Sunday, May 13, 2012

In Memory of Kiki (15 June 2009 - 09 May 2012)


Selepas kehilangan Shiro, Sherry, Simba dan yg terakhirnya Spacy... kami dah tiada semangat nak bela kucing lagi... sehinggalah pada suatu hari, Memey yg merupakan kucing jiran kami menumpang manja di kediaman kami kerana tuannya selalu tiada di rumah... Pd 15 June 2009, Memey telah selamat melahirkan anaknya di kediaman kami dan anak itulah yang kami beri nama sebagai Kiki....

Kiki telah dihadiahkan oleh tuan Memey kepada kami sebagai membalas jasa kami menjaga Memey sewaktu ketiadaannya. Apabila kami berpindah ke Aman Heights, Kiki menjadi kucing pertama yang menghuni kediaman tersebut. Di Aman Heights, Kiki telah dua kali selamat melahirkan anak... setiap kali dia beranak, pasti 4 ekor... kesemua anak-anaknya telah pun kami hadiahkan kepada rakan-rakan kami kecuali Koko yg masih lagi terus menjalani kehidupan bersama-sama kami. Selepas Aidilfitri 2011, Kiki & Koko tinggal di kediaman Aunty aku di Damansara kerana kebanyakkan masa kami akan lebih banyak dihabiskan di sana. Di sana, mereka berdua bebas ke sana ke sini sambil diperhatikan oleh maid auntyku, Sari... Mereka lebih happy di sana sbb lebih banyak aktiviti dpt dijalankan... Sejak drp hari tersebut, Kiki tidak lagi menjejakkan kakinya di Aman Heights....

Dahulu, setiap kali kami pulang ke kampung... Kiki pasti akan ikut bersama-sama... di dalam kereta, dia sangat disiplin.... lokasi kegemarannya ialah di tengah-tengah antara pemandu dgn penumpang hadapan... Pantangnya, aku tak boleh menyanyi... kalau aku menyanyi... dia akan datang menyondol muka aku...  kenalah diam aje waktu memandu... kali terakhir beliau pulang ke kampung adalah sewaktu Aidilfitri 2011... sewaktu itu, dia dan Koko terpaksa dikurung dalam sangkar kerana Koko tak reti nak duduk diam dalam kereta...

7hb May 2012, Kiki telah meluangkan masa utk tidor bersama-sama kami... selalunya, bila waktu malam, dia akan keluar rumah utk menjalankan aktivitinye... malam tu, dia tidor di atas katil bersama-sama kami hingga ke Subuh. 8hb May 2012, sewaktu aku dan darlingku nak keluar dinner, dia turut sama ke kereta... nak ikut kami... Bila wife aku nak ambil dia... dia baring di atas bumbung kereta.... aku tahu.. dia rindu nak naik kereta... memandangkan kami akan berhenti lama di kedai makan... hajatnya itu tak dapat kami penuhi...

9hb May 2012... aku bangun pagi seperti biasa... bila dah siap2 nak pergi kerja... Kiki masuk daripada pintu hadapan menuju ke dapur... Mcm biasa... aku sempat memberi dia makan pagi tu... Kira-kira jam 8.30 pagi... sewaktu isteri aku nak keluar ke pejabatnya... beliau terkejut melihat Kiki sudah tertirap di porch betul-betul bersebelahan dgn keretaku... Pada waktu itu, badannya masih panas... tetapi sudah tak bernyawa.... Mungkin beliau telah di gigit oleh haiwan yang berbiasa kerana keadaannya sewaktu bersama aku pagi tu amat baik.... Pemergian Kiki secara mengejut begini amatlah sukar utk kami terima... Apa2 pun, kami perlu Redha dgn ketentuan Allah walaupun amat pahit utk ditelan. Kami pasti, Kiki tahu yg kami amat menyayanginya... Insya Allah, jika kami dizinkan ke sana... kami harap akan dapat kekal hidup bersama-samanya nanti.... Amin....

Kiki sewaktu baru dilahirkan

Kiki bersama ibunya Memey

Kiki bersama D'boy sewaktu balik Kampung...

Port kegemaran Kiki sewaktu dlm kereta

Sewaktu menerima rawatan di Klinik


Sewaktu melahirkan anak-anaknya..

Kiki bersama presentnya...

Kali terakhir bersama anaknya..Kaka

Kiki menyusukan anaknya sambil ditemani oleh Koko

Kiki bersama daddynye pada malam hari Raya 2011...


Kali terakhir Kiki naik kereta...

Mayat Kiki yg ditemui...



Koko memberi penghormatan terakhir buat Kiki...


You'll always in our hearts... KIKI!

.

No comments:

Post a Comment