Sunday, May 6, 2012

In Memory of Escape



1hb February 2010.... kami bertemu jodoh dengan kenderaan yang dah lama menjadi perhatian kami... Ford Escape XLT 2.0 Kereta ini menjadi pilihan sebagai pengganti kepada Nissan Sentra B14 yang menjadi pengangkutan utama kami sebelum itu. Lebih 2 tahun kami bersama Ford Escape ini, banyak jasa yang telah dicurahkan oleh kenderaan pacuan 4 roda ini kepada kami sekeluarga. Pada hari Ahad, 22hb April 2012... seorang lelaki berusia bersama anaknya hadir ke kediaman kami di Aman Heights dengan tujuan nak melihat kereta kesayangan kami yang telah pun aku iklankan di Mudah pd awal April yang lalu. Panik dengan isu teknikal kediaman kami di Kampung Boyan, aku membuat keputusan mengiklankan kereta kami di Mudah sebagai langkah untuk menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah, kediaman kami telah berjaya kami selamatkan dan hajat nak melepaskan Escape ni dah jadi 50-50 memandangkan kenderaan ini mmg tip top. Kehadian Hj Razali yg pada mulanya hanya nak melihat kereta ini dah jadi lain. Beliau terus membayar deposit dan membawa pulang Escape tersebut utk urusan Puspakom kerana dah bersetuju untuk memilikinya. Memandangkan faktor usia dan keadaan beliau yang lebih memerlukan kenderaan ini, kami pun bersetuju untuk melepaskannya.

Antara kenangan yang tak dapat kami lupakan bersama Escape ini... ianya pernah menjadi ambulan yang membawa Arwah bapa mertuaku dari Aman Heighst ke Hospital Klang, bantu sepupuku Kak Ani pindah rumah dari Damansara ke Banting, bantu Auntie aku pindah dari Mont Kiara ke Damansara, bantu sepupuku Shakira & Azmer pindah dan pulang berhari raya bersama Kiki & Koko...

.

No comments:

Post a Comment