
Friday, June 5, 2009
Derma Masjid As Sahabah, Bosnia

Wednesday, June 3, 2009
Teh Tarik Session - 4th June 2009

Tuesday, June 2, 2009
Islam Di Malaysia - Part 3

Baru2 ini, Tuan Guru ada menyatakan yg Malaysia perlu melahirkan lebih ramai Ulama’ Professional utk memimpin negara ke arah kebenaran. Dlm erti kata lain, kita amat memerlukan pemimpin yg hidup bercirikan Ulama’, dlm masa yg sama beliau juga adalah org yg mampu membimbing kita menghadapi cabaran kehidupan di zaman teknologi serba moden utk mencapai kemajuan dan kejayaan di dunia & di akhirat. Adakah keputusan yg dibuat baru2 ini ada kaitanya dgn saranan ini? Yg pastinya, sekiranya keputusan itu diimplemenkan, ianya pasti akan menjadi penghalang di peringkat awal.
Jika dilihat semula sejarah Tanah Melayu, Islam mula tersebar sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka melalui pedagang2 Arab, Cina & India. Kaum Melayu mula menganuti Islam secara keseluruhannya apb Sultan sendiri menganut Islam dan menjadikan Islam sbg Agama utama. Aku yakin, sistem pemerintahan & perundangan Islam yg sebenar telah diamalkan pd ketika itu. Ala-ala filem Semerah Padi. Sistem ini mula terhakis sedikit demi sedikit apabila penjajah datang menjajah Tanah Melayu. Akhirnya, sistem pemerintahan Barat yg dibawa oleh British telah diangkat dan diagungkan oleh pemimpin2 kita sehingga ke hari ini.
Lebih meburukkan keadaan lagi apb ada pemimpin2 yg menjadikan Yahudi sbg mentor dlm kepimpinan. Akhirnya, semakin ramai anak2 Melayu yg dah tak kenal tulisan jawi. Semakin ramai org2 Islam di Malaysia yg hidup mengikut budaya barat yg jelas telah tersasar jauh dari kehidupan seorang Muslim. Islam meraka hanya sekadar Solat, Puasa & Haji sahaja. Itupun bagi mereka yg beringat. Yg pasti, lebih ramai org Islam di Malaysia yg Islamnya hanya sekadar di kad penegenalan sahaja. Dan hakikatnya, lebih ramai org munafik daripada org Islam yg sebenar walaupun peratusan di Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan majoriti penduduk Malaysia beragama Islam.
Teringat aku akan cerita Ustaz berkenaan para sahabat Rasulullah S.A.W. yg syahid di medan pertempuran. Walaupun mereka adalah insan2 kesayangan Rasulullah, mereka sentiasa akan berada di saf hadapan semasa di medan peperangan. Ada yg ditikam dgn ratusan lembing, ada yg dipotong kedua-dua belah tangan, namun mereka akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya, ramai di antara mereka yg telah terkorban. Walaupun mereka terkorban, hakikatnya, tiada kekalahan dlm perjuangan Islam. Sekiranya menang dlm peperangan, ertinya mereka memperolehi kemenangan di dunia dan sekiranya terkorban, ianya juga satu kemenangan kerana mereka memperolehi syahid yg menjajikan syurga di akhirat. Bagaikan nak menitis air mata aku mendengar cerita Ustaz tentang pengorbanan umat2 Islam terdahulu dlm usaha mereka menegakkan syiar Islam. Tentu mereka akan sedih dan kecewa melihat apa yg kita usahakan dlm menegakkan Islam.
Yg kelakarnya, org2 Melayu kita tak habis2 berangan impikan syurga seperti yg dilaungkan dlm lirik2 lagu… “ku menanti mu di pintu syurga” dan yg lagi kelakar tu, kalau sebut pasal syurga, Syurga Firdaus aje… Kalau ikutkan sifat2 munafik yg banyak diamalkan oleh majoriti Melayu hari ini, sudah pasti Neraka paling dlm yg akan menjadi tempat mereka selagi mereka tidak kembali kpd Islam yg sebenar. Ingat! bukan salah org2 kafir dilahirkan sebagai org kafir, tetapi salah org2 Islam kerana tidak berdakwah kpd mereka dan maka sebab itulah org2 munafik akan ditempatkan di Neraka paling dalam yg jauh lebih teruk drp Neraka di mana org2 kafir akan ditempatkan. Dari apa yg aku perhatikan, amalan Islam hanya pasti akan digunakan apb ada kematian & kenduri doa selamat oleh kebanyakkan org2 Melayu hari ini. Bagi kebanyakkan kita, bab Agama ini kita serahkan kpd mereka2 yg dok habiskan masa di Masjid aje. Kita pula hanya akan sibuk dgn dunia professional kita. Bila tiba saat kita perlukan Islam, kita panggil la mereka2 ini utk kendalikan majlis. Jika masing2 muhasabah diri, tentu kita malu dengan usaha yg telah kita sumbangkan dlm menegakkan Islam. Adakah ini yg Rasulullah S.A.W. harapkan drp kita? Tidakkah kita merasakan yg pengorbanan para Syuhadah telah disia-siakan oleh kita yg telah menjadikan Barat sbg kiblat dlm kehidupan seharian? Renung-renungkanlah…
Saturday, May 30, 2009
Sidang DUN - 7 May 2009
Balik Kg - 22 May 2009
Pd 22hb May 2009, aku bersama darling ku telah mengambil kesempatan utk pulang ke Kampung. Tahun ini, hampir setiap bulan kami pulang ke Kampung. Pd awalnya, aku dah decide tak nak pulang pd bulan May ini, tetapi, insiden pemergian bonda kpd sahabatku secara mengejut baru2 ini telah menyedarkan kami bertapa pentingnya utk kami berdua pulang selalu ke Kampung.Sejak dah tak ada kucing ni, terasa bebas sikit utk bergerak. Kami memulakan perjalanan kami sebaik selesai waktu pejabat. By 6.00 pm kami dah masuk highway melalui plaza tol jalan duta. Memandangkan hari tersebut merupakan hari yg mendukacitakan disebabkan keputusan mahkamah rayuan yg boleh overwrite keputusan mahkamah tinggi dlm kes penentuan MB Perak, aku pun dah mula tak respect dgn law ciptaan manusia yg boleh diolah mengikut kepentingan org teretentu nie. Aku pun memandu mengikut had kelajuan yg telah ditetapkan mengikut kepala hotak aku sendiri. Alhamdulliah, atas perlindungan yg diberikan oleh Allah (bukan oleh kerajaan), kami sempat menunaikan solat fardhu Maghrib di hentian Simpang Pulai dan tiba di kediaman mertuaku kira-kira hampir jam 9.00 mlm.
Mcm biasale, bila berada di Kampung, kami tak pernah tidur awal. Biasanya, kami akan berborak dgn ahli keluarga hingga jam 1 - 2 pagi. Saja nak memenuhi masa yg ada bersama kaum keluarga. Waktu pagi pun kami akan bangun awal. Biasanya lepas Subuh tu kami tak tidur dah. Bila balik KL nanti, baru la kami qada masa tidur kami yg tak cukup tu.
Pd Sabtu pagi tu, kami keluar meronda ke lake garden Taiping sebelum ke Warung Muhibah utk membeli sarapan pagi. Meriahnya suasana pagi di lake garden Taiping. Ramai warga Taiping yg bangun awal pagi utk bersenam dan menikmati keindahan Tmn Tasik Taiping. Bersama-sama ini beberapa gambar yg sempat dirakam pd pagi yg indah utk tatapan bersama.
Jln Kota Taiping
Zoo Taiping
Warung Muhibbah
Sessi belajar D-Boy
Tengok gambo aje..
Ini gambo dia tgh breakfast pd pagi Ahad semasa kami di sana
Bile kolam dewasa rosak, kolam bebudak akan menjadi tumpuan pengunjung
Di rumah ini lah aku dibesarkan. Walking distance aje dgn rumah baru parent aku
Dboy bersama adik kesayangan dia

Rombongan di ketuai oleh Mr. Daniel. Dia sempat belanja kami makan satay ikan masa balik tu.
Liku2 yg perlu ditempuh utk ke port yg cantik
Masjid Pasir yg sempat dibina
Org ramai menyaksikan permainan boat RC di taman tasik
Keindahan waktu petang di Tmn Tasik TaipingFriday, May 22, 2009
Islam Di Malaysia. – Part 2

Setelah hampir 52 tahun Negara kita merdeka, tidak dinafikan, banyak pembangunan dan kemajuan yang telah Negara kita kecapi. Akan tetapi, kita juga tidak dapat nafikan yang masalah sosial masyarakat di Malaysia juga semakin lama semakin kritikal, seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara kita yang tercinta. Buktinya, jika di tahun 60an dan 70an, masyarakat dilanda dengan gejala pop yeh yeh, pesta muda mudi, majlis tari menari, minum dan sebagainya. Di tahun 80an, gajala disco, ketagihan dadah dan sebagainya,. Di tahun 90an, muncul pula gejala mat rempit, bohjan, bohsia, seks bebas dan pembuangan bayi. Di era millennium, muncul pula gejala ragut, gay, lesbian, pengkid, penderaan seks ke atas kanak-kanak dan entah apa-apa lagi yg akan muncul tidak lama lagi. Bayangkan, bagaimana bentuk kehidupan yang akan dilalui oleh anak cucu kita di masa akan datang.
Aku masih ingat lagi, di era 90an dahulu, isu gambar lucah seorang artis wanita yang telah disebar luas ke seluruh negara. Sewaktu itu, artis tersebut dikecam teruk oleh masyarakat sehinggakan beliau digam. Begitu malunya kehidupan artis tersebut sehinggakan beliau menghilangkan diri utk satu tempoh yg agak lama. Pada hari ini, semakin banyak artis2 yg mempunyai gambar lucah yg tersebar luas di internet. Bukan setakat gambar, video lucah pun ada, tetapi penerimaan masyarakat hari ini sudah berbeza dengan penerimaan masyarakat 10 tahun yang lalu. Pada hari ini, perkara itu sudah dianggap satu kebiasaan dan mereka masih boleh meneruskan karier mereka, menghadap masyarakat tanpa rasa segan atau malu. Masalah sosial ini bukan sahaja melanda kpd para artis, tetapi ianya turut melanda kpd pelajar sekolah, masyarakat kampung, pelajar universiti dan pelbagai golongan lagi turut tanpa segan dan silu menyebarkan gambar dan video aksi lucah mereka sendiri di laman-laman web dan telefon bimbit. Kalau ada yang masih tak sedar, itulah hakikatnya. Bertapa kritikalnya tahap masalah sosial yang sedang melanda Negara ini. Pada suatu masa dahulu, para remaja boleh tersentuh apabila mendengar lagu gelombang nyanyian Salamiah Hassan. Pd hari ini, lagu tersebut dah dikira tidak relevan dan lirik lagu tersebut boleh dianggap sebagai suatu hasil penulisan yang kelakar bagi para remaja di zaman teknologi ini.
Hakikat yang sebenar, semua perkara-perkara tersebut berlaku adalah berpunca daripada kejayaan syaitan yang sentiasa menhasut manusia untuk melakukan kejahatan. Semakin hari, semakin hebat kejahatan yang dilakukan oleh manusia sehinggakan ada diantaranya sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita. Kita ambil kes Nurin sebagai contoh. Pernahkah kita terfikir yang ada manusia yg akan melakukan pembunuhan sekejam itu kepada seorang kanak2 tanpa ada satu sebab yg munasabah. Ini semua adalah angkara syaitan. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk meragut. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merompak. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk membunuh. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berzina. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia untuk merogol. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merasuah. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berjudi, minum arak, menipu dan macam-macam lagi. Pendek kata, syaitanlah yang menghasut manusia utk melakukan segala yang ditegah oleh Allah dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Satu-satunya jalan penyelesaian ke atas segala permasalahan ini adalah melalui iman dan taqwa kita terhadap Allah S.W.T. melalui ajaran Islam yg sebenar-benarnya. Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat menewaskan hasutan syaitan. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Kembaliah kepada sistem pemerintahan dan perudangan Islam. Telah jelas dan nyata bahawa sistem perundangan barat yg dicipta oleh manusia tidak akan dapat menjamin kesejahteraan kehidupan manusia. Buktinya, masalah sosial di Negara barat adalah jauh lebih kritikal daripada apa yg sedang kita hadapi hari ini. Kita dah diberi Al-Quran sebagai panduan hidup. Kita dah diberi hudud & qisas utk membantu menghindari kita daripada terjerumus dgn hasutan syaitan. Kita hanya ada dua pilihan, Islam atau Kufur? Dosa atau Pahala? Syurga atau Neraka? Islam tak pernah tolak kemajuan. Malahan Islam selalu menyarankan kepada umatnya utk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Buktinya, dalam seruan azan sendiri, “marilah menunaikan Solat, marilah menuju kejayaan”. Renung-renungkanlah.










