Sunday, July 8, 2012

Last 2 Weeks...


Dah 2 minggu aku tak update blog nie.... bukannye tak ade bahan... cuma tak berkesempatan nak luangkan masa nak mengadap bende ni... Kita mulakan dgn apa yg dah berlaku 2 minggu yg lalu...

Sabtu, 23hb June 2012, darlingku telah sudi meluangkan masa utk menyediakan juadah istimewa makan tengahari utk practical student aku... minggu tersebut merupakan minggu terakhir si Rashidah berkhidmat di bawah penyeliaan aku... beliau yang hadir bersama boyprennye yang ramah & sporting tu telah dihidangkan dgn nasi briayani, kambing, ikan merah masak cili dan sayur oyster prawn hasil karya darling gua... Selepas kenyang & berborak2... deme pun beransur bagi meneruskan program hujung minggu deme...

Buat Rashidah, semoga berjaya dalam apa jua bidang yg akan diceburi nanti.. Anyway, thanks for the present... kawin nanti jangan lupa jemput ye...



Minggu berikutnya, Sabtu 30hb June 2012... sewaktu tengah lepak dkt car wash, aku menerima panggilan telefon daripada sepupu wife aku, Abg Bad... beliau yg ketika itu berada di UM, menjemput aku & darlingku utk hadir bersama menyaksikan persembahan Rais bersama band sekolahnya... kami yang kebetulan memang ada kelapangan bergegas ke UM petang tu juga utk menjemput Abg Bad sekeluarga supaya boleh bertandang ke rumah kami sementara menunggu waktu persembahan yang akan mula jam 8.00 malam... Rais tak dapat turut serta bersama kami di Aman Heights memandangkan beliau kena standby bersama bandnya utk persiapan persembahan malam tu...

Semasa di Aman Heights, sempat le deme berehat sebentar sebelum kami meneruskan aktiviti makan malam di kedai Rela Bukit Serdang... Selesai dinner, kami bergegas ke UM utk menunaikan solat Maghrib dan terus ke auditorium bagi mengambil tempat bagi menyaksikan persembahan... Persembahan yang diadakan adalah persembahan tahunan Sekolah Seni Johor Baharu utk pelajar2 tahun akhir mereka... walaupun ini merupakan tahun kedua Rais belajar di sekolah tersebu, ini merupakan tahun kedua beliau terlibat dalam persembahan pelajar tahun akhir sekolahnya... Mungkin disebabkan bakat Rais dalam memain serunai dan alat2 muzik lain, beliau telah menjadi pemuzik wajib persembahan tahunan sekolahnye... Berdasarkan pengalaman kami dalam menyaksikan persembahan2 muzik di Auditorium Perdana mahupun Istana Budaya, persembahan budak2 sekolah ini sebenarnya dah sama standard...Tahniah buat Rais yang dah diberi peluang utk mengadakan persembahan seumpama itu dari awal usia 13 tahun.... Apa2 pun.. jangan hanyut sudah le... life musician ni banyak dugaannye... Kena jaga iman, Insya Allah tak hanyut... Show selesai hampir jam 11.00 malam, kami pun pulang ke Aman Heights sementara Abg Bad sekeluarga meneruskan perjalanan ke Pahang walaupun dah puas kami pujuk suruh deme bermalam di kediaman kami...


No comments:

Post a Comment