Sunday, June 17, 2012

Kunjung Mengunjung...


12 May 2012 (Sabtu) yang lalu, kami berkesempatan mengunjungi kediaman sepupu merangkap sahabat baik kami, Shakira & Azmer... sempena ulang tahun kelahiran darlingku... kami buat buat sambutan secara kecil-kecilan bersama-sama mereka... si Azmer sempat goreng bihun & kami supply pizza bagi menjayakan majlis berkenaan. Nadia, Fendi & bonda Fendi yang kebetulan sedang shopping di the curve turut meluangkan masa memeriahkan majlis berkenaan... Kediaman Shakira & Azmer sekarang dah ada penyeri... Seekor tu.. dah macam Kiki le pulak...



Ahad, 10hb June 2012... giliran si Shakira & Azmer pula mengunjungi kami di Aman Heights... mereka yang kebetulan ada urusan di Bangi, sempat singgah ke kediaman kami sewaktu dalam perjalanan pulang... sempat le dinner bersama sambil berkongsi perkembangan semasa... (gossip le tu)


Sabtu, 16hb June 2012... pagi tu sempat layan badminton dengan Mat, Kahar & Izwan... selepas 1/2jam kami di gelanggang, kami layan berborak di Anjung, Sri Serdang sambil menikmati sarapan pagi.  Sebelah petang, kira-kira jam 5.00 petang, Mat sekali lagi berkunjung ke Aman Heights... trip kali ini turut disertai oleh isteri & anak2nye serta seorang anak sedare deme... Dah lama Mat tak bawa budak2 ni mandi kolam... Aku yang dah lama tak terjun turut sama meluangkan masa bersama-sama mereka di swimming pool. Lepas selesai minum petang bersama-sama, Mat sekeluarga mengundur diri...


Sebelah malamnya pula, kediaman kami menerima tetamu dari Penang.... Azura & Salleh yang sedang dalam road tour pengantin baru...  Mereka yang tiba lebih kurang jam 9.30 malam terpaksa dinner agak lewat memandangkan kami tak prepare dinner lebih awal sbb ingatkan deme nak datang esok & kami masih kekenyangan minum petang bersama-sama Mat sebelum itu. Selesai dinner, sempat le kami luangkan masa berborak-borak di club house sambil kasi ikan makan... Ini adalah kali pertama si Salleh mengunjungi Aman Heights... Selepas selesai sarapan pagi keesokan harinya... mereka dah bergerak pulang bagi meneruskan road tour ke kediaman sedare mare yang lain pula... Tak banyak aktiviti yg dpt dijalankan bersama dlm kunjungan singkat deme kali ini...


Terima kasih kpd semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi kami... Seperti yg kami katakan, bila2 kome nak mari... roger aje.. Insya Allah, kalau tak balik ke Tepen... adale kami dkt sini.... Insya Allah, bila kami ada kesempatan.. kami akan mengunjungi kome pula... semoga amalan yg mulia ini dpt terus mengeratkan lagi silaturahim sesama kita...

Sunday, June 10, 2012

Azura's Wedding


Akhirnye... Tanggal 1hb June 2012 (Jumaat), sepupu merangkap best friend kpd darling aku... Azura, telah pun menamatkan zaman bujangnya apabila selamat di ijab kabulkan dengan jejaka pilihannya... Salleh... Sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Bukit Mertajam, aku masih berada di KL... So, tak adelah shot2 majlis berkenaan... Darlingku yang turun sana sejak hari Rabu sebelum itu sempat menghadiri majlis berkenaan memandangkan beliau dah jadi salah seorang org penting dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan si Azura ni...

Selesai bertugas, aku bergegas pulang ke Tepen. Drive seorang diri dgn keadaan radio kereta yang kurang memuaskan... mmg agak mencabar... Alhamdulillah, aku selamat tiba dan sempat dinner bersama-sama parentku di kediaman mereka. Malam tu, aku layan rancangan favorite aku... Versus (Final) yg abis lambat gile... Sabo ajelah...

Selesai aje Solat Subuh pada 2hb June 2012... aku ke Kg. Boyan utk jemput Abg Faisal yang akan menemani aku sepanjang perjalanan ke Bukit Mertajam... Alhamdulillah, kami selamat tiba di kediaman keluarga pengantin seawal jam 7.30 pagi. Selepas breakfast... sempat le rehat2 kejap sementara menunggu majlis bermula.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, majlis dimulakan dengan majlis Tahlil yang dijayakan oleh ahli2 keluarga & ahli-ahli Qariah Tmn Alma Jaya... Selesai Tahlil, para jemputan mula menjamu selera... Hidangan majlis mmg sangat menyelerakan... yang paling tak boleh lupa adalah keenakan teh tarik yang setanding dgn teh tarik dkt Restoran Ismail TTDI.... Hampir jam 2.30 ptg, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Pengantin lelaki telah dibawa dengan Mini Cooper S... udah macam Italian Job pulak... Selain makanan yang disediakan oleh pihak catering, pihak keluarga pengantin juga sempat menyediakan juadah tambahan yang berupa Bihun Sup dan Laksa... Majlis kali ini agak simple memandangkan ramai org2 kuat majlis yg tak dapat hadir terutamanya Abg Nasir & Abg Bad... kalau tak, pasti majlis akan lebih meriah dgn sentuhan dekorasi dan masakan Abg Nasir serta persembahan muzik iringan dan pencak silat anak2 Abg Bad...

Selesai majlis... kami sempat bawa pengantin dan brother photographer ke Stadium Batu Kawan utk outing photo shoot sebelum pulang ke hotel utk charge battery masing2...


Persiapan Majlis:



Hantaran utk Pengantin lelaki:








Majlis Tahlil:




Sewaktu majlis berlangsung (2hb June 2012):










Shot terbaik majlis pertama : Potrait Aminuddin



Ahad, 3hb June 2012... pagi tu aku sempat hantar kereta pergi car wash... maklumlah... nak join rombongan pengantin.... Selesai di car wash, kami pun bersiap2 nak check out dari hotel. Siap sempat beli food utk Bob, street dog yang setia menjadi pengawal tak berbayar dkt hotel tu. Setibanya di rumah pengantin... deme semua pun tengah bersiap2... sementara deme bersiap, sempat le aku singgah Solat dkt Masjid Tmn Alma Jaya... Lebih kurang jam 2.30 ptg, rombongan pun bergerak ke rumah pengantin lelaki. Majlis di kediaman pengantin lelaki... food dia lagi best... cuma tak ada teh tarik aje... Selesai sessi fotografi, lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun berangkat pulang ke Tepen... Buat Salleh & Azura, welcome to the club... Semoga berbahagie hingge ke akhir hayat.... 







best shot majlis kedua: Press conference Bersih 4.0

.

Saturday, May 26, 2012

Balik Kampung - May 2012


Jumaat, 18hb May 2012.... kami berkesempatan utk pulang ke Kampung... Rasa macam lama aje tak balik... Alhamdulillah, kami selamat tiba di Tepen seawal jam 8.00 malam... Sempat le join program Usrah & Solat Isya' bersama-sama pejuang Islam dkt tingkat atas... Selesai solat... sessi mengadap tv sambil sembang2 sampai lena...

Keesokan paginya, aktiviti dimulakan dgn sessi sarapan pagi bramai-ramai di food court Masjid Kg. Jambu. Selain Tok Mami & Abg Pesal, turut serta meluangkan masa pagi tu adalah Amin & Abg Faiz. Dari Food Court, perjalanan diteruskan ke Market Sri Kota utk mendapatkan bahan2 mentah. Selesai membeli-belah, aku & darlingku ke kediaman parentku utk menyampaikan hadiah besday si Dina yg tak sempat disampaikan sewaktu majlis hari jadinye... Bila nak kasi hadiah dkt si Dina, kena le kasi dkt abangnye sekali.. kalau tak, ada yg mengamok...


Bagi menunaikan hajat si Dina, kami berjaya mendapatkan Barbie pink seperti mana yang dia mintanya dlm perbualan telefon sebelum ini. Utk si D'boy... tak payah bagitau pun aku dah tau apa hajatnye... Alhamdulillah, both of them happy. Cuma yg tak tahan... Siap boleh tanya... kenapa Pak Ngah tak beli yg lain2 sekali (sample produk dkt kotak mainan). Sabo ajelah...

Sebelah malam, kami sempat layan Mania Final... Result malam tu.. agak menepati jangkaan aku... Sekarang ni tak sabo nak tengok final Versus... bile le nak taubat bab nie.... 


Kepulangan kami kali ini tak le lama sangat... Hari Ahad dah nak kena gerak... Selesai breakfast di rumah parent aku, kami bergerak ke Kg. Boyan... selesai lunch, baru le kami bergerak pulang. Semasa dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di RNR. Boleh pulak terserempak dgn Fifi (TM) & familynye... kecik bebeno dunia ye... Alhamdulillah, dlm pukul 5ptg kami dah selamat tiba. Nak kena charge... esok nak gi keje.. sabo ajelah....

.

Sunday, May 13, 2012

In Memory of Kiki (15 June 2009 - 09 May 2012)


Selepas kehilangan Shiro, Sherry, Simba dan yg terakhirnya Spacy... kami dah tiada semangat nak bela kucing lagi... sehinggalah pada suatu hari, Memey yg merupakan kucing jiran kami menumpang manja di kediaman kami kerana tuannya selalu tiada di rumah... Pd 15 June 2009, Memey telah selamat melahirkan anaknya di kediaman kami dan anak itulah yang kami beri nama sebagai Kiki....

Kiki telah dihadiahkan oleh tuan Memey kepada kami sebagai membalas jasa kami menjaga Memey sewaktu ketiadaannya. Apabila kami berpindah ke Aman Heights, Kiki menjadi kucing pertama yang menghuni kediaman tersebut. Di Aman Heights, Kiki telah dua kali selamat melahirkan anak... setiap kali dia beranak, pasti 4 ekor... kesemua anak-anaknya telah pun kami hadiahkan kepada rakan-rakan kami kecuali Koko yg masih lagi terus menjalani kehidupan bersama-sama kami. Selepas Aidilfitri 2011, Kiki & Koko tinggal di kediaman Aunty aku di Damansara kerana kebanyakkan masa kami akan lebih banyak dihabiskan di sana. Di sana, mereka berdua bebas ke sana ke sini sambil diperhatikan oleh maid auntyku, Sari... Mereka lebih happy di sana sbb lebih banyak aktiviti dpt dijalankan... Sejak drp hari tersebut, Kiki tidak lagi menjejakkan kakinya di Aman Heights....

Dahulu, setiap kali kami pulang ke kampung... Kiki pasti akan ikut bersama-sama... di dalam kereta, dia sangat disiplin.... lokasi kegemarannya ialah di tengah-tengah antara pemandu dgn penumpang hadapan... Pantangnya, aku tak boleh menyanyi... kalau aku menyanyi... dia akan datang menyondol muka aku...  kenalah diam aje waktu memandu... kali terakhir beliau pulang ke kampung adalah sewaktu Aidilfitri 2011... sewaktu itu, dia dan Koko terpaksa dikurung dalam sangkar kerana Koko tak reti nak duduk diam dalam kereta...

7hb May 2012, Kiki telah meluangkan masa utk tidor bersama-sama kami... selalunya, bila waktu malam, dia akan keluar rumah utk menjalankan aktivitinye... malam tu, dia tidor di atas katil bersama-sama kami hingga ke Subuh. 8hb May 2012, sewaktu aku dan darlingku nak keluar dinner, dia turut sama ke kereta... nak ikut kami... Bila wife aku nak ambil dia... dia baring di atas bumbung kereta.... aku tahu.. dia rindu nak naik kereta... memandangkan kami akan berhenti lama di kedai makan... hajatnya itu tak dapat kami penuhi...

9hb May 2012... aku bangun pagi seperti biasa... bila dah siap2 nak pergi kerja... Kiki masuk daripada pintu hadapan menuju ke dapur... Mcm biasa... aku sempat memberi dia makan pagi tu... Kira-kira jam 8.30 pagi... sewaktu isteri aku nak keluar ke pejabatnya... beliau terkejut melihat Kiki sudah tertirap di porch betul-betul bersebelahan dgn keretaku... Pada waktu itu, badannya masih panas... tetapi sudah tak bernyawa.... Mungkin beliau telah di gigit oleh haiwan yang berbiasa kerana keadaannya sewaktu bersama aku pagi tu amat baik.... Pemergian Kiki secara mengejut begini amatlah sukar utk kami terima... Apa2 pun, kami perlu Redha dgn ketentuan Allah walaupun amat pahit utk ditelan. Kami pasti, Kiki tahu yg kami amat menyayanginya... Insya Allah, jika kami dizinkan ke sana... kami harap akan dapat kekal hidup bersama-samanya nanti.... Amin....

Kiki sewaktu baru dilahirkan

Kiki bersama ibunya Memey

Kiki bersama D'boy sewaktu balik Kampung...

Port kegemaran Kiki sewaktu dlm kereta

Sewaktu menerima rawatan di Klinik


Sewaktu melahirkan anak-anaknya..

Kiki bersama presentnya...

Kali terakhir bersama anaknya..Kaka

Kiki menyusukan anaknya sambil ditemani oleh Koko

Kiki bersama daddynye pada malam hari Raya 2011...


Kali terakhir Kiki naik kereta...

Mayat Kiki yg ditemui...



Koko memberi penghormatan terakhir buat Kiki...


You'll always in our hearts... KIKI!

.