Sunday, May 15, 2011

Gelanggang Kembali Dibuka - May 2011





Selepas beberapa bulan menggantung racket... Alhamdulillah, pada 7hb May 2011, gelanggang badminton di Aman Heights kembali bergegar... Sessi kali ini disertai oleh lebih ramai pemain. Jika dahulu, hanya sahabat terdekat sahaja yang akan turun padang, kali ini.. rakan2 sepejabat juga turut sudi meluangkan masa utk menjayakan sessi. Seperti biasa, sessi kami tetap akan dilangsungkan pada setiap hari Sabtu jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Antara rakan-rakan yang telah sudi menjayakan sessi pembukaan tempoh hari adalah seperti Mat, Shyfull, Kahar, Afdzal, En. Mail, Haniff, Zam, Epy dan seorang lagi sahabat mereka. Actually, ramai lagi rakan yang sepatutnya hadir tetapi tidak muncul disebabkan komitmen lain. To all my friends, anda juga turut dipelawa hadir. Selain drp badminton, swimming pool juga turut dibuka utk anda berriadah... Welcome to the club....



















Teka siapa nie...







It's Afdzal...









.

Happy Birthday... Apr/May 2011


.



Selepas selesai menonton konsert Wings Opera Hidup, aku terpaksa membatalkan hajat aku utk terus pulang ke kampung sbb aku hanya tiba di rumahku jam 1.00++ pagi. Dalam keadaan yg keletihan dan mengantuk apatah lagi nak memandu seorang diri di Highway.. sangatlah merbahaya... wife aku pula... sudah selamat di cilok oleh cousinnya utk dijadikan co-pilot si cousinnya itu pd mlm tu jugak. Macam petanda aku nak kena cari co-pilot baru agaknye.... Perjalan aku pulang ke Tepen hanya dimulakan keesokan paginya, Jumaat, 29hb April 2011 .




.
Hari Jumaat tu, sepatutnya aku menziarah sahabatku, Japri yg masih bergelar pengantin baru. Malangnya, temujanji tu terpaksa ditangguhkan memandangkan si Japri sibuk dengan tugasannya. Maka, waktu temujanji tu digantikan dengan aktiviti makan malam bersama abg ipar dan ibu mertuaku di warung lebuhraya yg terletak disebelah kiri selepas persimpangan tol Changkat Jering. Thanks to Adin yang telah recommend kedai ini. Actually, kedai ini mmg kedai favorite si Adin. 1st time aku makan dkt situ... mmg sedap....





Tengah sabar menanti hidangan...





Lazatnye...





.
Temujanji dengan Japri hanya berlangsung keesokan paginya. Selepas selesai breakfast bersama keluarga dikediaman parent aku, kami terus bergegas menuju ke rumah Japri. Sempatlah jumpa dengan Japri dan keluarganya dlm setengah jam... Jam 10.00 pagi, Jap nak kena bertugas pula. Al-maklumlah, dah jadi suami orang ni.. kenalah kerja lebih kuat... esok2 boleh jadi bapa orang pulak... Buat Japri & Isteri... sorrylah sbb tak dapat balik masa kenduri hari tu... apa2 pun... Selamat Pengantin Baru... Semoga berbahagia ke akhir hayat... Buat ayahanda & bonda Jap pula... Selamat Menyambut Menantu dan menimang cucu kelak...





Loving couple...




Bersama family Japri...






.

Selesai di kediaman Jap, kami singgah sebentar ke rumah Komeng sebelum pulang semula ke Kampung Boyan utk bersiap2 nak berangkat ke Bukit Mertajam... Hajat kami nak tengok anak Komeng tak kesampaian bila hon dan panggilan kami tidak dijawab. Tiga kali call.. tak berangkat pulak... Mana pulak le Mamat nie pergi.. Sbb nak mengejarkan Bkt. Mertajam.. kami terpaksa skip aktiviti melawat anak Komeng tu... Tujuan kami ke Bkt. Mertajam adalah untuk melawat ayah saudara wife aku yang sedang uzur. Pak Cik, bapa kepada Azura menghadapi sedikit masalah utk membuang air kecil. Secara teorinya, mungkin akibat drp kurang pengambilan air kosong. Alhamdulillah, kondisinya agak stabil. Apa-apapun, marilah sama-sama kita doakan agar beliau akan kembali sembuh seperti sedia kala.


.



Sebelah petang di kediaman Opahku.... Satu majlis sambutan hari jadi bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak buahku, Dina dan cousinku Shakira (anak mak su) telah diadakan dengan jayanya... menu kali ini agak berlainan... bukan lagi bihun sup.. tetapi nasi minyak serta lauk pauk yg ditempah khas drp caterer kegemaran keluarga kami iaitu En. Shariff. Selain daripada Dina & Shakira... ramai lagi sahabat2 terdekatku yg akan menyambut ulang tahun mereka pd bulan April dan May ini... Antara yg aku tak lupa ialah Mat (30hb Apr), Alan (4hb May), Ashraf (anak Mat: 5hb May) dan darling aku sendiri Nur Fatiah Mohammad Zaini (12hb May). Buat kalian semua, Selamat Hari Jadi... seperti biasa.. peringatan yg akan aku berikan setiap tahun... makin lanjut usia kita... maka makin dekatlah kita dengan hari kematian... maka, banyak-banyaklah pertingkatkan ibadat dan taubat... Dah samakin suntuk masa utk kita sebenarnya...






Happy.. mcm faham aje




Wajah jelouse si D'boy.. Mujur Opah hadiahkan mainan lori dkt dia..




.
Satu lagi perkara menarik yang kami discover pd sebelah malam hari Sabtu, 30hb Apr 2011.. Tepen also got downtown... bukan dkt batu 2 1/2 tu.. tapi dekat centre of Tepen... dkt kawasan BSN berdekatan sekolah King Edward... Rasanya tempat ni baru lagi... sbb orang pun tak berapa ramai lagi... Cuma yg peliknye... kalau dkt tengah2 pekan pun panggil downtown jugak ke? Bukan uptown ke?







.
Selain drp Dina yg dapat banyak hadiah masa majlis hari jadinya tempoh hari... Si D'boy pun tidak ketinggalan... Sebelum kami berangkat pulang ke KL pada hari Ahad, 1hb May 2011... kami sempat buat upacara penyampaian hadiah buat D'boy di kediaman parent aku... Disebabkan minatnye yang mendalam terhadap karektor Ultraman... apa aje produk Ultraman yg kami jumpa... kami akan grab utk dia... kali ini kami sempat tangkap underware ultraman dan patung a group of ultraman utk tambah koleksinye... Insya Allah.. kalau jumpe produk2 Ultraman yg lain... nanti kita beli lagi yee.... Idup Conos (Cosmos).








Tgh Khusuk layan KFC...



.

Monday, May 2, 2011

Wings Opera Hidup Istana Budaya...







28hb April 2011, aku berkesempatan turun menyaksikan persembahan konsert Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya. Thanks to Ujang & Nan atas usaha dan ehsan mereka dalam mendapatkan tiket untuk aku hadir ke show yang paling hebat yang pernah aku hadiri. Officially, konsert Wings Opera Hidup berlangsung pada 29 April hingga 01 May 2011. Show yang aku hadiri pada 28hb ni adalah show preview yang dibuat khas utk para media dan rakan-rakan.

.


Aku tiba di Istana Budaya seawal jam 6.00 petang... saja datang awal sebab tak nak berebut parking. Petang tu, sempat layan Harley Davidson yang dipamerkan di perkarangan Istana Budaya. Selepas selesai solat Maghrib di surau Istana Budaya, aku pun menuju ke cafe Istana Budaya utk lepak bersama Ujang & rakan2 sanbil pekena teh tarik sementara menunggu show bermula. Ramai otai-otai Rock dan para selebriti turut hadir bersama. Antara yang kelihatan malam tu adalah seperti Pak Din (bapa Rodhi Kristal), Rahmat Mega, Kumpulan Kristal, Kumpulan Jinbara, Ali Terrarossa, Ujang Exist, Yazid Search, Hattan, Nash, Ramli Sarip, Yantzen, Edrie Hashim, Dafi, Azlan Typewriter, Gambit, Kenjy Sawahi, Radhi Khalid dan ramai lagi.


.


Lebih kurang jam 8.40 malam, aku dan Nan masuk ke dewan utk mengambil tempat bagi menyaksikan show yang dinanti-nantikan. Lebih kurang jam 9.00mlm, konsert pun dimulakan. Terdapat dua versi persembahan bagi projek Wings Opera Hidup Istana Budaya ini. Wings & Superfriend (Unplugged) akan diadakan pada waktu petang dan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan akan diadakan pada sebelah malam. Ujang hanya akan terlibat dalam persembahan Wings & Superfriend yang turut akan melibatkan otai2 seperti Hillary, Yazid, Edrie Hashim, Man Kidal, Nash, Yantzen, Mus, Hattan dan ramai lagi. Persembahan bersama Orkestra hanya akan melibatkan mereka2 yang pernah mengganggotai kumpulan Wings seperti Awie, Joe, Eddie, Black, Jojet, Sham, Mus dan Mel. Kesimpulannya, show ini adalah show terbaik yang pernah aku hadiri. Tahniah buat semua yang terlibat...


Sportster 1200 Low



Sportster 883



Another Sportster 883 (my favorite)







Rocker






Nan & Ujang




Aku & Ujang..




Aku, Ujang, Nan & Lan (Typewriter)













Bersama Rocker




Ultra Glide..




Nan bersama Rocker...




.


HC's Tigers - Champion Dart...











Demam dart telah bermula di division HR sejak dari awal March 2011. Ini semua gara-gara pentandingan dart yang telah dianjurkan khas untuk anggota-anggota Human Capital. Sebanyak 8 pasukan telah mendaftar bagi merebut kejuaraan. Setiap pasukan akan diwakili oleh 5 anggota. 3 kategori akan dijalankan serentak dalam satu perlawanan bagi setiap kumpulan. 3 kategori yang dimaksudkan adalah perseorangan, bergu dan bergu campuran.


.

Daripada 8 pasukan, 3 pasukan merupakan wakil daripada section tempat aku bertugas. Wakatah yg diketuai oleh sahabat kita, Robitah. 10U Darts yang diketuai oleh En. Kahar dan HC Tigers yang diketuai oleh aku sendiri. Pemain-pemain HC Tigers terdiri daripada Fairul (Single), Azah & Mona (Double) dan Zulhisham & Kak Lidza (Double Campuran). 2 daripada 3 pasukan section kami telah ke peringkat separuh akhir. Pertandingan akhir telah pun berlangsung pada 25hb April 2011 yang menemukan pasukan HC BO vs HC Tigers. Keputusan akhir petandingan, HC Tigers telah dinobatkan sebagai juara diikuti dengan HC BO ditempat kedua dan 10U Darts yang dipimpin oleh saudara Kahar telah memenangi tempat ketiga. Berikut adalah antara shot yang sempat diambil sepanjang perlawanan tempoh hari.





HC Tigers : Dari kiri, Robitah (ganti K. Lidza), Fairul, Zul, Azah & Mona











Detik kemenangan kategori single



Bergambar dengan wakil pihak lawan, En. Rosli Ismail (selepas pertandingan)



Detik kemenangan bergu campuran & keseluruhan



Zulhisham, menjadi penyelamat sewaktu kami terikat 1-1



Tempat Ketiga, 10U Darts: dari kiri, Epy, Afdzal, Zam & Kahar bergambar bersama En. Khalis (CHCO) & Dr. Zainal




Naib juara, HC BO bersama CHCO & Dr Zainal



HC Tigers bersama replika cek utk Juara keseluruhan



Bersama para penonton dan crew yang hadir semasa pertandingan



Thanks to organizer and all supporters...

.