... diikuti dengan Solat Isyak berjemaah, Solat Sunat Hajat, jamuan makan malam dan kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ismail. Antara peringatan yang sempat disampaikan oleh Ustaz pada malam tu adalah berkenaan "Siasah" atau politik dalam Islam. Ramai beranggapan yang Islam hanya sekadar amalan dan tidak perlu penglibatan politik. Hakikatnya, politik dalam Islam telah pun wujud dari zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Ianya dikenali sebagai Siasah. Buktinya adalah penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah. Baginda ke kota Madinah dengan usaha untuk membangunkan kerajaan Islam yang pertama. Selepas itulah kerajaan Islam berkembang menjadi satu empayar besar di seluruh dunia. Pada hari ini, empayar itu sudah semakin rapuh dan menjadi tangunggjawab kita semua untuk terus mengembangkannya semula. Jika Islam tidak memerintah dan hanya menjadi penasihat sesebuah kerajaan, bagaimana segala sistem, undang2 dan akhlak Islam terjamin akan pasti digunapakai? Pemimpin sesebuah masyarakat sepatutnya adalah mereka yang benar-benar berpegang pada ajaran Islam. Pada zaman ini, sistem pilihanraya menjadi penentu kepada kita untuk memilih kepimpinan. Bayangkan, sekiranya hajat nak membangunkan kerajaan Islam ini gagal disebab satu undi. Dan bayangkanlah jika satu undi itu adalah berpunca daripada undi kita yang tidak hadir membuang undi atau masih tidak berdaftar sebagai pengundi.... Bertapa murkanya Baginda Rasulullah S.A.W. kepada kita nanti. Apa kita nak jawab pada Baginda nanti? Majlis berkenaan tamat kira2 jam 11.00 malam....

















Isnin, 6hb Feb 2012... pagi tu aku luangkan masa di kediaman parentku sementara darlingku bersama ibu mertuaku serta anak2 buah buat road tour ke Gunung Semanggul.... di kediaman parentku, tengahari tu abang & kakak iparku open table (KFC)... siap ada original recipe. Dah bertahun juga aku tak menikmati OR... asyik layan hot & spicy aje... teringat zaman kanak2 dulu... Anyway, thanks for the lunch... Hidangan minum petangnye pulak... my mom sempat buat bubur durian... antara makanan kegemaran zaman kanak2 dulu... bile balik kampung... asyik makan aje... rosak diet gua seketika...





Selasa, 7hb Feb 2012... selesai Subuh, kami pun bersiap-siap untuk pulang ke ibu kota.... dalam perjalanan, kami sempat singgah breakfast di kedai Kak Saira... actually, dari 1st day lagi nak pergi tapi tak berkesempatan... pagi tu.. singgah jugak le... nanti takut kempunan pulak.... dari kedai kak Saira, kami singgah ke kediaman parentku sebelum meneruskan perjalanan pulang... Alhamdulillah, by 11.30am dah selamat tiba di ibukota... Setibanye kami di rumah, apa lagi... terpaksa le dengar si Kiki & Koko berleter....




.

No comments:

Post a Comment