Thursday, March 10, 2011

Dream Car...


.
.
Seperti kebiasaan, by 7.00 pg aku akan melepasi plaza tol NPE Pantai Dalam... Bezanya pagi ni, aku berjalan seiringan dgn one of my dream car yg dipandu oleh seorang selebriti yg pernah aku minati zaman muda2 dulu...

.
Ferrari 360 Modena dgn nombor pendaftaran ADE 3... Awalnye tauke entertaiment company ni berkerja.. Agaknye sibuk promote movie dia yg baru launch hari ni kot... Apepun, sorry sbb pic ni x clear sgt.. Snap pakai hp aje.. Terlupa nak zoom sbb drive alone pg ni


.......

Tuesday, March 8, 2011

Walimatulurus - Adin & Anis



Buat sahabat2 yg mengenali Adin... Insya Allah, Adin akan diijabkabulkan dgn gadis pilihannya, Anis Farisha Murad pd 11hb March 2011... Sehubungan itu, para sahabat yg mengenali beliau adalah dijemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis resepsi pihak pengantin lelaki yg akan diadakan pada 13hb March 2011 bertempat di kediaman Opah kami (Simpang, Taiping) bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang... Sama-samalah kita doakan agar majlis akan berjalan dengan lancar dan Adin serta Anis akan terus berbahagia menjalani kehidupan rumah tangga sehingga ke akhir hayat...








Saturday, March 5, 2011

Visit Abg Har - Feb 2011


.

Sabtu, 26 Feb 2011, kami berkelapangan utk melawat sepupu aku, Abg Har, di kediaman beliau di Bandar Seri Ehsan, yg teletak tidak jauh dari KLIA. Tujuan kami ke sana adalah utk menziarah beliau yg dikhabarkan tidak berapa sihat disamping mewakili Adin bagi menghantar jemputan perkahwinannya yg akan berlangsung tidak lama lagi.

.

Kami tiba di kediaman Abg Har kira2 jam 11.00 pagi... ketibaan kami disambut oleh anak lelaki beliau, Aiman.. Tup2 dah 4 anak dia rupanye... Punyelah jarang jumpe... Bila balik Raya.. jarang bertembung.. Anak yg sulong, perempuan... yg second, lelaki, yg ketiga dan keempat, kembar perempuan... Lama jugak kami berborak... sampai sempat makan tengahari di sana... Alhamdulillah, keadaan Abg Har semakin sihat... sama2 lah doakan agar beliau kembali sembuh seperti biasa... Anyway, thanks to Abg Har & family.. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, boleh le kami ziarah lagi... Bila dah sihat nanti... jemput le berkunjung ke Aman Heights pula ye...






Laluan masuk ke Bandar Seri Ehsan.. sungguh tenang dan damai...



Ladang2 Kelapa Sawit di sepanjang perjalanan masuk...



Guard House, Bandar Seri Ehsan..




Kediaman Abg Har & Family..





Close Up...






Sessi berborak-borak...
.

Sunday, February 27, 2011

Hachiko vs Shiro...





.

Baru2 ini aku berkesempatan menonton sebuah filem berkenaan hubungan akrab di antara anjing dgn tuannya, HACHIKO A DOG'S STORY... Filem ini diadaptasikan daripada kisah benar yang belaku di Jepun pada era 1930'an... Actually aku pernah dengar kisah ini sewaktu menghadiri sessi kursus motivasi beberapa tahun yg lalu... Tak sangka pula kisah ini ada difilemkan...












.

Hachiko adalah seekor anjing jenis Akita yg telah dibela oleh tuannya, Professor Ueno di Tokyo, Jepun. Professor Ueno menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama utk beliau berulang-alik ke tempat kerja. Setiap hari, Hachiko akan menemani Professor Ueno ke stesen keretapi Shibuya sewaktu beliau hendak ke tempat kerja dan menanti di hadapan stesen tersebut pada waktu pulang. Begitulah rutin harian kehidupan mereka berdua sehinggalah pada suatu hari dlm bulan May 1925, Professor Ueno yg pergi ke pejabatnya seperti biasa, tidak kembali lagi di stesen berkenaan kerana telah meninggal dunia. Hachiko tetap setia menanti tuannya itu pd hari berkenaan... Hachiko kemudiannya diserahkan kepada penjaga lain tetapi beliau telah lari dari rumah tuan barunya dan menuju ke kediaman lama Professor Ueno... Selepas menyedari yg kediaman tersebut telah diduduki oleh org lain, Hachiko kemudiannya kembali ke stesen Shibuya dan terus menetap di sana dgn harapan tuannya akan kembali bertemu dgnnya di stesen berkenaan. Hachiko terus dikenali oleh masyarakat di kawasan stesen berkenaan dan menjadi sangat terkenal di Jepun atas sifat kesetiaannya... Hachiko terus menanti tuannya di stesen berkenaan selama 11 tahun sebelum beliau pergi buat selama-lamanya di stesen berkenaan. Sebagai tanda penghargaan, Tugu beliau telah didirikan di hadapan stesen berkenaan... Tugu tersebut telah diwujudkan sewaktu Hachiko masih hidup lagi. Sehingga hari ini, tugu berkenaan masih wujud di stesen Shibuya, Jepun...
.
Bila tengok Filem ini.. pastinya aku teringat dgn 2 kucing aku yg sgt setia dgn aku.. Shiro & Spacey... Shiro telah hilang sewaktu aku overnight di rumah saudara wife aku di Ipoh.. Mlm tu dia merajuk sbb aku kurung dia dlm kandang... keesokan paginya aku balik ke KL tanpa dia sbb dia hilang entah ke mana... beberapa hari kemudian dia pulang ke rumah berkenaan dan bila dia sedar yg aku tiada di situ.. dia terus lari entah ke mana walaupun saudara wife aku cuba pujuk dia utk tinggal di sana... Kes Spacey pula, aku tinggalkan dia di rumah mertuaku di Kg. Boyan.. actually dia mmg dah biasa tinggal di sana.. selepas seminggu dia sedar yg aku tak pulang ke rumah berkenaan, beliau pula melarikan diri dari rumah tu dan hilang entah ke mana.. mungkinkah mereka pulang ke rumah lama aku???































Saturday, February 26, 2011

Banjir Oh Banjir...




.
Khamis, 24hb Feb 2011... hujan lebat yg melanda ibu kota telah mengakibatkan banjir di sebuah Training Centre di Jln Semarak Kuala Lumpur... Tragedi tersebut telah meneggelamkan lebih 20 kenderaan milik petugas dan peserta2 yg menghadiri latihan di pusat berkenaan... Kami amat bersimpati dgn nasib yg telah menimpa petugas dan peserta2 yg terlibat dlm bencana ini. Tentu banyak belanja yg perlu dikeluarkan bagi membaiki kenderaan masing2... Insurans tak cover kes bencana alam mcm nie... Apa2 pun, aku bersyukur kpd Allah s.w.t. kerana kejadian ini tidak menimpa aku. Actually, aku pun baru aje menghadiri kursus di pusat latihan ini pd 21, 22 dan 23hb Feb baru2 nie.. kalau kursus aku tamat pd 24hb.. mungkin aku pun terlibat sama... Syukur, Alhamdulillah....



























.

Tahniah....




Tahniah diucapkan kepada Rais kerana telah terpilih menjadi pelajar Sekolah Muzik sepenuh masa di Johor baru2 ini... Harap Rais akan belajar dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga tercapai segala impian dan cita-cita... Jgn sia-siakan bakat yg dikurniakan Allah tu... Gunakanlah bakat yg ada utk mempertingkatkan diri dlm usaha mecapai kejayaan di dunia dan di akhirat.... Selamat Maju Jaya...

.


Sunday, February 20, 2011

Honda CBR 250R



.
Buat sahabat yg masih belum tahu... Boon Siew Honda baru aje melancarkan model terbaru mereka, Honda CBR250R... Sebuah sport bike yg pastinya dpt membantu mengurangkan beban kos perjalanan harian kita semua... Ditawarkan dalam 2 versi iaitu dengan ABS dan tanpa ABS... harga bagi model ABS adalah RM 21,799 dan yg tanpa ABS hanya RM 18,799... Model ini di cipta oleh Honda di Jepun dan dikeluarkan oleh Honda Thailand... Motosikal ini dilengkapi dengan enjin 4 stroke, liquid cooled single-cylinder 249.4 cc dengan fuel injection, 6 speed dan turut menggunakan suspension pro-link utk suspension belakang... Motosikal ini juga ditawarkan dlm 3 warna iaitu Merah, Hitam dan Silver... Yg pastinye... poster motor ni dah terlekat dkt desktop laptop aku dan pintu hati aku juge...
.