skip to main |
skip to sidebar
Mungkin ramai yg dah dapat gambo2 yg aku paparkan dkt sini. Gambo MPV 7 seater keluaran terbaru Proton yg akan dilancarkan pada bulan April 2009 ini. Nama pun dah diconfirmkan. Proton Exora. MPV ala2 Grand Livina or Wish ni, khabarnya akan meggunakan enjin Campro CPS. Selain dpd itu, ianya juga akan dilengkapi dgn 2 SRS Airbag sebagai standar modelnye. Harga yg ditawarkan adalah di bawah RM 80,000. Sesiapa yg ada plan nak tukar kete dlm masa terdekat nie, baik kome tunggu aje le lepas kete ni keluar. Dah tak lama dah, 1 bulan lebih aje lagi. Kalau nak booking, dah boleh booking bermula 21hb Februari 2009 di kedai2 Proton berdekatan. Dkt bawah ni ada beberapa keping gambo lagi utk tatapan umum. Setakat itu aje info yg aku dpt pasal kete nie. Kalau nak lebih2 cari sendiri le....
Perjumpaan rakan-rakan seTepeng bersempena menyambut Aidilfitri & kepulangan Mohd Izwan Ibrahim sekeluarga yg pulang ke tanah air sempena cuti Hari Raya telah diadakan pada 7 October 2008 bertempat di Warung Pak Mydin, Equine Park, Seri Kembangan. Kira-kira 12 tetamu telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Antaranya ialah Izwan, Amin, Robitah, Mat, Ayie, gua & terima kasih tak terhingga kpd Alan yg sudi hadir dari Johor semata-mata utk majlis tersebut. Turut meluangkan masa adalah dua org baby comel spt yg dpt dilihat dlm gambar sebelah ni, En. Ashraf & Cik Milya.Majlis berlangsung lebih kurang dari jam 8.00 malam hingga jam 10 ke 11 ke. Aku pun dah tak ingat sangat. Tetamu yg paling awal sampai dkt Warung Pak Maidin pd hari tu ialah Mat & Family dan paling lewat sekali ialah En. Amin kita yg terpaksa menunda perjalanan disebabkan ada kunjungan tetamu dirumahnye. Apa2 pun Alhamdulillah, semua yg hadir sempat la berjumpa & berbual sesama sendiri. Sebenarnya, ramai lagi yg dipanggil ke majlis tersebut, tapi sayangnya mereka tak dpt hadir kerana sibuk dgn tugas masing2. InsyaAllah, jika ada rezeki & panjang umur, kita buat lagi gathering mcm nie. Best siott. Gambo2 yg ada nie gua cilok dari Izwan. Cameraman bertugas pd mlm tersebut adalah saudara Ayie (Shahril) & Izwan sendiri. Gua tak terlibat sbb tak belajo lagi teknik2 menggunakan camera canggih2 mcm deme berdua.
Sabar menanti rakan2 yg belum sampai sebelum memulakan langkah
Entah ape le yg deme bualkan, aku tak perasan sbb dok hujung sana
Bila nak sampai nie? Perut ku dah berbunyi nie
Kita org tgh bincang projek juta2 punye...
Ayie selaku cameraman rasmi majlis. Gambonye tak anto jugak. Bila nak anto ni Bro?
Kenangan semasa menyambut Aidilfitri 2008. Mcm biasa, aku & wife aku x ada masalah sbb Kg. kami sama je, Tepeng. Hari Raya pertama, Selepas solat sunat Idul Fitri, kami sambung breakfast kat umah ibu mertuaku di Kg. Boyan. Selesai makan, kami buat sessi penyerahan duit raya dkt kanak riang yg ada di rumah tu. Lepas tu aku & wife akan berangkat ke umah Opah aku kat Simpang sebelum pergi beraya kat umah Mat. Dah sattle, kita berangkat ke rumah Jap kat Matang dan terus ke rumah keluarga sebelah wife aku dkt Gunung Semanggul. Selesai di Gunung Semanggul kami akan bermalam di rumah org tua ku sbb family aku akan buat Open House pd raya kedua. Jadual tu standard aje. Tiap2 tahun pun mcm tu.Raya tahun ni special sikit sbb uncle aku 1 family beraya sekali dkt umah parent aku. Selalu jugak dia orang beraya dkt sini cuma bukan tiap2 tahun le. Sempat jugak aku & wife bawa sepupu aku berjalan2 dkt Bukit Merah Laketown Resort. Tapi mlgnye gambo kat umah Opah dgn umah parent aku terlupa pula nak tangkap masa tu. Sabo aje le.Balik KL, kami buat Open House pd hari Sabtu selepas cuti raya. Masa tu tak le sibuk sgt org buat open house. Majlis bermula seawal jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 12.00 tgh malam. Alhamdullilah, ramai juga yg sudi hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Open house tersebut merupakan majlis Aidilfitri terakhir yg diadakan di kediaman kami di Puncak Jalil. InsyaAllah dlm bulan April ni kami akan berpindah ke kediaman baru kami yg masih dlm pembinaan. Apapun, setinggi-tinggi penghargaan kpd semua yg hadir pd majlis tersebut dan tak lupa juga kpd rakan2 yg turut membantu bagi melancarkan majlis tersebut. InsyaAllah, ada rezeki tahun ni kita buat lagi dkt rumah baru pulak.
Ketika santap selepas Solat Sunat Aidilfitri di Kg. Boyan
Kena serbu dgn budak2 yg tunggu duit raye
Sessi penyerahan wang ehsan kerajaan negeri kpd barisan Exco
Ketika di rumah keluarga wife aku di Gunung Semanggul
Ya Mahmood ketika berkunjung ke Kg. Boyan
Fatiah bersama anak2 sepupunye semasa di Bkt. Mertajam
Fatiah bersama sepupu ku Shakira & Nadia di Tasik Bukit Merah
Semasa berkunjung ke Bukit Merah Laketown Resort
Ketika menaiki bot ke Pulau Orang Utan
Antara Orang Utan yg sempat dilawati
Bergambo kenangan di Pulau Orang Utan
Kami pun nak jugak
Semasa majlis baru nak bermula. Thanks for your help, Bro. Jasa mu tetap ku kenang.
Antara tetamu kehormat yg sampai seawal majlis bermula. Ni le boss aku. Penulis Novel tu.
Antara orang2 kuat yg membantu kelancaran majlis
Antara Menu yg dihidangkan pd majlis tersebut
Sungguh menyelerakan
Fatiah bersama anak2 buah nye yg cun2 & hensem2
Terpaksa menyambut tetamu dgn payung sbb hujan lebat ketika itu
Antara bayi2 yg sudi hadir menjayakan majlis
Ya Mahmood menunjukan aksi lasak bermain dgn api
Rakan opis ku, Najibah & Hubby
Spacey turut bersuka ria bersama sepupu2nya
Kak Lidza bersama En. Mail. Dua anggota cemerlang di organisasi ku.
Antara rakan opis ku yg turut hadir menjayakan majlis
Abg Long, sempat enter frame masa sessi menjamu selera
Yg ini bukan Harianto dlm TV. Ni member aku yg sentiasa akan hadir tiap kali aku buat majlis.
Uncle Halim & Wifenye. Ini le parent sepupu aku masa pegi Laketown tu.
Kesian sepupu aku 2 org nie. Sampai kena duduk dkt tangga masa org tgh ramai
Rakan-rakan office Cyberjaya. CK & Hubby
Aku tak sempat nak makan. Tengok aje le...
Dua chef yg membantu aku sdg duduk Charge battery agaknye
Usop (Tourism) bersama Mat Wife & anak dia?
Muhaimi (Tourism) bersama wife dia
Haa... ada pun si Ashraf Sinclair tu
Chef Alim bersama resepi Kerang Jawa Bakar nye
Dr. Ismadi membincangkan hala tuju parti bersama abg iparku
Adin bersama bakal menantu Cikgu Arshad
Membincangkan hala tuju keluarga di Kampung
Antara rakan RTM yg sudi hadir memeriahkan majlis
Fiza & Hubby serta babynye
Dr. Ismadi sempat berbincang sebelum berangkat pulang
Nan bersama Cewek2 nye. Si Ujang dah dua kali tak datang.
Jemputan wajib hadir, Yan, Bitah & Nazri (Husband Bitah)
Ahli Exco terpaksa tgk TV dari bawah meja. Tak ada space
Angah & Bakal serta Wan & anaknye
Ewin & Wan sempat bergurau manje. Mengade-ngade le
Aku yg keletihan sehingga ketawa seorang diri
Antara tetamu terakhir yg terpaksa dihalau balik
Aku sempat berbincang hala tuju masing2 sebelum mereka balik
Tak balik-balik lagi rupenye. (Tetamu penutup Majlis 2008)